Sunday, January 20, 2013

Penggunaan nada dering ayat suci.

Salamualaikum. Ade artikel kat Metro harini, menarik & rasa nak kongsi, so aku dengan rajinnye re-taip balik, Moge ade manfaat utk kita semua.

Pada prinsipnya islam tidak menghalang penggunaan nada dering ayat suci al-Quran dengan syarat penggunaanya menepati adab yang ditetapkan islam dan digunakan di tempat tidak mencemarkan kesucian ayat suci berkenaan seperti di dalam tandas.

Demikian diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-77 selepas membincangkan hukum penggunaan ayat suci al-Quran serta laungan azan dalam nada dering dan paparan skrin di dalam telefon bimbit pada 10 hingga 12 April 2007.

*****

P/s : Lambang PDRM ada tertera kalimah Allah dan Muhammad. Ianya juga ada di setiap seragam polis, melekat di baju, topi sebagainya. Polis tersebut keluar dan masuk ke tandas setiap hari. Itu bagaimana pula hukumnya ye?


No comments:

Post a Comment