Thursday, January 3, 2013

Meskipun kita berbeda.

Kelapangan masa yang melimpah ruah selepas tamat pengajian diisi sepenuhnye dgn aktiviti yg bermanfaat seperti tido dan makan. But anyway ade someone yg menemankan atau boleh dikatakan sebagai sesuatu yg diluar kebiasaan, that is membele hamster. Hidup aku mase study dulu mmg heaven. Pagi-pagi berebut toilet, tercari2 seluar dalam dalam timbunan kain, tpakse basuh baju sendiri, dan bende-bende yg banyak mengajar aku ttg maksud berdikari. mcm-mcm lah. Ape yg nak dikaitkan dengan hamster adalah selain dari perkara-perkara yg heaven tadi, Mereka ini juga mengajar saya banyak perkara tentang kehidupan....
mereka ialah Hamster baka Syrian & WhinterWhite. Dedicate this song to all readers. Semoga terhibur.

Hahaha...lagu ni je yg menarik and sesuai utk melekat kat telinge mlm ni..tak nak dengar sudah ;) 

Saya sentiasa cermin diri saya sendiri. Ye, saya tau saya hensem, tidak perlu dipertikai. kadang-kadang saya terfikir masa depan, siapalah yang bakal menghiasi taman hati ini.

Nampak kecil, tapi besar semangat dan kesungguhan untuk mencapai sesuatu. 

Tidakkah engkau memerhati wahai manusia, tentang cara kehidupanku ini? Lihat bagaimana aku berdikari.

Bile lapar, isi perut. Baru ade tenaga. Senang cakap mcm tu, kalau kite sentiasa berduit. Alang-alang dah makan, blanje kawan sekali.

Jangan tenung mata saya lama-lama, nanti awak akan cair macam ais.

Kekosongan hati itu perlu diisi, baru hidupmukan bererti.

Antara makan dengan tidur.....saya pilih tidur! Ya its great! tapi itu bukan hobi saya. mungkin terlalu penat.

Seramai-ramai kawan dalam kelas kita, saya nampak awak, lain dari yang lain.

Jika awak masih mencari cinta sejati...ehem..ianya ada disini. "Ya, Saya! awak panggil saya ke?"

Moment paling indah dalam hidup saya belum tiba. Tapi saya pasti awak bakal menjadi watak utama di dalamnya nanti.

Kalau saya stress, saya akan makan. saya sanggup keluar malam cari ape saje yg boleh dikunyah. Saya pernah nak ajak awak, takut awak tolak.

So saya makan sorang...

Mmg badan saya nampak kecil, kemetot. tapi nafsu makan boleh tahan.

Kadang-kadang tak terkawal...buruk beno rupe..itu awak perlu tahu ttg saya. Dan awak jgn terkejut kalau saya makan pakai tgn kiri. Saya kidal. ade perasaan ngilu bila tak biasa.

Ade orang kata, cinta itu kadang-kadang ibarat sampah di dalam tong. jadi buangan. bila tiba masanyer, tetap dikutip oleh lori sampah lalu dibuang lagi. Dibuang, dibuang dan terus dibuang. kesian. Saya tau saya syok sendiri.

Bukan cinta namanya jika hati tidak pernah terguris. saya tak kisah semua itu. 

Ambil masa untuk duduk sebentar, fikir lah pasal kehidupanmu...saya tahu saya salah.

Tenang, jalani hidup seperti biasa. Bersyukur apa yang ada. Buat sesuatu untuk masa depan yg baik.

Mungkin kadang-kadang kenangan lampau terlintas difikiran, ade yg lucu. Saya ketawa sorang-sorang. Tapi itu semua tinggal kenagan, percayalah, saya sedang cuba untuk melupakan.

Ade orang kate....cinta itu kadang-kadang ibarat air tangan emak. Buat air kosong pun rasa sedap. Saya tak pasti perkara ini. Sbb awak tak pernah lakukan itu utk saya.

Bukan kah kehidupan yang berwarna itu lebih menarik? "Saya tak faham maksud berwarna itu."

Jericho. nama ni awak yang bagi. saya tak de nama untuk mereka. Awak jgn gelak.

Lanun. Mata sebelah buta semasa sejak kecil lagi. Saya juga pernah hidup seperti dia, keseorangan, diketepikan oleh kawan2. Cuma saya tak buta. Pelahan-lahan saya bangkit mencari sahabat, mungkin awak salah satu sahabat saya?

Hari ini saya berlari laju...mungkin esok saya hanya berjalan. Semoga baik saja masa depan saya ini

"Lorong itu sangat gelap sayang." "Tak mengape, genggam erat tangan ku. kita lalui lorong itu bersama. kau ade aku dan aku ade kau." "Terima Kasih sayang, aku selalu kuat bila kau berada di sisi." "its ok sayang."

Perjuangan dalam hidup ini ada yang senang, ada yang susah. Saya yakin dengan ketentuan Tuhan.

Tapi kadang-kadang saya macam nak lari dari keadaan. Tak guna saya tipu diri sendiri. 

Pregnant?. Ok saya masih belum ada isteri untuk membincangkan hal ini. Kaki kanan tu kudung, tapi tak patahkan semangat untuk terus melahirkan generasi. Semoga selamat dgn cahaya mata baru.

Penutup nya, "Sekali awak terperangkap dalam hidup saya, percayalah! selamanya awak akan sesat di dalamnya.." 

**********

"Hamster......mereka banyak mengajar saya tentang kehidupan" 
-Bising-bising mereka, berzikir kepadaNya, bising-bising kita entah kemana-

Tiada kaitan dengan siapa-siapa. Dialog hanya sebagai ilustrasi dan figura yg bermain di dalam minda semata-mata. 

1 comment:

  1. Thanks.. Aku bela seekor je stakat ni.. Tu pun kdg2 risau gak kot klau dia ada penyakit, tapi alhamdulillah dia sihat and aktif sgt.. Montel plak tu..
    Hahah :)

    ReplyDelete