Sunday, January 6, 2013

Les Miserables.

Ini pandangan dari mata hati penulis dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.

Hai Assalamualaikum.
Tadi keluar tengok wayang dengan kawan aku. Alhamdulillah, dia yang offer nak belanja, so jimat sikit duit poket aku. Member aku kate crite ni best dan dia minat sgt. Ok, org nak blanje, aku follow jela. So itu semua tolak ketepi, yang aku nak cerita ialah isi atau keseluruhan filem wayang yang kami tonton. Les Miserables, sebuah filem yg diadaptasi dari sebuah novel.


1st time aku tengok filem yang full musical macam ni. maksud aku....sepanjang filem ni, dia tak bercakap secara normal. Sebaliknya dia cakap dengan cara dan nada berirama. Contoh mudah aku bagi supaya korang mudah faham. 

Komunikasi antara korang dgn aku.

Normal :
Siapa nama kau?
Amir

Les Miserables (Musical mode) :
Ssssssiiiiiiiiiiiiiiiaaapppppaaa Nnnnaamaaa Kkkaaaaaaaaaaaaaaaaaauuuu?
Aaaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmiiiiiiiiiiiiiiiiiiiirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

Nampak perbezaan nye? Les Miserables sangat berirama dan makan masa even nak jawab 1 soalan.

Fuh! dari awal start sampai lah ending. nak dekat 3jam....musical jer semua. Normal dialog percakapan tu ade lah jugak, itu pun tak sampai 5%. Serius rimas gile telinge aku dbuatnye. Aku pandang muke kawan aku, kawan aku pandang muke aku. Tegelak. 

2 jam berlalu. Aku curi-curi pandang seat belakang. Itu pun bila babak filem tu keluar waktu siang lah, so cerah sikit pemandangan dia, beri kesan dekat ruang penonton. Time tu aku ambek peluang pandang penonton lain. Kelihatan jelas orang cina tu tidur dengan nyenyak sekali kat seat belakang tu. Pandang sebelah kiri aku, member aku khusyuk dok makan popcorn. Aku pun ade popcorn gak, tapi tak lalu nak telan. Pandang plak belah kanan. Cina perempuan ni dahi berkerut-kerut. Cuba untuk menghayati filem ni. Hebat suasana panggung time tu. Oh lupe. Turut kelihatan sekumpulan remaja,dan ade jugak secara solo beransur-ansur meninggalkan panggung. Member aku kate "Diorang pegi toilet lah!". Ok aku cube terima. Tapi 30minit kemudian, tak masuk-masuk balik dari panggung. Aku gelak pelahan2 sambil geleng kepala bila ade yang beransur untuk keluar jugak dari panggung tu. 

SINOPSIS 



fahamkan sinopsis yg aku cuba gambarkan ni ok,

Seorang pemuda bernama Jean Valjean yang kehidupan die agak miskin. Pada suatu hari mencuri sepotong roti untuk diberi makan kepada keluarganya yang kelaparan. Namun, ditangkap kerana mencuri sepotong roti dan menjalani hukuman di penjara dan menjadi seorang hamba. Semua itu terpaksa dijalani mengikut undang-undang. Akhirnya dilepaskan setelah 19 tahun hidup di penjara itu sebagai hamba.

Lepas bebas dari penjara, die bertemu dengan seorang paderi kristian yang sangat baik hati. Dan paderi tu bantu kehidupan dia sampai lah dia jadi seorang pembesar dalam wilayah dan dia sangat dihormati. 

Dia sangat baik. Membantu seorang wanita yg terpaksa melacur diri utk keluar dari kehidupan sebagai seorang pelacur semata-mata perlukan duit untuk selamat kan anak dia yg terpaksa dijual sebagai org gaji. Tapi malang, pelacur tu mati akhirnya. Jean Valjiean yg baik hati ni tadi cuba mendapatkan anak pelacur tu untuk dijaga sebaik mungkin.

Tapi dia diburu oleh seorang ketua polis bernama Javert dimana, javert ni pernah seksa dia masa dia dekat penjara dulu. Tapi selepas Jean Valjean menjadi pembesar wilayah, Javert menjadi org bawahan jean valjean, sebab dia tak sedar / tak perasan yg Jean Valjean ni sebenarnya bekas hamba yg pernah dia seksa dulu. 

So, aku pendekkan cerita. Hidup Jean Valjean walaupun dah bebas, masih dalam buruan Javert si ketua polis tadi. Antara sebabnya ialah, Jean Valjean ni melanggar peraturan pembebasan seorang hamba.

Cerita dia macam aku cakap tadi, full musical. tiada dialog percakapan normal, sebaliknya sentiasa menyanyi dan berirama. Even nak jawab 1 ayat pun kena jawab dengan penuh berirama. Rumusnya filem ni ada unsur Fight , Dream , Hope & Love.


*****

Bagi aku filem ni quite Boringgg..
Aku mmg berjiwa seni. tapi tak delah terlampau seni macam filem ni kan...hahaha..
Bagi aku jalan cerita da best dah. Kalu korang faham sinopsis yang berjele-jele aku create tadi tu, mesti korang cakap not bad cerita ni. Memang pon, jalan cerita best. tapi disebabkan musical yang terlampau menyebabkan filem ni jadi boring dan rasa nak berambos cepat. 

Kalau kat channel astro, dah lama aku tutup tv. Hahaha...amboi kau lebih...

Kadang-kadang aku enjoy gak tgok filem ni. Kretif. Mampu hasil filem musical mcm tu. Even sambil melacur pun boleh menyanyi cakap lelaki tak guna, bla bla. mmg kreatif. Thats good.


Anyway Trima Kasih Hafiz sudi blanje utk enjoy harini. Love u much. #

Bagi siape2 yg nak gi tgok @ plan nak tgok filem ni...Fikir2 kan lah yer...tak yah tgok pon tak pe kot....jahat nye aku ni...Tak pasal2 kene saman dengan pengarah filem tu kang...hahaha nonsense! :(






No comments:

Post a Comment