Monday, January 7, 2013

Kelahiran Hamster.

6 Januari 2013. Kelahiran siapa? Ok setakat ni takde siapa lagi yang pregnant dekat dalam rumah ni, kecuali my Hamster. So kita berbual tentang hamster lah ye. Bagi siapa yang alergy dgn binatang ni...korang tak digalakkan baca. Hahah. Gurau je. Ok lah. Once upon a time.......

Las dia pregnant, its not mistaken la time aku study dulu. Semester akhir, bizy-bizy pon aku sempat upload kisah diorang kat "sini" korang boleh klik utk tgok. Itu kelahiran yang ke 3 rasanya. Dan 6 January 2013 ni merupakan kelahiran kali ke 4. Wow owesome kan.

Kali ni memang aku tak sempat sangat nak upload gambar kelahiran / baby Hamster meriah-meriah dalam blog. Kamera tak de kat tangan, nak harap phone, sangat makan masa dan belum tentu dapat hasilkan gambar yang owesome. Nanti penat je kan :( But! Kita kan ade Google!....Baby hamster aku sabijik macam diorang ni :

Ok lupa nak bagitau, Hamster yang beranak kali ni adalah jenis / baka Whinterwhite.
Tapi jenis whinterwhite yang bercolour Hitam + kelabu and putih. Ada percampuran / mix colour kat situ. Thanks Google :)

Jumlah anak yang keluar kali ni Alhamdulillah, not bad. Im get a 5 new baby.
(Gambar also from google, pinjam ok). I dont have a white colour moms.

Ya! This is my own picture. Yang belah kanan tu the real moms, belah kiri tu dad. Bagitau si dad ni sangat aktif dalam aktiviti sexual. Kesian kat mom kan. Sebab tu aku jarang satukan diorang dibawah satu bumbung. Tiap-tiap bulan plak dia beranak nanti. Colour body mereka sangat macho kan? Tapi aku dah biasa. :) kalau tengok real. Sangat cute!

Ni gambar moms yang tengah sarat. tapi rasanya ni baru 2weeks. Yang paling latest ni, lagi triple besar perut dia tu. Kalau korang ingat, aku ade bagitau yang Hamster ni kudung kaki sebelah dia tu. persan tak? Cer tengok betul-betul. Kan? . Ok aku akan cerita mengapa jadi begitu. Once upon a time....

**********

Waktu kelahiran pertama dia, ok time tu Tuan dia bukan aku tau. Tuan pertama dia ialah member aku, Hafiz Zainal. And second its me. So, pada waktu awal kelahiran, member aku ni dah tak hiraukan ttg dia, (dan tak tau pon dia ni beranak) dan berhajat nak lepaskan saja dia ni ngn si dad tadi kat dalam hutan area tempat study aku. But aku suruh hold dulu. Biarkan je dalam rumah ni, kesian kot nak lepas kan dalam hutan. Belum tentu Hamster ni boleh survive. So tak lame kemudian, lepas balik dari cuti weekend, member aku yg tak balik bercuti kata kat aku yang hamster beranak...lantas aku pergi tengok dan look like dia tengah makan anak dia!. Time tu aku tengok sendiri dengan mata aku yang si moms ni makan anak dia sampai hilang kepala body semua. Too bad. 

So aku biarkan saja perkara ni, mmg dah tak boleh nak diselamatkan lagi. Time tu aku tak de jiwa sangat. Sebab aku bukan tuan empunya binatang. Dan aku tak rasa apa-apa time tu.

Hamster tu dibiarkan sahaja minggu ke minggu. Entah apa yang diberi makan, aku pun tak tahu. Lokasi dia dekat sebelah TV, sangkar warna pink. Time tu member aku Hilmi yang banyak jage dia. Hafizz dah berambus masuk asrama. Hamster tu dia dah tak nak. So sad sebab bekalan makanan dah lama habis. Aku tak tahu lah Hamster yang baru lepas pregnant ni diberi makan apa. Jangan terkejut kalau aku cakap, member aku sampai bagi ikan masin sekor utk Hamster ni makan, myb dia dah tak tahu nak bagi makan ape, well time tu perut dia sendiri kebuluran.

Dan its not mistaken jugak, time tu lah Hamster moms ni makan kakinya sendiri. Myb stress! dan sangat lapar. So sad kan. Member aku Hilmi sumpah seranah time tu, dia sendiri tak sangka Hamster ni makan kakinya sendiri dan cacat selamanya. But dia tak sedar yang hamster tu sangat-sangat lapa dan kekurangan gizi time tu. Ya its Stress. :(

Dan selepas kejadian tu, aku take over. Aku ambik Hamster yang terbiar sebelah TV ni, bawak masuk dalam bilik aku dan jaga dia. Kawan2 aku banyak support. Alan ngn Azrin, diorang cool. Boleh terima kehadiran "orang baru" dalam bilik kita. 

Hari demi hari, Hamster ni sihat sangat! dan moment yang paling manis ialah masa aku, alan ngn azrin bermain dengan anak2 hamster yang dah berusia 3 minggu masa kelahiran kali ke 2 Hamster ni. Memang pun, Hmaster ni  berjaya melahirkan generasi baru kali ke 2 dan selamat dibawah jagaan aku. Anak dia 5 ekor time tu. Mula dari saat inilah aku giat membela Hamster. Tapi bukan lah pertama kali, cuma orang kata, hobi lama datang kembali. mcm tu.

Gambar anak dia time kelahiran kali ke 2. Usia around 3week.


Sedikit fakta nak dikongsi. 

Hamster yang baru lepas bersalin akan kekurangan banyak tenaga dan sel-sel badan / gizi akan kurang dan menjadi lemah. Oleh itu si pemilik perlu memastikan Hamster kesayangan anda yang baru sahaja lepas bersalin ini diberi makanan secukupnya! Berterusan dan konsisten agar hamster tadi kembali bertenaga dan mampu memberi kan baby-baby nya susu yang baik dalam kuantiti yang banyak. Aku ade dengar yang putih telur rebus baik untuk Hamster yang lepas bersalin untuk kembalikan gizi badan Hamster. But im not sure for that. Aku just bagi makanan biasa mereka, seperti Barley Oats Treat, makanan mix macam kuaci, jagung, and pallet dengan sayur dan buah-buah fresh. Alhamdulillah, Hamster ni sihat dan boleh terima dengan baik.

Fakta yang kedua is. Anak Hamster yang baru lepas dilahirkan / fresh tidak berbulu adalah dilarang untuk disentuh mahupun dipegang sama sekali. Ini kerana, apabila anda menyentuh anak Hamster yang masih tidak mempunyai bulu ini, apabila si ibu Hamster menghidu bau manusia pada badan anaknya. Awas! si ibu Hamster akan rasa sangat terancam! lantas memakan anak-anaknya yang mana telah disentuh oleh manusia tadi. Ye! Pemilik Hamster perlu tahu bahawa Ibu Hamster yang baru lepas melahirkan anak sangat agresive dan sangat garang serta begitu sensitive dengan bau dan juga persekitaran sekeliling, Ini kerana Ibu Hamster mahu memastikan bahawa anak-anaka mereka itu selamat dan tidak diambil oleh manusia.

So? Akhirnya dah terjawablah....kenapa Hamster aku tadi pada kelahiran pertama, dia makan semua anak-anak dia dan sanggup makan kakinya sendiri...Sebabnye ialah :

1st : Aku baru dapat tau yang, masa kelahiran anak dia, member aku sorang ni gatal tangan kononya nak angkat anak-anak hamster ni nak taruk dekat dalam bekas makanan supaya lebih nampak tersusun and lebih cute myb? So secara tak sengaja dan tidak berpengetahuan, dia "telah menyentuh" anak-anak hamster itu tadi. So tak heran lah kenapa mak hamster tu makan habis anak dia kan :(

2nd : Lapar dan tak diberi makan dengan cukup menyebabkan mak hamster ini memamakan kakinya sendiri. Macam aku cakap tadi, dia stress dan kekurangan zat dalam badan. Sedih kan. 

But kesengsaraan dan kebodohan silam itu tidak lagi berlaku pada Hamster ini apabila mereka bertemu dengan pemilik baru iaitu...Aku sendiri :) Bangga sangat dapat selamat kan dia. Dan Alhamdulillah, ber kali kali sudah Hamster ni melahirkan generasi baru, cuma sedikit malang, tak banyak anak dia yang mempunyai hayat umur panjang. Kebanyakannyer mati diserang penyakit mata dan kuku also lidah. Ye, itu semua salah aku sebab tak rajin bersihkan cage dan kurang pemberian vitamin dah makanan berkualiti. Sedih tau bila tengok Hamster kesayangan kita mati. Sebab kita bele dia dengan baik masa kecil, kita tengok kehidupan dia, Bila mati, mmg terasa jugak la.

See? ini gambar real. Anak dia mati sebab kene serang dengan penyakit mata, kuku dan lidah. Wow macam Doktor Veterinar dah aku ni kan..(Alan buat peace, dia tau aku akan upload gambar ni suatu hari nanti..hahaha, hope kau tgok gambar ni)


Anak Hamster yang baru dilahirkan bentuk dan rupanya adalah seperti macam gambar kat atas ni. Ye sekarang aku ada 5 ekor anak Hamster yang kecil, & masih merah macam ni. Kat atas ni banyak sangat kan? mcm mane nak jage tu...O_0! Ingat! jangan sentuh anak hamster yang baru lahir.

Untuk masa ni aku just biarkan mak dia bagi susu dan duduk berpantang dalam sangkar "pink" that is sangkar khas yang aku asingkan supaya mak dia alone time beranak haritu. Ini penting agar si bapak dan adik beradik lain tidak ganggu si baby baru dan si emak yg dalam pantang...

Tahniah untuk Hamster aku tu. Dan Tahniah untuk diri aku sendiri jugak..Hahaha..Puji diri sendiri# Hope korang terhibur dan kepada pembela Hamster, semoga korang dapat tips yang bermanfaat ok. Memang kalau anda buat research di internet berkaitan Hamster, anda memang jumpa apa isu atau topik khusus yang anda nak, tapi kebanyakan nyer versi Indonesia, Setuju? dan memang agak susah nak difahami bagi kita orang Malaysia. Tak tahulah kenapa orang Indonesia lagi ramai yg tahu menahu ttg penjagaan Hamster ni kan. Diorang lagi update. Ape-ape jelah, InshaAllah kalau rajin lagi, aku akan kongsi kisah hidup Hamster aku kat blog k. :) Have a nice day with your Hamster! Assalamualaikum........





4 comments:

  1. saya baru juga memelihara sepasang hamster :)
    alhamdulillah, dah dua minggu kelahiran baby hamster mereka.

    nak tanya, selepas 2 minggu kesemua baby boleh ke kita sentuh main?
    saya tak tahan tgok
    geram sebab comel!

    wechat:ana_solehah23

    ReplyDelete
  2. terhibur juga baca blog ni..bagus2 infonya.. dah la skang tgh sedih sebab hamster sye baru je di serang penyakit...sye pon x tahu sakit ape..mule2 mate merah sebelah..pastu dua2 belah x leh buka..dan skang ni satu badan tak leh gerak..macam lumpuh...jadi sye lah yang suapkan air dan mkanan lembik kat die..tpi sedih jugak sebab mesti die sakit perut sebab tak boleh berak dan kencing... sedihnya tak tau nak cakap macam mane... jenuh dh nages bile tengok die terpakse menderita macam tu...

    ReplyDelete