Sunday, January 20, 2013

Hamster Keguguran.

2 Minggu lepas hamster aku menunjukkan perubahan bentuk badan. Aku terkejut apabila mendapati dia pregnant. Manakan tidak, umurnya baru mencapai 4 bulan. Terlalu awal untuk menghasilkan benih. Tapi dia binatang, apa saja boleh berlaku, lagi lagi hidup bercampur dengan adik beradik yang kesemuanya jantan kecuali dia dan seekor ibu tiri. 

Namun 2 hari lepas, selepas sarat mengandung, akhirnya perut nya kempis dan normal seperti biasa. Tapi aku pelik! masih awal! Dan aku belum sempat mengasingkan dia ke sangkar lain lagi! Sebab aku tahu kandungan belum cukup matang untuk dikeluarkan. Aku lihat kemaluan dia ada tompokan darah, nyata dia telah melahirkan. Mana anak dia aku nak tengok! mana!

Hilang, ghaib, tiada. Mungkin dimakan oleh adik beradik yang lain. Dan mungkin juga dimakan oleh ibunya sendiri yang lebih mengetahui bahawa anak dia tidak dapat hidup. Dan anggap saja dia mengalami keguguran.

Harini, 20/1/13 dia nazak. Menggelupur menahan sakit selepas keguguran itu. Aku heran. Aku pelik. Benda ni tak mungkin terjadi pada hamster syrian. Dia sepatutnya sihat dan normal semula selepas melahirkan walaupun terpaksa mengalami stress akibat keguguran. Aku buat pemeriksaan pada perut dia. Time tu dia dah lembik, nyawa berdegup perlahan dan tidak mampu untuk melawan segala perbuatan aku, seperti biasa yang dia lakukan kat aku bila aku nak pegang perut dia.

Aku picit perlahan, selak bulu nya yang halus tu, hairan. Ada 2 bonjolan kecil. Mustahil itu urat. Mustahil itu usus. Mustahil itu makanan. Aku picit untuk mendapatkan gambaran sebenar.

Rupanya itu janin hamster yang sudahpun mati aku rasa. Bulatan seperti kepala kelihatan. Namun tidak dapat dikeluarkan. aku picit perlahan-lahan janin tu menghala ke lubang kemaluan, manakan tahu, aku berjaya mengeluarkan bangkai janin tu secara manual. Tapi gagal. Si ibu menggeliat menahan sakit. Tak mampu aku nak tengok dia derita. Sedih. Aku biarkan saja dia terbaring.

Tak mampu nak bawak ke klinik haiwan. Apatah lagi dimana lokasi klinik haiwan pun aku tak tau. Aku buat kesimpulan, hamster ini terlalu muda untuk beranak, tulang dan segala bahagian perut termasuk ovarinya belum kuat dan belum cukup tahan untuk menampung sebuah kelahiran yang boleh mencecah 4-9 ekor anak
sekaligus. Badan dia terlalu muda dan kecil, tidak layak untuk mengandung. 

Pelik, kenapa tidak si ibu tiri yg mengandung, bukan kau sepatutnya. Aku redha kalau ditakdirkan engkau pergi tinggalkan aku buat selamanya. Hampir 4 bulan aku menjaga kau, dan boleh aku katakan, kau satu2 nya hamster syrian betina yang sangat hebat! Sifat kau yang manja akan aku kenang dan ini adalah satu pengalaman dan kenangan buat aku sepanjang menjaga engkau.

Aku minta maaf kepada engkau seandainya aku 
seorang tuan yang tidak menjaga engkau dengan baik selama ini. 

Dan sepertinya engkau terlalu lemah untuk meneruskan hidup. :'(

Selama ini kau banyak mengajar aku tentang kehidupan. 
Ini gambar kenangan semasa kau sihat dulu, 
dan mungkin ia gambar terakhir. 

#Aku ada memasang niat untuk menjual anak dia di laman mudah.com apabila sudah besar nanti, tapi tiada rezeki untuk buat begitu. Sedikit Info : Agak sukar untuk mendapatkan baka hamster dari spisis betina, baik jenis syrian mahupun whinterwhite. Anak yang akan dilahirkan mudah cenderung kepada jantan. Andai 5 ekor anak dilahirkan, 4 ekor pastinya jantan dan hanya 1 ekor betina. So, agak sukar untuk membiak apabila seringkali si betina yang cepat mati :'(


Kini tinggal 4 syrian & 8 Whinterwhite.



7 comments:

  1. Replies
    1. Cedihnya.. 8 winter kau biar betul amir?

      Delete
    2. Ye..8 ekor..mudah membiak..dah banyak gadoh plak :(

      Delete
  2. Аs the stagеs wоrsеn, the ρatient will be unable tο rесognize your faсе and who you aгe аnd they ωill
    not κnow ωhat yеar they are in oг ωhеre
    they are! In fаct, noωadays, ωe аlso
    have nail parloгs, that gіvе a beautіful manicurе pluѕ а soothing
    massage to the fingeгѕ and hanԁs.
    The ρгogгаm will enable оne
    tackle challenges such аs the patient's skepticism or bad attitudes towards given routine. Courses prepare students to work with clients before, during, and after a session? Apply the oil or cream in circular movements on the breast with the direction going from the center of the chest to the underarm area!!! How laser hair removal therapy works.. It is inspired by three world dance traditions - indian classical dance, ballet and contemporary dance - and is an integrative art form based in the philosophy of ayurveda. Then you may be an ideal person to work in this growing industry.

    Here is my web blog ... tantric massage London
    Also visit my web site ; london tantra

    ReplyDelete
  3. I'd like to thank you for the efforts you have put in penning this site. I'm hoping to check out
    the same high-grade content from you later on as well. In fact, your creative writing abilities has inspired
    me to get my own site now ;)

    Here is my page how to get pregnant fast

    ReplyDelete
  4. Right away I am ready to do my breakfast, after having my breakfast coming over again to read more news.


    My web site - viagra online

    ReplyDelete