Tuesday, January 29, 2013

Benda.

Matahari tepacak tegak atas kepala aku. Kereta aku park sebelahan dengan balai polis Salak Selatan. Keluar dari kereta, muka aku macam dicucuk-cucuk dengan cahaya matahari tu. Aku lari ke tempat redup.

Sampai dekat Puduraya, aku cari lokasi yang nak dituju. Ini kali pertama aku melangkah ke puduraya selepas betahun-tahun tak pernah pegi pon tempat org nak balik kampung ni. Dan sekarang rakyat dah tak panggil puduraya, its have a new name, we call Pudu Sentral or UTC lebih kurang macam tu. Itu pun lepas di upgrade oleh PM, bejuta-juta ringgit. Orang kate puduraya yg dulu same like pasar chowkit sekarang dah betukar jadi mcm KLIA. Nak tergelak aku dengar. Tak delah hebat mane, still wujud ulat kiri kanan cari customer, siap pakai walkie talkie lagi. Tak taulah kalau mat-mat indon tu penunjuk arah kot? Tanya aku..Pulau Pinang? Kedah Perlis? No! saya bukan nak balik kampong! Minah indon asyik jual keropok, bukak kiosk. Eh pelik mane die dapat modal nak sewa kiosk kat situ kan. 

Dasyat tempat ni. Aku macam baru keluar dari tempurong atau kata glemer macam org belajar kat oversea baru balik KL. 

Aku sampai kat tempat yang aku nak pergi tu. Mata aku melilau cari "benda" tu... Demn! tak de plak. Aku tanya kat kaunter. Budak tu muke dia macam dah ready dengan pertanyaan aku sebab time tu tak de customer, dia pon boring. So pertanyaan aku dia jawab dengan baik sekali, penuh bertenaga. Tapi hampeh.."benda" tu tetap tiada. Takde stok! Frust. Dia offer utk bantu aku dengan mintak no tel dgn nama aku. Aku bagi tanpa syak wasangka. 

Balik dengan perasaan hampa dan hampeh...


"Benda" tu untuk kawan aku. Suprise untuk dia. Belive, kalau ade rezeki, adelah-tu.  


No comments:

Post a Comment