Friday, January 11, 2013

11/1/13


Seperti tahun-tahun yang lepas, Hari Kelahiran mu adalah sesuatu yang wajib untuk diingati. Walaupun tahun lepas langsung tidak ku ingati, namun tahun ini tidak ku ulangi. 

Ucapan buat diri mu.

Semoga perjalanan hidup mu dilimpahi dengan nur cahaya serta hidayah dari Allah yang Maha Besar.

Percayalah wahai sahabat, cita-cita mu yang setinggi gunung itu akan termakbul, jika engkau berusaha dan tidak mudah menyerah kalah dalam hidup. Benar, hidup memang penuh duri, ombak besar kadang kala datang menimpa diri mu, Berdirilah engkau seteguh karang, dan mengharaplah kepada Allah yang Maha Besar.

Semoga di usia muda ini. Engkau wahai sahabat senantiasa dicurahi dengan nikmat kegembiraan, sahabat di sekeliling mu yang sentiasa ada untuk memberi kekuatan kepada mu. Ayah dan Emak yang sentiasa menjadi tulang belakang perjuangan mu. Semoga semuanya diredhai Allah yang Maha Besar.

Selamat Hari Lahir, Syarifah Norziane. Semoga Allah Selamat kan Kamu.



Amir 'Izzat 110113

No comments:

Post a Comment