Wednesday, November 28, 2012

"Mereka" abang saya.

Dengan Naman Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,


Ya Allah…
Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu dan Engkau adalah Tuhan yang Maha Penyayang.

Ya Allah…
Lindungilah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.

Ya Allah…
Sungguhnya aku bermohon kepadaMu tabahkanlah dia dalam menghadapi segala urusan dan kekuatan dalam menerima petunjukMu.

Ya Allah…
Kurniakanlah kepadanya jiwa ketaqwaan dan sucikanlah. Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya.

Ya Allah…
Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu bagi pihaknya dengan sebaik-baik permintaan, sebaik-baik permohonannya, sebaik-baik kejayaannya dan sebaik-baik pahala baginya. Tetapkanlah untuknya, beratkanlah timbangan kebaikannya. Mantapkanlah imannya, tingkatkanlah darjatnya, terimalah solatnya dan ampunkanlah dosa-dosanya. 

AMIN.....

kenangan .

Tuesday, November 27, 2012

Susu membesarkan kita.

Assalamualaikum...

Sejak meninggalkan alam persekolahan IPTA, aku sedikit buntu duduk dirumah. Baru 3hari berlalu aura kegelisahan dah melande, macam something yang tak kene bile diri tak tau nak buat ape. Rezeki line internet yang begitu pantas aku gunakan sebaik mungkin untuk teropong kerja kosong, habis semua laman sesawang aku bukak, InshaAllah suatu hari nanti mungkin ade yang tersangkut. Aku kene berusaha lebih utk bab ni.

Bile duduk rumah, aku memang malas nak pegi kuar. tak tau pesal, hebit mungkin. Selese. Tapi tak macam time kat rumah sewa, ape saje boleh berlaku. But seriusly aku mmg macam tu. Malas sikit nak keluar rumah. Anyone nak ajak lepak2?

Story? Nak ceritelah sikit ttg hemster2 aku. Demok dan demok demok yang lain. Diorang dah besar. kot lah boleh buat korban tu kan....hm, pening gak aku membelenyer...mau tak, bau harum semerbak kencing dia. kakak aku mula lah memekak..sampai tahap die plak pandai2 pegi mandikan hemster tu, tu tahap tak tahan sgt la tu. Tapi jgn ingat aku tak bersihkan diorang tau! seminggu 2x bersihkan rumah diorang. Padanlah dengan status aku skarang...penganggur. Tgok gambar jom :


Ni time usia diorang 3-4 week. if not mistaken lar, aku pon dah lupe, banyak sangat stdy last minit final haritu...sampai umur anak sendiri pon lupe. See? kasih seorang ibu menjaga 4 ekor anaknye.


Ni gambar latest....lihatlah bulu anak2 demok...kerinting, rebonding, 90an, 80an, belah tepi, belah tengah. 

Diorang hidup dengan begitu sihat sekali tanpa sebarang komplikasi. Kadang2 terasa macam nak puji diri sendiri. 4 ekor ok. Terima kasih dekat adik aku yang giat menjaga ketika aku fokus utk final haritu. aku balik jer, tgok diorang dah besar macam ni. Otak aku kadang2 terfikir untuk belikan diorang rumah baru. Tapi harga rumah sekarang mahal2, kondominium beratus2 ribu, tanah sekangkang kera pun harga punya dasyat. Tgok lah macam mane nanti. Diri sendiri tak terurus. By. (ade bau kerinduan)




Monday, November 26, 2012

Harimau menguap.





Malaysia vs Singapura, Kita tersungkur. 3 - 0
Bagitahu : Kadang2 rasa seperti "Berhenti Berharap"

Petikan lagu dari 'Ultras Malaya' : "Kami datang ke stadium sehati dan sejiwa.....Main betol-betol!" (Orang Melayu)

25/11/12 Stadium Nasional Bukit Jalil bersama Germok.


Lihat sekelilingmu. Kamu bukan sendiri.








Lihat pada alam Tuhan yang luas terbentang, terasa kerdil sebagai hamba yang selalu menentang..
Bersendiri itu melemahkan, bersamalah dengan orang yang mengingatkan.


cc : Angin semalam bersama sahabat.

Perpisahan.

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari Stadium Bukit Jalil, tgok game Malaysia vs Singapore. Balik je rumah dalam pkol 12, adik-adik aku gelakkan aku, "abang kalah......". 3 - 0 kene benam dengan singapore, mau tak kecewe. Anyway terima kaseh dekat abang aku, lan yang bawak aku pusing2 hari ni. Sekurang2 nye aku dapat hilangkan sikit mood perpisahan.

Aku cakap ttg perpisahan sebab baru semalam (24/11/12) aku tinggalkan buku, aku tinggalkan rumah sewa aku, aku tinggalkan segala2nye di bumi Politeknik Sultan Idris Shah. Banyak kenangan, tak boleh nak diluahkan dengan kata2. Masa balik nak tinggalkan rumah sewa, hati aku sebenarnye dah menangis. Cume mata je yang tak menangis. Aku tahan. Aku tahu, kawan2 aku yang lain pon macam tu. Semua ego. Nak lari dari keadaan. Tak sanggup hadapi perpisahan. Seriusly ini sedih. Diorang tu dah macam adik beradik aku. Hahhh...tak tau nak cakap ape dah. Benda ni bukan boleh di "flashback" dengan kata2. 3 tahun. aku ulang, 3 tahun...



Teman, betapa pilunya hati untuk menghadapi perpisahan ini, pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama, semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Buat kawan2 sekelas, aku senantiasa mendoakan agar korang semua berjaya diluar sana, senyuman dan ketawa korang akan aku merindui selama2nyer....Buat insan yang bernama Nurul Huda, saya nak ucap terima kasih kat kamu sebab banyak teman saya dikala saya kebosanan, seriusly saya sgt rindu kamu.

Buat sahabat rumah sewa, lan,zamir,shah,adam,afik,helmi,acai....Korang dah macam adik beradik aku. Aku nak mintak maaf sepanjang perkenalan kita, aku ade buat silap, aku ada termarah dan terkasar bahasa. Maafkan aku, anggap itu semua nasihat. Halalkan makan minum. Ingat..kita tetap sahabat sampai bila2. Aku sentiasa doakan kejayaan korang. Huh.....wordless aku dibuatnye. Semalam aku tak dapat tdo lena, aku terkenang suasana rumah sewa kita. Aku cube melupakan semua itu. Hari demi hari, InshaAllah.

Selamat tinggal kenangan...."A New Day Has Come" ade mase aku upload gambar, aku nak buat 1 post best utk korang nanti.. :) 

By. Ku tinggalkan sebuah lagu untuk dihayati. Pompa Bensin, "Jangan Lupa Namaku".


 _Amir'Izzat, Kuala Lumpur,2.56pagi,26/11/12

Wednesday, November 14, 2012

Orang cakap

Assalamualaikum...

Lama aku tak menaip panjang kat blog ni. Masa terluang tak selalu ade. Kadang2 keinginan nak berkongsi cerite tu ade, tapi Line broadbend pulak macam haram. Buang masa je. Banyak sebenarnye aku nak kesah kan dalam blog ni, tapi semuanye dah berlalu...tinggal kenangan, pejam celik benda tu hilang, so tak gune nak di kisahkan lagi. Aku still macam ni, projek besar dah tak ade, income tak pernah masuk, duit poket makin lame makin susut. Muflis seolah2 panggil aku dari belakang, Nasib ade Abah ngn Ibu. Ye beb aku fokus dengan pelajaran aku. Manakan masa nak mencari income? Jual beger? Tidak la... Ini last sem, aku punyai cita-cita besar. Setinggi gunung kinabalu, so bila keinginan tinggi, otak pon mesti tajam, tinggi... but, really nak capai benda tu bukan mudah. Slowly, perlahan-lahan lah kite cube, kot slow pon jgn la kure2 sgt..nanti kene langgar! pecah cengkerang. 

Hm..setakat Diploma dalam tangan kau, kau jangan mimpi nak pegang sebuah syarikat, kau jangan mimpi nak duduk kerusi besar, kau jangan mimpi nak arahkan orang buat kerja2 untuk kau...Yes ini cerita betul, realiti. Tak payah nak persoalkan. Aku lain orangnyer, hanya kawan yang benar-benar memahami siapa aku je, die akan tahu bagaimana kekwat dan berlagaknye budak ni. Haha...nonsense, cakap besaq, haboq tak dak.. No, its just aku cube nak cakap bahawa aku tak rela jadi orang bawahan. Itu sahaja. tapi mane ade orang masuk kerja terus jadi king? itu kerja beger tepi jalan leh la. Tu aku cakap tadi, cita2 aku besar. So kalau asyik ketawa, tak fikir masa depan, mane kan dapat keinginan tu. Stop it cemburu dekat orang, lantak die nak buat ape, janji diri kita gerak seiring dengan wawasan yang kita ukir cipta sendiri. Jangan sesekali fikir & cemburu dengan kejayaan orang lain. Hati kene baik, jiwa tenang, doa. pray...semua itu kunci kejayaan. Keredhaan Allah dan Ibu Abah itu no 1. Orang lain lantak pi..

Final aku tak lame lagi, 17 22 & 23 Nov...Kawan2 yang mengenali diri, doakan kejayaan saya. Ampun maaf sepanjang perhubungan, i love u so mac. Selamat Malam.


Monday, November 12, 2012

Nak

Nak AKJ konvo nanti
nak kerja bagus
nak banyak duit
nak jadi bos
nak perempuan lawa
nak kereta besar
nak pergi Mekah


17, 22 & 24 NOV 2012 : Doakan Saya.


Detik itu hampir tiba. Semoga semuanya baik-baik belaka. Aku cuba sehabis baik, ini semua untuk abah ini semua untuk ibu. 12/11/12 @ Kuala Lumpur.