Sunday, July 15, 2012

Emosi .

Assalamualaikum...

Tak der mood. Aku tak tahu, knpe aku masih bersedih. Tak selesa. Rasa serabot, macam2. Mungkin sebab esok nak balik PSIS. Kulu kilir aku dibuatnye. KL PSIS KL PSIS...Jangan mengeluh mer, itu semua rezeki Allah. Ada orang nak balik rumah jmpe mak ayah, tapi dia tak ada kenderaan, dia tak ada duit nak bayar tambang. Jangan mengeluh dengan nikmat yg kau dapat. Kau tak sedar ke itu nikmat?

Guys, doakan perjalanan esok selamat. Semoga Allah permudahkan segala urusan esok. Barang2 mmg banyak, agak tertekan aku dgn barang-barang. Itu semua barang dapur. Persiapan untuk bulan ramadhan, dan juga persiapan untuk juadah makan malam semperna bacaan yasin dan tahlil untuk ibu alan. InshaAllah, aku akan usahakan rancangan itu.

Guys, pesanan aku buat korang semua. Jaga lah diri elok2. Ingat pada Allah sentiasa. Aku sebenarnya nasihatkan pada diri aku juga, sebab aku tau, diri aku pun lalai, banyak perkara buruk aku lakukan...sejuta kemaafan, maaf datang dari hati....Hm...Hidup penuh dugaan*


BukunotakeciL : Aku bengang dengan org tu, tapi aku ttp syg dia. Ingat, sentiasa buat baik pada org. 
Ya Allah, tabah kan diri ini.



Friday, July 13, 2012

Salam Takziah buat keluarga Hazlan Derman.

Assalamualaikum....kabare...waras?

Syukur Alhamdulillah....hidup, dan masih bernafas seperti biase. Ibu dan Abah, adik-beradik dan teman masih lagi disisi. 11Julai 2012, dua hari telah berlalu...tapi kadang-kadang pabila ada "peristiwa" yang mengundang rasa sedih di hati, pasti tidak mudah untuk dilupakan, masakan baru berlalu 2 hari? Mustahil peristiwa itu dapat dilupakan. Hati aku mudah tersentuh...


11/7/2012 : Salam takziah buat keluarga Hazlan Derman, kawan baik aku yang baru sahaja kehilangan ibundanya yang tercinta...Semoga roh ibunya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

"Lan, Allah lebih sayangkan mak kau....Tabah dan sabar menghadapi ujian ini, aku dan kawan-kawan yang lain senantiasa ada dibelakang kau untuk beri semangat.....! lan kuat!!!!!"

Mengalir perlahan air mata aku masa tengok jenazah arwah mak alan sedang diusung untuk ke liang lahad. Alan nampak tenang, tapi hati seorang anak bongsu.......


Pada waktu itu..perasaan hiba, menyelubungi persekitaran tanah perkuburan isalm KL - Karak.


2 hari dah berlalu, sebelum tidur, aku teringat dekat alan. Air mata aku tidak sengaje menitik. Dia kawan aku. Tidur sebilik. Kami gurau bersama. 11 julai 2012 Dia telah kehilangan emak nya yang tercinta...disaat seminggu lagi nak melangkah ke bulan Ramadhan, dan pada tarikh kematian itu juga, sepatutnya dia berkonvoi dgn aku, untuk pulang ke PSIS, bagi menyambung pengajian semster akhir... Apa yang dirancang, terpaksa dibatalkan.....jelas terasa.

Marilah kita bersama2 sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah ibu alan, mudah2an, arwah tenang diasana.......


Al- Fatihah...

*Semacam ada air btakung di mata ku. Lan, aku rindu kau tau.

Sunday, July 8, 2012

Bina Kubu Sendiri.

Assalamualaikum.

Harini weekend. Hari Ahad. Hari yang paling aku tak suke. Tak tau kenapa, myb sejak tak de buat ape kat rumah ni, aku cepat stress. Adakalanya kita perlu diam. Adakalanya kita perlu bersuara. Dan perlu diketahui bahawa kekuatan seorang manusia itu terletak pada hati. Hati yang kuat akan membawa kepada minda yang positif. Minda pula adalah penasihat kepada hati. Jantung itu setiausahanya. Tapi bila hati dah lemau, minda pon turut sama menjadi lemau..Apekah bahasa ini?

This is Monologue..kau tak blaja sastra ke?

Agak lama aku menyepi, blog pon tak diupdate. Hanya yang tinggal lagu 7Pelangi yang lemah gemalai intronya, lama-lama bingit telinga mendengarnya. Aku ni sebenarnya jenis yang pendiam. Dan suka dengan pergerakan solo. But kalau kena pada tempatnya, mulut akulah yang paling bising sekali, membangkang dan tak putus-putus bercerita, tentunya apabila bersama kawan2 yang sebulu. Tapi bila saat diri ini dilanda masalah, dilanda kecelaruan emosi, akulah manusia yang paling diam sekali. Bukan bisu, tapi cuma tahan sakit di hati..sebab tu ade pepatah, "Sakit dihati siapa yang tahu".

See? dah 8 Julai 2012. Nak tergelak rasanya. Lihatlah bertapa pantas masa itu berlalu. Syukur yang tidak terhingga, Diri ini masih sihat, ibu bapa dan adik beradik masih disekeliling. 

Seminggu lagi...perjalanan menjadi seorang pelajar diteruskan. Cuti 2 bulan telah berlalu. tibe-tibe aku rasa 2 bulan tu macam 2 tahun. Gulp! Jujur, aku bukan orang yang senang nak luahkan perasaan, aku akan pendam. Dan pada saat ketikanya kalau tak boleh pendam, aku akan rasa stress yg melampau dan masa itu gunung berapi akan meletuskan laharnya. Means air mata. *Lap dengan tangan.

Kadangkala aku jadi penat dok layan emosi macam ni, hahaha...nonsense pulak ayat aku ni...acah jer...Guys, i'm still alive like a normal person! Back to PSIS around the corner tau! Should im sad? Ofkos tak sabar...=_= + Gembiwre!

Whishes for the new semester :

Helo everybadi...ape khabar korang? mungkinlar, ade yang tengah sibuk mencari rezeki, mungkin ade yang sedang bergembira bersama keluarga tersayang, atau nak ayat exited sikit, yang tengah kemas baju masok dalam bagasi, Atau! penggunaan bahasa yang lebih gojes, seperti "yang tengah shoping baju SEED dan kasot BONIA dekat Mid Vely Mega Mollll"....Kan, gurau siket tak leh!...Ape nak cakap, aku ucapkan selamat untuk kita melangkah ke semester akhir, 3tahun! masa itu hampir sampai ke penghujung. Jumpa korang kat sana nanti.. yang akan drive, berhati-hati dijalan raya...for brothes dekat rumah sewa, for sure aku akan belanja korang makan nanti..kwang3..Semester 6! Tunggu kami datang..haha..

See? Positif tak aku? Diorang tak baca pon, aku still bagi ucapan beriye-iye....Saje syok sendiri, sekurang-kurangnya sedih tadi dah hilang....Yup! Sedih tadi hilang bila terkenang yang diri ini akan pulang ke hujung tanjung untuk mengadap semester baru bersama kasut baru..! Cikingggg!

*Oh rasanya aku hampir gila petang ni.




Tuesday, July 3, 2012

Stress?

Anda stress? Mungkin game yang sedang adik saya main ini, dapat membantu anda untuk mengurangkan stress tersebut..? Bagaimana jika anda mencubanya dahulu? Klik 1 daripada 2 game ini, jika anda tidak puas yg 1, cube lah kedua2nyer..Wow! owesome right? Choose now! :

Amaran! ianya terlalu x-tream dan 18xs

1
2


BukuNota : Semoga stress anda tadi sudah selesai...Mulakan hidup baru, A New Day Has Come! 0_O!!

GemurohJiwa.

Hye..Assalamualaikum...

Tip Top dah bulan7...haritu tak sabar sangat nak masuk bulan7, skarang dah masuk....hah? Ape nak dikato?  Target aku, masuk je bulan7, aku nak prepare utk sem depan...maksod aku nak prepare dari segi sahsiah diri, barang-barang..mcm tu arr...bukan ape, 2bulan cuti, tinggalkan buku....so nak masuk sem baru, Semangat Baru* kena lah ditanam awal2...guys, 11hb ni i'm back to psis tau.

Semangat Baru*?

Bukan la cakap selama ni aku tak ade semangat, cumeeeeee........kalau ade 'barang' baru bukak sem ni..myb lagi lah bsmangat kan...kah3...Ok terus terang, semalam pegi sopin...Beli kasot baru, buku tulis baru, ngn baju baru, pastu dapat plak percuma beg baru..kan seronok tu?...baru lah semangat tu datang, mencurah-curah ke ladang gandum...

Alhamdulillah, itu semua rezeki dari Allah.


NotaKecik : 75% dah ready..Yg belom cume, packing brg campak masuk beg, service kereta dan spmp yg menyusahkan...





Monday, July 2, 2012

Maaf...

Kesian pulak aku tgok kawan aku sorang ni.....aku buat janji dgn dia, tapi aku tak tepati janji tu...aku diam jer, dia call 10x aku tak angkat... :( time tu aku tgah stress... Aiman, maafkan aku....

Nota : Hati ini rasa bersalah...aduh...