Sunday, May 27, 2012

Life is full of colour

Mana dia pegi?
Entah....
Lepas habis final haritu...msg jarang sekali...
Mungkin sibuk mencorak kehidupan...
Eh corak lah sangat...baru cuti 2bulan...
Tak kesah larr....itu lah aku cakap...

Susah carik aku, senang? bayang pon takde...

Dorang bizi la tu...kau cakap orang, kau pon 2 x 5...
Bizi kemain, mcm menteri..
Haha, aku tak bizi lar, free what?
Biarlah...aku tak kesah pon..Lumrah hidup beb..
Meningkat dewasa, kawan2 makin hilang..

Macam zaman sekolah dulu lar..
kawan gosip kiri kanan...
dah habes SPM?
nak jumpe sorang pon payah..
kalau jumpe tepi flat pon jeling mata jer..
macam dah tak kenal...kesah?

Pelik..

Eh pedulik lah...
sama-sama mengejar mimpi....
kejayaan masing2...
sebaiknya kita jaga hubungan kita,
jangan biar macam ni..
tak manis...just fikir positif cukop.

I mean, diorang juga merindui kau...
macam kau merindui diorang?
Hahaha...annoying jer kau ni...

dah lar tu, is time...

Oraitt! have a nice day....chaww...

masa depan akan datang dengan sendirinya..

Aku masih gigih bekerja lagi.

Assalamualaikum.....

Takdir mengatakan aku kena demam harini. Sebenarnya tak lah rasa macam teruk sangat. Tapi bila malas lagi tinggi markah nya daripada rajin maka.....sms ini pun dikirim...


Actually sound like sad, sbb ini adalah kali pertama sepanjang dari hari pertama aku kerja, aku tak pernah cuti..(Penat tak yah cakap lar kan). So tak dapatlah aku nak pecah rekod diri sendiri, bekerja tanpa cuti. Nak buat macam mana, aku ni bukan gagah sangat....tambah lagi dengan beban kerja yang perrgghh....nak kentut pon tak de masa. Serius.. 

Yang buat badan aku demam adalah punca dari kerja malam. Now aku change time table, dulu awal2 aku masuk pukul 10pagi - 6/7/8mlm (ot ikut kemampuan) tapi disebabkan beberapa faktor tertentu aku mintak tukar jadual dgn bos, so jadinya 11mlm hingga 7/8/9pagi (ot ikut kemampuan). Sound like aku jadi macam burung hantu.....


Balik kerja, mandi semua..terus aku tdo tebongkang....jangan tanya aku bangun pukul berapa. Sebab rasanya ada bom meletup kat ruang tamu pon belum tentu aku nak pegi tengok! =_= teruk gile. Rosak sistem badan. Sebab tu harini aku demam, aku rasa sistem badan aku dah terlabik terbalik. But yang penting keje malam tak sesibuk kerja siang. Customer datang tak henti2 mcm @#$..... jer...

The key point sekarang ni kalau aku asyik nak menyalahkan keadaan je pon tak manis jugak orang cakap. Hidup asyik nak mengeluh payah lar kan, so? Yes!! Forcing myself to say :

Aku masih gigih bekerja lagi!!

Bunyik macam wow! hebat sungguh anak rosli ni...(baru tau ker) Ok lar..tujer ar  nak cakap, pesanan pada diri sendiri jangan malas! jangan banyak merungut...ikut kemampaun, peace...happy, cool..#


Tak macam mamat kat atas ni..badan kuruuusss jer..tapi semangat dia bekerja pergghh...kentalll! superA! 12jam kerja? Steady jer..24jam pon pernah kot..tak heran...Stamina kuat gile..curik tulang pon tak pernah..ade jer kerja dia akan buat. SELUT sama kau fizi...u are d hero...kalau kau tak datang mungkin bankrup office kite tu..



Bukunotakecik : Kerja 2bulan jer. Hujung bulan nanti kita enjoi puas2 ok? So, masa yang ada ni, berkorban la sikit..jangan malas2..Muka ala senyummm..



Monday, May 21, 2012

Result.

Assalamualaikum.....

Angin kipas berpusing sepoi2 bahase pada volume3....selimut, bantal masih disisi...

Say Syukur Alhamdulillah...17days has passed, Akhirnya...keputusan peperiksaan semester5 aku dah pon keluar awal pagi tadi......

i'm copy back what i'm saying after last setel all 6 paper haritu, sound like this :

"Recently my paper dah pun tamat on 3th May 2012 and yet aku tengah tunggu result. Ofcourse..Cuak tak payah cakaplah. After having the last paper aku tak tahu macam mana nak describe aku punya feeling. Perasaan bercampur baur bagai nak gile. Lepas langsai semua paper some of my coursemate siap shouting along the exam hall.....jeritan yang memuaskan hati, dan yang realy fun sempat tangkap gambar dalam dewan peperiksaan. Well, dah ending semester 5, its not senang nak luahkan perasaan tu. Aku faham. Walaupon aku tak join, aku still memahami. Aku hanya mampu tersenyum, berjalan pulang menuju kereta..."




Sekarang all the point dah terjawab dan aku lega....Sebab bila aku search kat unit exam, full fill my ic nombor...Press Enter! and........


I get what i hope. Aku dapat apa yang aku nak..Gembira tak terkata, ibu ngan abah orang yang pertama melihat keputusan ini, mereka tersenyum...Dan terpancar senyuman gembira pada raut wajah mereka...

Although tak lah tinggi mana pointer aku, berbanding dgn kawan2 lain, pointer diorang seinci lagi nak 4flet,tak macam aku (3.61)....tapi bila dah cecah 3.50 keatas...bagi diri aku dah cukup gembira, and realy hope pointer ni kekal dan terus meningkat menjelang sem akhir nanti..

(aku "ter"tengok korang punye result)....so aku nak wish,

Tahniah utk korang semua....and tak lupe gak yang pointer jatuh, aku tau korang dah buat sehabis baik final haritu, mungkin ada hikmahnya....sama2,kita terus berusaha lagi lagi dan lagi..

gambar sekadar hiasan...

Notakakipayung : Moga2 impian mu itu tercapai, InshaAllah & tak lupe, Congratulation! to all my senior yang baru lepas Konvo jumaat sabtu ahad lepas..its realy full of memory, pray for a better life after this. :)

Thursday, May 17, 2012

Selamat Hari Guru.

Assalamualaikum.....

Semperna hari guru yang disambut pada 16 Mei....So diri ini terasa tidak ketinggalan untuk @ ingin membuat satu entry, khas untuk mereka yang mendidik aku dari kosong(mentah) sampai berisi(matang)....

...Sebuah Album kenangan peribadi aku selitkan, untuk "menaikkan lagi" rasa cinta pada mereka yang mendidik aku.... 

Jasamu sentiasa dikenang oleh anak murid mu, Muhammad Amir 'Izzat Rosli (1991 - )

Dituju khas kepada, Semua Warga Pendidik :
klik pada gambar utk tatapan 3G yg lebih owesome!

Sekolah Tadika Agama Al-Islamiah (6 tahun) &
Sekolah Agama Al-Islamiah (Darjah 1 - 6) 

Sekolah Kebangsaan Seri Setia (Darjah 1 - 6)

Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Sentosa (Tingkatan 1 - 5)

Institut Generasi Kuala Lumpur (March - Mei 2009)

PLKN, Kem Bumimas, Sibu Sarawak. (16jun - 5sept 09)

Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam Selangor. (11 Jan 2010 - )


Dengan ucapan...Segala jasamu, akan sentiasa ku kenang sampai bila-bila...
ku memanjatkan kesyukuran serta doa kepada yang Maha Berkuasa agar semua warga pendidik yang tersenarai diatas mahupun yang terlepas pandang (tidak disengajakan@terlupa) yang telah mendidik ku 
dari aku kecil,tidak mengenal erti kehidupan.....sampai ke besar, hingga ke hari ini, 
dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umur untuk terus berjasa dalam mendidik anak-anak bangsa...

Sesungguhnya cikgu..besar pengorbanan mu mendidik ku selama ini..

sekali lagi,

Jasamu sentiasa ku kenang sampai bila-bila....



Amir 'Izzat, 
Kuchai Lama,12.40am






Wednesday, May 16, 2012

Bukan sekadar ikut.

Assalamualaikum....

Isu terkini, aku rasa nak "sentuh" (Nak kongsi) berkaitan isu mogok lapar rakyat palestin yang dalam tahanan. Allahhu Akbar. Umat Islam turut rasa dengan apa yang mereka rasa. Sungguh sedih,

Then semalam tak silap, bukak Fb dah mula start ade individu sebarkan yang gambar2 cokelat tu? Myb tak payah aku upload kat blog, semua pon dah tahu. Ayat dia macam ni:

Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda..

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, 
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.


Cuma ape yang aku terasa nak sentuh ialah...Sejauh mana keyakinan kita terhadap perkara (tukar profil pict) ni boleh menggerunkan zionis laknatullah dan sekutu israel mereka?

Jawapan aku ialah :

Dengan banyak kan berdoa kepada Allah....niat ikhlas. Meminta kepada Allah agar tahanan2 ini tabah mengahadapi dugaan. Bukan "sekadar" tukar sebab ikut orang...tapi tak ade isi kefahaman dalam nya. :( sound like bodoh je. Bila tanya, kenapa tukar pict mcm ni? tekebil2 jer nak jawab, but ok lar, sekurang2 nyer mereka tahu!! dan take action to follow.

Hakikat sebenar....memang sekadar tukar profil picture kat fb yang aku tgok ni, tak ade point pon langsong! "langsung tak dapat tolong mereka kat sana tu..,,betol tak? TANG MANE YG MENOLONGNYER?

Jawapan aku :

Budak2 lepak main gitar tepi jalan @ budak sekolah menengah sekalipon bila diorang on9 fb......dorang jadi "nak tahu" ape bende gambar2 cokelat ni? so dari situ baru aku nampak "selitan" usaha tukar profil pict tu tadi ade jugak "manfaah" nyer...Sebab? sebab aku percaya daripada tak tahu ape2 yg berlaku di palestin sana, automatik akan jadi tahu, dan secara tidak langsung yang lepak2 tadi tu mendoakan kesejahteraan para tahanan tadi bukan hanya dengan menukar profil, tapi memahami dan turut sama mrasai lantas menadah tangan untuk berdoa...InshaAllah, itu yang sangat aku harapkan.


Its ok jer, bukan aku nak berbahas ke ape.... Setiap perkara bermula pada niat. Perasaan dan pandangan setiap individu lain2.


Sama2 lah kita berdoa supaya mereka selamat dan hak2 mereka tu ditunaikan, itu lebih afdhal, ...beb, kita org islam jangan underestimate the power of doa, doa is our greatest weapon now.



Isu mogok lapar tahanan palestin? Sejauh mana relevan perbuatan itu dalam islam?

Some individu tanya, (interested nak kongsi pada semua) izinkan aku share ye :

mogok lapar ni nabi pnah anjurkn x??sbb kalu ada mknan dpn kte tp kte tolak,bkn ka i2 dikire mnganiaya dri sndri n kalu mati dlm keadaan 2 bkn ke bunuh dri??ada byk ag cara utk menentang kezlimn..tp xpela kalu dgn mogok lapar ni zionis dpt gerun n umat islam dpt bngkit,then truskn
16 hours ago ·  ·  2


So jawapan dari pakar, aku sharekan link ni, kawan2 boleh baca dan sama2 memahaminya...InshaAllah.

Dan info maklum yang aku temui, baru sat tadi kat fb under Scientific Miracle Of Islam Alhamdulillah...


Alhamdulellah , after the great solidarity of millions of people with the Palestinian prisoniers , their hunger strike succeed and "israel" accepted their demands

Thank you everybody who changed his profile picture as a solidarity with them because israel was surprised to see more than 2 millions and 250000 persons changed their profile pictures in only few hours last night as a solidarity with Palestinian prisoniers.

Also thank you everybody who protested supporting them , at least we did something to Palestine ..

Now people are so happy in Palestine and they are celebrating this small victory .Alhamdulellah , the hunger strike is over and the prisoniers got what they wanted !! alhamdulellah ! alhamdulellah ! alhamdulellah !

For those who did not show solidarity , may Allah give you another chance to do something to Palestine ameen...

(KESAHIHANNYA TIDAK DAPAT DIPASTIKAN,)


Petikan dari Buku bacaan (taip balik Pg153), BEDUK DIKETUK (ustz pahrol) :

(Cerita Diringkaskan dari tajuk "Tiada Hari Tanpa Demonstrasi")

Sebaik-baik Demonstrasi : (Seorang pak cik yang sedang berdemonstrasi berdialog dgn ustaz pahrol)

"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu, "tegas saya"

"apa dia?"

"Solat subuh berjemaah"

"kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat?"

Muka pak cik itu mula merah, tangannya mula menggenggam...
'
"Jihad dan ibadat tidak terpisah, bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad sejati."

"Tapi kita mesti sanggup memikul senjata!!"

"Betol....tetapi tarikkan dulu selimut yang menutup umat yang masih tidur menjelang subuh"

"Saya tak faham?"

"Pak Cik, Israil mesti ditentang mengikut kaedah yang menyakitkan mereka"

"Apa yang menyakitkan mereka?"

"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang islam yang solat jumaat!" Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."

"Jadi?"

"Sebaik-baik demonstrasi ialah mendidik umat ini menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau dan masjid." Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita.

Lihat sejarah Badar atau Khandak, Bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin al-ayubbi, lihat Muhammad Al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka mejaga solat dan ibadat-ibadat, khusus yang lain."



Cerita Ini lah sebenarnya yang aku nak sampaikan...fahami maksud tersirat itu. Assalamualaikum.






Tuesday, May 15, 2012

Self Spirituality


Uthman bin Affan reported:

The Prophet, peace be upon him, said, “The best of you are those who learn the Quran and teach it.”  (Sahih Bukhari, Book 61, Number 546)



Friday, May 11, 2012

Masa depan itu akan datang dengan sendirinya.

Assalamualaikum....

Penat bekerja tak semestinye aku tak de masa untuk menulis. Apetah lagi wajib mengadap FB lepas balik kerja. So, isu semasa ter"Update" dengan sendirinya bila mengadap laman sesawang ni.

Result UPU baru2 ni dah keluar, dan tersebar luas berita kejayaan anak2 Malaysia khususnya Melayu yang aku tengok bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat masok Universiti...

Imbas kembali.....

Waktu umur 18 dulu, aku tak terlepas dari mohon UPU ni, bukan umur 18 jer, habis blaja ni nanti pon UPU ni still dinanti2 jugak. Aku teringat time habis SPM dulu, macam kawan2 aku yang lain, aku kehilangan arah, macam tak tau mana hala tuju....time tu bodoh lagi, baru nak mengenal dunia...Ape pon tak de, jangan cakap FB lah, laptop pon tak der, umah pon tak der komputer...sedih time tu. 

Time permohonan UPU, aku awal2 pagi gerak pergi CC nak mohon masok sambung blaja kat U, bukan kate doa, solat hajat, istikharah pon rajin aku buat.....8 pilihan UPU, asasi uia, usim, um semua aku bedal (Macam budak dapat 10A SPM plak kan..). Aku ingat lagi, aku more dekat aliran art, Ekonomi aku dapat A, tapi Maths dapat D nak dekat E....so rase macam "Alahai...." tawakal jelar. Semua bidang yang aku mohon time tu more pada jurusan ekonomi, pengurusan, undang2 uia pon ade, sbb aku minat law....Pendekkan cerita lar,

Tiba masa result UPU keluar,

Sedih, dalam 8 tu...1 pon tak tesangkot. So nak menangis pon mmg dah nangis ar sbb dah tawakal kan, Parents aku pon menanti jugak, so aku try buat rayuan dengan harapan ade peluang walaupun tipis. Orang kata rayuan ni based on :


But lepas rayuan still tak dapat jugak... Aku analisa balik, mana kelemahan aku that, yang setahu aku nak masok UPU, dia tengok markah merit 90% based on akademik kita dan 10% based on penglibatan koko, So? dengan 1A,6B, 1C,1D,1E dengan koko yang "sangat" cemerlang, Ajk aktiviti tahunan kelab sejarah dan rukun negara ngn ahli kelab badminton yang tak pernah datang meeting.....entah berape sangat den punye markah merit kan....So lupekan UPU kejap.

(fokus dekat ayat2 terakhir pengarah UPU kat gambar atas ni...mendalam!)

Tiba giliran UiTM, tak nak ngalah ni....Apply gak...aku pendekkan cerita, 1st intake punye keputusan still tak memihak pada aku, try buat rayuan dekat student portal borang tu lah rasanya....Dalam tempoh masa yang sama, berjuta2 surat tawaran masok kolej sampai kat umah, rasa "bangga" pon ade.....yang besar, kecik, warne warni, lipat dua, gulung2 sume ade dalam peti surat tu....semua surat nama aku, bangge jer.... tapi semua aku tak layan sebab nak fokus kat uitm ni. (Surat tu aku kumpul, sampai sekarang ade lagi)

Bila sampai tempoh keputusan....

Nama aku tersangkut untuk layak ke UiTM kampus dungun dengan program sepenuh masa, PRA DIPLOMA (PERDAGANGAN) PENGURUSAN PERNIAGAAN. (ade gambar surat dia, tapi tak sempat nak upload lar). Time dapat keputusan ni aku rasa macam syukur gile ar....terus print, tunjuk kat parents...tapi tu ar..."PRA" yang tak sedap tu. Korang faham2 lar ek...

Last choice, masa yang sama time mintak UiTM sebenarnya, aku turut sama aply Politeknik...Sebab iklan dia serentak dengan UiTM rasanya, is not mistaken lar....so Politeknik pon aku rembat gak..janji dapat sambung belajar, pendekkan cerita lagi....Politeknik lah yang mencerahkan kembali harapan aku after loss and feeling give up after upu haritu...

Until now aku study kat Politeknik Sultan Idris Shah, (pi search kat internet kalau nak details) tak payah cerita panjang, sekarang aku dah pon nak masok ke Final semester. Alhamdulillah, kalau politeknik myb ramai student U atau bapak2 orang yang ingat just ade bidang teknikal, tak ade art myb. Sebaliknyer aku jurusan art, econs, Diploma Kewangan & Perbankan Islam, Jabatan Perdagangan. Hehehe, macam menakutkan je, orang kate kalau minat ok lar....

Bagi aku kos ni mmg satu bidang yang "fokus lebih" dekat dunia ekonomi ngn finance semasa...Alar, even kawan aku jurusan sains time SPM, mane ade ambek econs semua bagai, tapi cemerlang je dengan kos ni? Punyer lah kan....see? semua tu bergantung pada diri kita. Jangan risau. InshaAllah anak melayu kita hebat2 belaka..

Pesanan aku pada adik2 diluar sana yang tercari2 hala tuju masa depan, kamon, jangan cepat mengalah....result baik inshaAllah ade harapn, U boleh, Poli boleh semua boleh, cume nasihat saya jangan tersalah pilih tempat, seeloknya jangan melulu masok kolej swasta yang kerusi meja tak cukup tu...duit yuran banyak kene bayar nanti, sian kat mak ayah kita....

Bila dah dapat sambung belajar tak kesah lar kat U ke, Politeknik ke, MRSM bagai...fokus study smart, cool dengan jurusan, bawak elok2....kalau tak boleh jugak push sampai keluar air mata sekalipon, (Only an Finance student can understand the value of study on Last Night) yang penting jangan sia2 kan harapan mak ayah kat rumah. Dan ingat, tujuan hidup kita bukan nak masok sambung blajar semata2 tapi ingat juga pada Allah s.w.t yang menciptakan kita sebagai hamba kat muka bumi ni, dia yang bagi rezeki dekat kita untuk masuk Politeknik tadi, so, bersyukurlah...solat dan sentiasa berdoa...Jangan sombong dengan Allah, Allah tu power, kita ni just Hamba..


Life is getting serius when u reach 18. Serius for those who think about "BIG FUTURE" at the early age....Jangan masih berfikiran macam budak2 lagi...bangon dari tidur. Bukak mata dan pandang ke sana. Memang abang cakap "Masa depan itu akan datang dengan sendirinya" tapi kalau tak ade usaha? meaningless, tak der hasil lar kan...So, Rajin2 baca surat khabar macam Abang yer, ambik tahu dunia semasa, ekonomi, politik, sosial InshaAllar diri semakin hari semakin matang..."Baru karangan boleh dapat A"...hahaha...Ok lah...gurau jer pon, thats all, Ade nak tanye just komen atau inbox jer nanti akan di reply InshaAllah. Assalamualaikum... 

Pstssss : Jiwa raga menanti result 21 mei ni....sampai termimpi2 larr =_=" (Harapan yang disandarkan terlalu tinggi, mcm gunung kinabalu. :) 



Tuesday, May 8, 2012

Celaru.

Assalamualaikum wbt.

Dah hampir seminggu cuti semester. Macam biasalah kalau student yang suku-suku macam aku ni, bila cuti sem jer, buku semua aku dah takkan tengok dah. Tinggal buku Hijrah yang aku tgah ondewei nak habiskan, tapi tak terhabis2 pon lagi, best cerita dia, perjalanan sirah Nabi Muhammad dari A - Z, yang kita pernah tahu zaman sekolah agama dulu, tapi bila makin besar, kita dah terlupe, so kita refresh balik...Al-Kisah haritu aku ade banyak lar sgt beli buku cerita, minat punye lain macam, sekali 4 aku beli...so kalau tak dibace rugilah kan. Disebabkan celaru, semua tu tebengkalai. (alasan) 

1st, hati aku still feeling in love dekat WJP yang dah hampir 3 4 hari aku tak tengok. Risau lain macam kali ni. total pembedahan, doktor maklum dalam 9rat, aku redha jelah dengan harga tu..mane lagi nak korek entah. Kakak aku bising punyer bagai....tahan jer aku ngn die.

2nd, geng...skang aku keje kat Mc Donalds, sepenuh masa mengadap beger, kentang, sos, ais krim dan seanggota dengannyer. Penat die tak payah ceritelah..lumrah alam pekerjaan. The point aku nak cakap ialah selain dari collection money yang aku carik, aku jugak nak carik pengalaman luas bekerja dalam bidang2 macam tu. Pas habis blaja kang, lagi "mencabar" rasanya. Wallahu'alam. (Masa depan akan datang dengan sendirinya). InshaAllah, gaji 2bulan dapat cover balik 1sem duit ptptn aku yang menghilang entah kemane.

3rd, (ni paling penting ni!) Saya terlepas pandang dan rasa sedih sebab terlupe Hari Jadi seseorang. Tak tau nak cakap macam mane...Malam tu saya ade msg kamu...tapi, entah kenape...saya tak sedar yang 6/5 hari jadi kamu. So ape yang saya boleh buat, selain menyesal dan rasa bersalah. Serius saya rindu nak bawak kamu makan luar, Fresh Orange, gelak2, gosip2......Saya dah bingong.."Celaru".. saya tau kamu marah. Serius saya tak sengaja. Sedih larr.... :( maaf kan saye. I'm sory........





Saturday, May 5, 2012

Nasib baik.

Assalamualaikum.....

Dalam doa harian sentiasa aku mengharapkan agar urusan-urursan aku dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Tanggal 4 Mei 2012, aku tinggalkan Sabak Bernam untuk cuti semseter. Pulang menuju Kuala Lumpur, berseorangan, 1st time sorang2 balik KL sebab member lain tak dapat join...Aku bukan tak biase drive sorang2...cume kalau jarak jauh, aku takut mengantuk masa drive, banyak kali dah berlaku benda ni...so, aku note dengan yang tersayang espacially Abah, and kawan2 untuk doakan perjalanan selamat. Perjalanan diteruskan, pecut punye laju, cilok sane cilok sini pantang jumpe lori...

What will hapend is : 


kereta mati betol2 time nak masok "simpang rumah"
call uncle robert.....
Dalam 10minit tggu, die pon datang....cek punye cek...
die cakap elektronik problem. Minyak tak sampai..
so die try the best jugak...sbb kereta aku mmg "tangan" die je yg selalu service.
"errrrrmmmmm.... mau hantar bengkel lar bos.."
so aku rase mcm =_=!!


Dengan barang yang sarat dalam kereta tu...
aku terpakse keluarkan sikit...boh dulu kat tepi jalan..
dibawah terik matahari..peluh jantan mula terpercik.
And what made me feel thankfull to Allah is dugaan ini berlaku di persimpangan 
nak masuk rumah aku. I'm cannot imagine if this situation berlaku dekat Highway!!


Sebab tu aku sangat bersyukur....Allah telah permudahkan urusan hambaNya. Belive,
Allah takkan uji hambanya melainkan ia sesuai dengan kemampunnya.


Very sad look at this picture....tak pernah jadi macam ni..
On the time aku service, tapi still die nak merajuk dengan aku..


Dan selang sehari, I came close to the workshop..and look at my car...
=_=" SEDIH SIOOOTTT.......Habis badan awak kene robek2..

Saya harap awak cepat semboh yer...saya sentiasa doakan kesihatan awak,
maaf kalau sebelum awak sakit, saya ade buat awak tersinggung, saya pakse awak pijak lobang what so ever, dan saya tau saya salah sebab tak sempat nak mandi sama2 dengan awak sebelum balik haritu, tapi saya sempat bagi awak minum kan? Saya tunggu awak semboh, doktor cakap lagi 2 hari...dan kesihatan awak tak serius sangat, cume ade bahagian organ awak terpakse ditukar dengan yang baru..saya sedia menerima apa jua keputusan doktor, dan sanggup keluarkan duit ratus2, yang penting awak selamat. Dan kite kembali bersama. 

Barang2 yang dalam kereta, separuhnya aku keluarkan tarok tepi jalan. Aku angkat barang2 tu dalam jarak yang agak jauh....Penat dia tak payah cakap lar kan. Petang tu, aku tido kepenatan...dan lepas bangon tido...ade note dekat Whiteboard bilik aku...note dari adik kesayangan aku, Batrisyia Balqis, yang sangat2 merindui abang dia balik...(sebab nak main Iphone =_=")

Aku tersenyum baca note dari dia....


Sayang kamu jugak... :)



P/s : kawan2 yang tompang barang haritu...beg2 korang ade kat bengkel, bersama kereta aku...kalau nak ambek cepat, call aku dulu.

Viva Forever,

Assalamualaikum....

Do you still remember, How we used to be, Feeling together believe in whatever, My love have said to me, Both of us were dreamers, Young love in the sun, Felt like my savior, my sprit I give you, We'd only just begun_Viva Forever.


Mungkin sangat lama dan terasa begitu bersarang blog ni ditinggalkan..terima kasih lah kat orang2 yang sudi lintas lalu, komen ker, jual barang kat carpet etc, Life is full of answer waiting to be discovered. Yup! banyak sangat dugaan datang, kelakar semua tu kalau diingat2 kan balik its realy make me thingking forward about life, kui kui kui.



Belive, "Fajar esok menyinsing pada waktu manusia sedang terasing"

Banyak benda yang aku nak kongsi tapi akhirnya aku tak terkongsi.Semua ini disebabkan oleh hadirnya satu penyakit yang agak parah sedang menular dalam diri aku sendiri. Jadi aku ambil masa untuk singgah sebentar disini. Baca hasil - hasil tulisan aku yang aku sendiri adakalanya tak faham apa yang aku tulis. Tapi apa yang pasti walaupun aku semakin jarang untuk menulis disini aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak berhenti menulis.


Sekian lama tak update memberi gambaran jelas bahawa aku tiade masa langsung untuk menaip dan berkongsi cerita. Sebab ape? 

FINAL EXAM
Hampir 2 minggu bertungkus lumus menela'ah. 6 subjek utk dipertaruhkan. Bagi aku semua itu adalah sangat mencabar, kerana pada semester ni kalau korang dok follow tulisan dalam blog ni, sangat tinggi harapan aku untuk dapatkan yang cemerlang dalam sem ni. Ape yang aku kejar bukanlah dekan semate2 tapi kepuasan dalam hati dan persaingan antara kawan2 that aku boleh berdiri setanding atau nak hebat sangat, lebih tinggi dari yang lain. Ini semua untuk masa hadapan, yes! this is for future.

-Fiqh Muamalat 2
-Marketing For Financial Services
-Credit Managment
-Business Finance
-Entrepreneurship
-Risk Managment in Islamic Financial Institution

Recently my paper dah pun tamat on 3th May 2012 and yet aku tengah tunggu result. Ofcourse..Cuak tak payah cakaplah. After having the last paper aku tak tahu macam mana nak describe aku punya feeling. Perasaan bercampur baur bagai nak gile. Lepas langsai semua paper some of my coursemate siap shouting along the exam hall.....jeritan yang memuaskan hati, dan yang realy fun sempat tangkap gambar dalam dewan peperiksaan. Well, dah ending semester 5, its not senang nak luahkan perasaan tu. Aku faham. Walaupon aku tak join, aku still memahami. Aku hanya mampu tersenyum, berjalan pulang menuju kereta...

After paper last, risk mana....apa yang aku boleh simpulkan sepanjang 2 minggu final is, i will get what i hope in this semester. InshaAllah...target 4A,1B,1C. mUGE2 Pointer naik sampai ke telinge.
Walaupon ade C ? ade ke orang target dapat C ? mcm bongok jer....=_=". Bukan ape, subjek tu mmg hard core...ape yang aku hafal bagai nak rak...tak keluar pon...so bile kuar dewan rase mcm...Eh! bengongnyer soalan tadi? (tak sedar diri sendiri yang bengong.)


4th May 2012. Saying good by dekat kawan2. Aku gerak ke Kuala Lumpur dalam pukul 11.30pagi. Time tu truely and sad sebab tak dapat nak berslaman dengan member2...well time tu ade yang tdo tebongkang...so i'm sory bile korang bangon2, Amir 'Izzat is missing from the home. HAHAHAH. 
(Sebab die kate nak balik after pray tapi die balik awal.) 

Eh! yang penting kereta aku sarat dengan barang2 "tumpangan" dan yang paling sad ialah aku balik sorang2 =_=". Selalunyer ade zamir teman, tapi die balik ngn sister die. Alhamdulillah, syukur...aku selamat gak sampai walaupon ade "dugaan".....(will be story in next post).

BEST WHISHES
Allah murahkanlah rezeki sahabat-sahabatku. Permudahkan segala urusan-urusan kami.

Just nak cakap bila kita dah mula rasa kehilangan something baru kita belajar nak appreciate sesuatu bendakan? Yet Aku rasa bertuah sangat dalam masa 2 tahun lebih aku boleh kenal coursemate and my best buddies. Bila dah start cuti macam ni baru rasa rindu and kehilangan yang teramat sangat. (Ayat manis jer). Hahaha....Eh tapi truely tau. Aku mohon jutaan maaf pada yang ade terasa hati kat aku, sebab ade yg kate aku ni garang sangat, to serius, sombonk,, tapi percayalah, Amir 'Izzat bile digeletek, pasti juga akan tersenyum bahkan tidak lekang dari ketawanya yang macam dipaksa2. Guys, i'm realy smile for u.


Semoge berjaya dengan keputusan final yang bakal tiba nanti. 
Buat yang impikan AKJ, 
forsure,
 jika kau fikirkan boleh,
 Allah will give u the happend.
 Salam  perjuangan, Amir 'Izzat.