Saturday, February 25, 2012

Berkata-kata memang senang!

Walau aku, tidak bersamamu jangan engkau lupakan diriku_Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin.

Assalamualaikum...

Tiada kata secantik bahasa. Harini post aku tak der gambar2, maksudnya aku nak bercakap panjang2 tanpa ada imiginasi tersirat dari mana-mana gambar. Minggu ni adalah minggu depression aku. Sangat sibuk menguruskan preparation final project, test, kuiz, asgnment, mini project dan lain2 yang kalau diteliti secara halus, ianya bukan calang2 kerja, kalau orang yang tak merasa apa yg sedang kita rasa sekarang ni, mmg org tu tak kan faham. Life student dengan life orang bekerja lain. Lebih2 lagi aku selalu sangat dipilih untuk jadi ketua, bukan nak cakap apa lah,even aku tak nak pon jawatan2 ni...tapi bila diri ini dah diletakkan untuk memegang sesuatu jawatan, maka tekanan tu akan automatik meresap naik ke dalam otak. So ditambah dengan depress dari kerja2 asgnment tadi plus dengan jawatan yang disandang ni, kalau aku tak dapat urus life aku dengan baik, jawapan dia adalah tekanan @ stress. Yer! kadang2 otak aku tak dapat nak mengunyah semua yang aku pelajari, semua yang aku cuba hafal, semua yang aku rancang..seolah2 diberikan satu Blander, kau masokkan 5biji epal, 9 biji nenas, 3 biji durian, dan kau hanya tambahkan 2 sudu air untuk menggerakkan + menghancurkan 17 biji buah2an tadi... Maka jawapan dia ialah Blander tadi akan STUCK! dan akan mengeluarkan sesuatu bunyi yang sangat mengerikan. Maksud aku kat sini, kekurangan oksigen di dalam otak dek lemas dengan kerja2 sekolah,

Bakal merindui semua yang berada disini.

Ayat macam ni adalah ayat untuk student2 yang final year, atau budak2 yang 2 3 hari lagi dah nak pencen jadi student. Aku ni tergolong dalam orang yg menggunakan ayat "Bakal merindui semua yang berada disini". 6Buan lagi....lama ke tu? Bagi aku kejap je...pejam celik, makan minum, kencing berak, gelak nangis, blog fesbook, tes kuiz, Asgnment projek..tiba2 dah pon tamat belajar..itu realitinya. Aku menulis ttg benda2 macam ni bukan simply talk, tapi aku mula merasa "bahang" end of semester tu hadir pelahan-pelahan masok ke dalam saraf aku. Bila aku pandang muka2 kawan aku kat kelas tu, Automatik aku akan tersenyum sorang2, kadang2 aku geleng2 kepala, kadang2 aku tergelak..Tapi hakikatnya aku ni bukanlah orang yang suka pandang atau tenong orang lama2!. Just nak ambek mood jer....yelah seronok tengok cara diorang menghiburkan diri diorang, automatik jugak diri aku terhibur. Dan automatik jugak "Bahang" yang aku maksudkan tadi meresap masuk dalam aliran darah aku. see?

Dengan semua kawan2 aku (man) aku pernah berurusan. Baik dari segi pembelajaran mahupun sosial. So boleh jugak dikatakan daripada A sampailah ke Z, aku dah kenal sikap dan perangai mereka. Its nice moment and its also make u smile alone. Kalau pernah terbaca dekat side Kanan blog aku, aku ada tulis ayat:

" Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat-sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku masih hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk perkenalan, kerana? aku merasa senang...semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri"..

Just monolog kosong je ayat tu, tak der spesifik sangat, cuma kadang2 ia memberi kesan secara tidak langsung dalam hidup aku. Yer! aku mengaku yang aku membesar dengan kematangan hidup melalui perbualan dan interaksi sosial antara aku dan kawan2. Mana ada interaksi sosial dengan mak bapak..Parents more kepada spend kasih sayang. So, Apa yang aku cuba tekankan dekat sini ialah apabila hati aku tersentuh dek perangai yang kurang baik yang terpacul dari kawan aku sendiri. Lintang pukang emosi aku dibuatnya, ikut kan hati ada yang kena sound nanti. tapi aku jenis yang tak sampai hati nak buat orang macam tu. Aku jenis yang suka tolong orang, bantu sedaya mungkin, itu mmg hobi aku....bila aku jadi lead dalam apa2 organisasi pon, aku akan bantu orang bawahan aku buat kerja event terpaksa turun padang, aku turun padang..mengajar seketul2...Patah balik ke cerita tadi, so apa perasaan bila kita buat baik, orang balas dengan perangai buruk. Kalau beri madu dibalas susu mungkin boleh diterima sebab walaupon harga madu dengan harga susu jauh beza, but still aku dapat minum susu. Tapi macam mana pulak bila Beri madu dapat racun? tak ke sakit perut dibuatnya nanti?.

Dengan apa yang terjadi aku lebih senang untuk ambil pendekatan diam dan senyum, still gurau2....tapi dalaman, hanya Tuhan yang tahu. Tak mengapalah......Allah itu Maha Adil....Kan dah cakap awal2! Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri kita pada masa kini. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di dalam alam ghaib...ianya akan datang dengan sendirinya..Tersenyumlah!

Attitude rakan2 aku sekarang dah banyak berubah. Even jangan nak cakap orang lah, cermin diri sendiri. So aku pon cermin diri aku, yes! totaly aku pon dah banyak berubah. Perangai aku still macam dulu, malas tak tentu pasal but! study still control...Solat still "cuba" untuk jaga espacially subuh..perghh..So bila aku dah cermin diri aku sendiri.....Apa yang aku nampak adalah ketulan tulang2 yang dahagakan lemak. Haha..tak delah gurau jer. Apa yang aku nampak ialah kematangan berfikir dan membuat keputusan. 2012 masih belum menampakkan sesuatu yang "Bertuah" buat Amir 'Izzat. Bukan maksud aku tak bersyukur dengan anugerah dari Allah! No! jauh sekali berfikiran macam tu, cuma maksud aku yang dimahukan itu belum tiba, mungkin dalam perjalanan? mungkin sedang berlari? mungkin sedang tersesat di persimpangan? Allah sahaja yang tahu.
Amir dah ada WJP, Amir dah ada IPHONE, Amir dah ada Jam Tangan SEIKO RM 400...ape lagi yang Amir nak? Kawin?

Cita2 mmg setinggi gunug. Even rasanya kalau baca La-Tahzan dia tak cakap gunung! tapi dia cakap Bintang! means ayat dia akan jadi macam ni "Bercita-cita setinggi bintang"...kan? Cita2 aku bukanlah nak jadi angkasawan pon, cuma cukup sekadar dapat menempatkan Ibu dan Abah di sebuah rumah banglo besar suatu hari nanti. Dalam betol ayat aku kan...itulah orang kata, bila kita menulis atau bermonolog, mungkin seperti ianya sangat mudah....mana tak nya? Taip jer...cakap jer ape nak cakap... Tapi realitinya untuk mengejar sebuah cita2, ianya memerlukan sebuah pengorbanan....berusaha, jangan pernah mengalah, jangan pernah kenal erti putus asa! masing-masing ada cara masing2. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Even bila aku baca tafsir Al-Quran, berkali-kali lidah aku menyebut perkataan yang mengatakan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Sebagai hamba, aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberi, Doa juga tidak pernah putus untuk memuji kebesaran Allah dan kedua ibubapa yang merupakan insan yang sentiasa ada dibelakang aku, tatkala susah mahupun senang, mereka inspirasi hidup.

Seperti yang dijangka bakal menjelma. Whats tat?

Menjadi ketua untuk "sesuatu" adalah bukan perkara yang mudah. Even kalau jadi ketua rumah sekalipun bukan lah sesuatu yang senang...nafkah zahir dan batin perlu diuruskan mengikut kehendak orang ruamah. itu lagi susah! Yeah i'm talking about tanggungjawab now. Bukak sekolah kelas yang pertama selepas cuti sem ni, what will happend is perkara2 yang membangkitkan emosi serta tekanan2 dari setiap penjuru. Sebenarnya aku cuba lah kan, untuk jadi pemimpin yang baik...yang cool...relaks...senyum, nak jadikan Nabi Muhammad sebagai contoh..but kadang2 aku tersungkur jugak. Dalam meeting aku terpaksa marah, terpaksa tegas supaya apa yang kita rancang, "menjadi" dan apa yang tidak sepatutnya terjadi, tidak "terjadi". Perkara2 remeh cuba dielakkan @ tak perlu dilayan, time main kita main, time buat kerja kita buat kerja. Ada satu cerita. Dalam suasana kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai, dapat dilihat gelagat kaum lelaki yang seketul dua ketul berborak2, cerita masa depan ker, cerita rumah tangga ke, aku tak nak tahu, Cuma sikap agresive sesetengah mereka dalam kerja2 berkumpulan, even dalam proses P&P sekalipon dah nampak yang persaingan itu wujud antara aku dan mereka! Ofkos aku cakap macam ni sebab aku rasa tercabar. Tercabar dengan perkara positif, aku rasa tak jadi masalah. Sreet to the point. Untuk semester ini untuk mendapatkan AKJ bukanlah perkara yang semudah 123 ABC. Cemburu tu mmg ade dengan kawan2 ni...Semua org nak yang terbaik betul? So aku percaya dengan diri aku! aku boleh bergerak sendiri! Aku mempunyai cara aku tersendiri, So? bila dah cakap macam tu, buat apa lagi kita nak tgok orang? orang tu berjaya, orang tu hebat, Kita? Orang dah sampai ke seberang....kita baru nak masuk dalam sampan?

Notes : Cita2 yang pertama setelah "bakal" tamatkan Diploma ialah sambung belajar di UUM. InshaAllah..tapi ingat..."Berkata-kata memang senang". Kalau tak disusulkan dengan usaha manakan dapat cita2nya a.k.a (also known as) kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. :) aku tak sanggup nak baca apa yang aku tulis panjang2 ni..dan aku pon tak rase ade orang yang sanggup baca apa yang aku tulis ni..Selamat Malam!

Friday, February 24, 2012

3 in 1

Assalamualaikum....

12 : 37 Minit pagi... macam biasa, takde istilah tido awal dalam kamus hidup aku. Apa saje yang aku buat, semuanya ikut kehendak hati dan nafsu. Mula dari hari selasa lepas, sampai mlm tadi..aku berada di rumah sg.besi, fulltime push kepale buat asgnment Busines Finance, mmg fokus, tapi just 70 : 30 tapi Alhamdulillah bergerak jugak kerja tu..Credit to : Hazrin & Alan .


Alhamdulillah...usaha aku untuk tamat kan bacaan novel kat atas ni dah berjaya petang tadi. Salahudin Ayubi. 

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia"_Salahudin bin Ayubi

Kesudahan novel ni mmg benar2 membuat hati seorang manusia Islam berasa kagum dan tersentuh dengan segala pengorbanan seorang pemerintah yang bagaikan mukjizat seorang nabi yang begitu hebat sehingga mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi, tandus dan kosong jiwanya..

Kehebatan jalan cerita nya terletak pada perjalanan hidup, aksi2 perang dan strategi Salahudin Ayubi dalam memastikan setiap peperangan berjaya dimenanginya. Bila aku bukak dekat Google, ade fakta yg berlainan dengan cerita novel yg aku baca ni, tak pasti sama ada mitos atau sebaliknya, maksud aku, buku tak cerita mcm tu, but sumber lain cerita mcm tu. So ada kekeliruan sikit ar. But yang penting! Taktik perang dan semangat jihad Salahudin patut dicontohi seluruh umat islam...dan ingat, kini Palestin sedang ditawan oleh israel laknatullah...
_Always pray for palestin.


Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya. _Damai Yang Hilang (NowSeeHeart)

*********************************

Dalam 2 Hari lagi...kembali aku ke PSIS, pergi balek pergi balek...dan mungkin kali ni last day aku pulang ke KL.....Last nanti aku akan pulang time ending sem5 ni. tapi aku hanya merancang, Allah yang tentukan.

Takdir semalam aku dicemaskan oleh satu panggilan dari Abah, time tu petang..mata aku ngntok sangat...hampir2 terlena...tiba2 dapat panggilan..

Aku dikejutkan dengan serangan jantung Ibu tersayang, So sebagai anak yang paling rapat dengan Ibu, Abah mintak aku datang KL secepat mungkin...Ibu seolah2 terlalu lemah. Sempat bercakap melalui telefon dgn ibu dlm tempoh 4 saat, ternyata, ibu tak mampu nak bercakap... Hanya hati ini yang tahu, sepanjang perjalanan ke KL, hati aku tak tenteram...macam2 yang aku bayangkan...

Dipendekkan cerita...Tidak perlu ke Institut Jantung Negara, Hanya dengan bantuan anak2 tersayang...Alhamdulillah, ibu kembali pulih....Allah masih sayangkan Ibu,


Amir tahu ibu kuat....




Monday, February 20, 2012

Doa buat kalian.

Assalamualaikum....

"Waktu kita senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita"


Ya Allah..
panjangkanlah umur kami,kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kami, terangi hati kami dengan nur pancaran iman..

Ya Allah..
tetapkanlah hati kami, perluaskanlah rezeki kami, dekatkanlah
hati kami kepada kebaikan, jauhkanlah hati kami pada kejahatan, tunaikanlah
hajat kami baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...

Amin Ya Allah...
Sesungguhnya engkau itu maha mendengar....


Amir 'Izzat,
Kuala Lumpur 20/2/2012
1.42 am

Wednesday, February 15, 2012

7 무지개

Assalamualaikum....
Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.”  Hlovate - Tunas


Maaf lah sebab dah lame tak menghadap laman sesawang ni. Aku sendiri tak tahu naK cakap macam mane ttg kehidupan aku sekarang. Probability untuk aku tertekan sangat tinggi. So kawan2 aku kat kampus akan tgok wajah Amir 'izzat yg mcm singa, tak akan senyum, cekak pinggang, tak layan orang dan sebagainyer. too bad. Malas aku nak cakap panjang2 kat blog. tak der faedah pon.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Minggu ni, jumaat nak balek KL. Cuti semester yang agak panjang around 10days. bunyi mcm wah sgt seronok tapi kau belom tengok Asngnment dan projek2 yang menggunung mcm tugas menteri pembangunan wanita dan masyarakat.

Sekali lagi diingatkan bahawa semester ini memerlukan tahap kefokusan yang sangat tinggi dan penjanaan idea yg innovatif dalam setiap perkara yang akan atau bakal dilakukan. Cita2 untuk menggenggam AKJ dan melanjutkan pelajaran ke uum still menjadi idaman..so kalau main-main dan banyak berangan...AKJ akan bertukar jadi Anugerah karoke jamba_n.

Ape kerja sekalipon ape jawatan sekalipon aku terima dengan redha. Tapi secara peribadi aku nak mintak maaf pada kawan2 yang tersinggung dengan kelakuan aku sepanjang bulan Februari ni...Aku tak mudah untuk senyum di pagi hari dan aku tak mudah untuk menceriakan keadaan. Entah kenapa jadi sebegini rupa. Mungkin aku tak ade girlfrend mcm korang...boleh luahkan isi hati, boleh cerita mcm2..kan? Oh no..Dah la tu.....tak sanggup nak derma darah kat nyamuk, Jom masok, sambung baca buku Salahuddin Ayubi.

Note : Entri ini ditulis oleh seorang kawan anda yg gila kerana dia sering tidur lewat dan masok kelas lambat,


"Aku merasa terlevitasi menjadi dedaunan yang jatuh dari rantingnya, sesaat setelah engkau melambai - lambai. For every situation, there is a suitable line from a song.


Saturday, February 4, 2012

Sampai detik ini.

Assalamualaikum...

If I let you go, Something I belong, Forever will be gone, The love is never shine, Is so hard to say since you far away, Nothing gonna do, The love is only you, To the end of time,I’ll be missing you_Ku ukir indah namamu-7Pelangi.


PSIS@Pagi 3/2/2012


Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12.23minit tengah malam. Seperti hari-hari yang lepas...masa terluang hanya dihabiskan begitu saja...Sama ada masa yang terlalu cepat berputar atau aku yang dipermainkan oleh masa, aku pun tak tau..

Perjalanan dari PSIS ke KL tengah hari tadi sangat memenatkan. Dalam keadaan yang sedikit tergesa-gesa, aku menyesal kerana disebabkan nak elakkan jem kat KL, aku terpaksa meninggalkan solat jumaat oleh kerana kecuaian dan kebodohan diri sendiri dalam menguruskan masa.

Perjalanan tetap diteruskan...memecut laju 100km/j bukan suatu yang menyeronokkan apabila sedar kewajipan sebagai seorang lelaki di hari jumaat telah dilanggar. Semoga Allah memberi keampunan dan petunjuk di atas apa yang berlaku.

Jem yang sangat teruk selepas tembus dari LATAR, menybabkan kaki aku kejang menekan klass dan break.. manakan tak? daripada pasar borong selayang sampai ke KL melekat mcm kura2 je. Member kat sebelah lena tido...aku yg tgh drive tiba2 rasa mengantok yang amat sangat bila tgok dia tdo...Pening dibuatnya. But Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat dan penuh keceriaan tepat pukul 4.50ptg mcm tu..Have a nice day for this holiday. Zamir & Shah.


Bila berada dalam situasi yang sunyi, berseorangan dalam bilik...kipas angin bertiup kencang..mustahil kalau aku cakap aku tak berfikir apa2...fikiran melayang2...malas nak layan der...

Entah kenapa semester kali ni rasa mcm terlalu serabot dan tak terurus. Aku cuba kembali kepada niat.

Sebelum melangkah ke semester5, selalu mulut aku berjanji, bahkan kawan baik aku sendiri tahu yang niat aku di semester baru kali ni, adalah "tidak mahu melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan jauh sekali inginkan apa2 jawatan". Namun sebaliknya terjadi...ade jer orang yang petik nama aku....kalau tak menang tak per...ini menang, berebut kawan2 angkat tangan beri sokongan...Nak cakap ape lagi? tak kan nak nafikan suara majoriti?

Aku ni tak lah sehebat teman2 lain, yang berani pegang jawatan2 besar tu, dorang ada pengalaman luas, hebat smpai aku sendiri kagum...aku tak hebat mcm dorang..Mudah2an Allah permudahkan urusan2 semester ini.

Alhamdulillah...aku bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan. InshaAllah apa jua cabaran yang mendatang, aku tempuhi dengan rasa sabar dan mental emosi yang kuat. Rasanya tak der ape yang perlu dirisaukan pon. Cuma kadang2 terlintas rasa risau tatkala aku leka dan lalai sampai tak pandai nak uruskan masa.. Akhirnya awal2 sem aku dah rasa mcm nak tersungkur, AL-Maklumlah...nak masak utk makan malam, nak pegi pasa beli ikan ayam lar..dah mcm ape aku ni. =_=



Doa untuk kawan2 seperjuangan, semoga kita tenang menghadapi dugaan,

P/s : Tak menang tangan bila kuiz, asgnment, mini projek, tutorial datang bergolek serentak. Rasa mcm tak Tom Yam BNO.

Selamat Malam..Assalamualaikum..

Wednesday, February 1, 2012

Countdown for the project.

Assalamualaikum...

Mungkin rasa macam tak betol sikit sebab jam dinding menunjukkan tepat pukul 2 pagi dan aku masih terkebil2 dengan nota2 marketing, buku2 tebal, bersemangat nak study sbb esok ade kuiz...tapi akhirnya aku tewas di tangan alam maya...facebuk and blog..

Manusia dalam rumah ni semua dah sampai ke london, masing2 ade hal yang nak disiapkan esok...especially mengejar masa untuk study, tutorial, kuiz preparing dan macam2 lagi yang menyerabotlkan fikiran, so sbb tu dorang dah tdo...

Bagitau yang akan datang aku akan mencipta sebuah laman dimensi baru...hahaha...semacam je bunyi ek... tak ar, macam ni, projek sangat banyak asgnment pon sangat banyak..some of the project is make me create one new of social  web...everything about the planning lah...dah macam ape aku becakap neh...so lets kita tgok iklan yang aku create ni.....


Jeng3...Nantikan kemunculannya...(hensem tak abg model dlm iklan aku ni?)...

"Oi budak bertuah. Dah pukul 7 pagi! Bangun sekarang. Pastu pegi sekolah."
"Ala mama, saya demam la hari ni."
"Eleh demam konon. Semalam elok je duduk main game."

"Hehe. Sebenarnya saya tak siap keje sekolah. Kalau Cikgu gaddafi tau, matila saya."
"Itula kau. Hujung minggu taknak siapkan keje sekolah. Makan, tidur, makan, tidur. Itu je la keje kau. Kan dah padan muka. Dah, mama kata pegi mandi sekarang jugak. "

"Yelah, yelah. Mama ni. Pagi-pagi dah marah. Tak suka la."


Google translate BM to MALAYSIAN ISTANA LANGUAGE


"Wahai anakanda berdaulat. Dah pukul 7 pagi. Bangkit sekarang. Pastu bercemar duli ke sekolah."
"Ala bonda, patik gering la hari ni."
"Eleh gering konon. Semalam elok je bersemayam main game."
"Hehe. Sebenarnya patik tak siap keje sekolah. Kalau Cikgu gaddafi tau, mangkatla patik."
"Itula anakanda. Hujung minggu taknak siapkan keje sekolah. Bersantap, beradu, bersantap, beradu. Itu je la keje anakanda. Kan dah padan muka. Dah, bonda bertitah pergi bersiram sekarang jugak."
"Yelah, yelah. Bonda ni. Pagi-pagi dah murka. Tak berkenan la."


p/s: Mungkin larrrrr.......kan...=_=" Assalamualaikum...Selamat Malam..