Monday, January 23, 2012

In the name of Allah,The most gracious,The most merciful.


The Prophet (peace be upon him) said: “The greatness of the reward is tied to the greatness of the trial. When Allah loves a people, He puts them to the trial. Whoever is acceptant of it will have Allah’s acceptance and whoever is displeased and unacceptant with it will gain Allah’s displeasure.
- Reported by At-Tirmidhi, Hadeeth


Give me a minute.

Assalamualaikum...

Dah hampir 4 hari aku keseorangan kat rumah. Parents ngn brother sister semua balik kelantan, lawat nenek yang sedang tak berape nak sihat...bila sorang2 kat rumah terasa sangat lonely tambah pula kalau aku tak buat apa2...mudah saje fikiran aku melayang layang jauh entah kemana....


kat luar hujan lebat...KL kini sentiasa basah dengan air hujan...berbeza dengan cuaca rumah sewa aku di Sg.Apong Selangor....matahari memancarkan sinarnyer sampai muncol bayang2 fatamorgana di sepanjang jalan menuju kampus....Dan sekarang 4.06 minit petang jari jemari aku mula mengatur pergerakan untuk berkongsi sedikit cerita ttg semalam..harini dan kelmarin...

Tanggal 20 Januari 2012...Aku melaburkan sejumlah wang dari bank islam untuk membeli sebuah smart phone baru. its like mcm wow! amir sangat owesome sekarang...tapi hakikatnyer aku biase2 saje...masih seperti dulu...mula2 yang ku idamkan adalah Blacberry Tourch tapi setelah dinasihati oleh cine kedai tu, aku beralih arah pada iPHONE4 ... Setelah menggenggam iphone4 ini, mlm berikutnya aku sangat susah hati....seperti ada yang tak kene dengan pelaburan ini...namun aku percaya,aku tidak melakukan sesuatu yang sia sia kerana restu abah dan ibu telah aku mohon terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan ini, dan mereka sangat sporting...Alhamdulillah, setelah sekian hari berlalu, semuanya tampak begitu cool dengan iPHONE4 ini...cuma...............


Masalah yang timbol ialah sangat banyak function yang aku masih perlu belajar dan whatsoever download sane download sini yang memerlukan internet dan sekiranya aku lalai dan sangat ketagih dgn benda2 ni....mungkin 90% masa aku hanya spend utk benda ni? Bunyi mcm sangat terok! Disebabkan itu, aku sentiasa berdoa kepada Yang Maha Mendengar agar tidak memesongkan akidah hambanya ini dan senantiasa berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah ke jalan yang diredhai Nya.. Semua ini adalah rezeki daripada Allah dan aku sangat bersyukur...

Cool....pelahan2 aku belajar utk full knowledge dgn smartphone ni...hope kawan2 kat psis nanti dapat membantu especially yang dah lame berpengetahuan ttg gedget2 ni....

Haritu sempat turun KL nak tebus boucer RM200....aku tak tahu nak beli ape time tu...finally aku gune 50 dulu, baki 150 aku gune time cuti maulidurrasul nanti....50 yg aku gune tu just dapat buku marketing dgn story book perang badar..ok lar tu..

Masa berlalu sangat pantas. Aku sempat buat beberapa asgnment dan ulangkaji sedikit tutorial time cuti tahun baru cina ni...Diingatkan sekali lagi, semester ini adalah semester pendek...kalau tersilap langkah...menangis tak berlagu nanti...menyesal dgn ape yg dah terjadi pon dah tak guna, so always workhard dan fokus!

Dalam pkul 8 or 9mlm mungkin abah ngn ibu akan sampai ke Kuala Lumpur...sangat merindui mereka, esok aku dah nak pulang semula ke Selangor...tak berapa nak rase kemeriahan cuti bersama insan tersayang,sbb mereka tak ade...sbb ape aku tak ikot? sbb nyer.....asgnment bnyk...bnyk ke? cakap jer bnyk...tapi tak nampak buat pon?

Ok lar...rumah bersepah...barang2 pon belom kemas...mungkin ibu balik nanti dia akan menjerit tgok rumah yang macam tongkang pecah ni....jumpe next time, selamat bercuti utk semua..... :)

Saturday, January 14, 2012

Mid Night Monoloque.

Assalamualaikum...



Have to say yang aku dah tersangat lama tak melihat dashbord blog. Sedih mmg sedih. Banyak sangat memori yang aku terlepas utk kongsikan dekat blog ni, masa terus berlalu....dan memori2 itu turut sama berlalu...Kadang2 aku tersenyum sorang2 mengenangkan segala yang manis itu berlalu begitu sahaja...ye! semuanya manis2 belaka...tapi tak der lah sampai kencing manis...suam2 suku je. Bangun pagi tadi sangat lewat dan mandi pon lintang pukang....start enjin, pecut terus masuk parking, masuk kelas dan jawab kuiz dengan penoh yakin...begitulah seharian hidup aku kat sini...


3 Januari 2012.
Waktu petang yang sangat kusut dengan kepadatan penghuni rumah, 2org sahabat aku tinggalkan rumah sewa...actualy rezeki mereka, diorang dapat asrama atas rayuan dan sbb2 tertentu...maka daripada belas2 tinggal lah 8org. Aku hantar diorang balik asrama dengan hati yg cool...time tu radio hot fm pasang lagu sedih....mcm tau2 jer. tapi mmg...disebaliknyer mmg aku rase mcm akan kesunyian selepas mereka be2 tiada...konon2 nyer lah....tapi kini 10 hari berlalu...rupe2nyer...tak der lah boring mane...hidup seperti biase...relaks..always nice day...


8 9 10 Januari 2012
Tibe2 hobi aku diwaktu petang adalah memancing. Bunyi mcm tak percaya je kan...tapi hakikatnyer aku mmg hebat larrr....setakat ikan puyu kat blakang umah ni..5 6 saat je dah boleh 3eko....itu pon sbb paritnyer kecik dan betakong tambah plak ikan2 tu lapar....cube kat parit besar depan Ildas tu? 5 6 jam pon belom tentu sangkut dekat pancing 15nggit tu...but ape yang aku nak cakap kat sini yang rase mmg sangat cool bile lepak sambil pancing ngn member2....Roti dan kaya wajib ade bile aktiviti ini dibuat diluar kawasan umah...tiada gambar yg sempat di "Snap" sebab handphone aku tak canggih...



lalang2 yang mencacak masuk ke dalam kulit aku menyebabkan aku tergaru2...menyebabkan ikan haruan ragu2 nak makan umpan aku...

11 12 13 Januari 2012
Pagi yang sangat indah....kaca TV kat depan membincangkan ttg isu semasa negara...roti disapu dengan planta dan taburan gula ditambah sebagai pemanis pagi....pembakar roti dipanaskan, dan 5minit berlalu roti bakar siap dihidang bersama tea o panas. Begitulah hari2 aku diwaktu pagi sebelum melangkah ke kelas..tapi sebaliknyer jika aku terlewat bangun...bukan setakat tak sempat buat roti, gosok gigi pon lintang pukang...baju main campak jer..dengan niat dihati, balik nanti aku kemas lar....start enjin,masuk paking,masuk kelas...tarik nafas lega.



Bagitau yang semester5 bukan lah masa untuk aku enjoi sangat, kuliah dah 3 minggu bermula. Back to basic, impian dan harapan aku pada tahun ini adalah sangat tinggi. Maka sekiranya aku "main2" dalam pelajaran, so tak hairanlah kalau cita2 aku pon tak kesampaian nanti....tak mau lah macam tu. try to balance jugak....

Study dekat rumah sewa yang serba mewah mcm ni mmg jauh beza dengan study dekat asrama time sem123 dulu. mmg sangat berbeza. So kalau kiranya aku banyak habiskan masa untuk "membuang masa" maka hanya sia2 aku menanam harapan.....

Actually asgnment dan mini projek dah mula melilit dekat kepala otak aku...Cabaran demi cabaran datang tanpa diundang. Projek mini yang meruntun aku utk berfikir panjang, kreatif dan innovatif bersama kawan2 aku....Belanja wang ringgit dan "masa" sangat dipengaruhi dan yang paling penting perlunya "kesepakatan dan tolerate" antara ahli dalam satu kumpulan..baru benda tu boleh gerak.

Terpandang baldi kat sudut dinding tu...melimpah ruah dengan baju2 yang belum basuh. Bukan tak der mesin...ade..cume tak der mase nak menghantar beliau2 tu masuk ke dalam mesin...so kite kumpol sampai tinggi, rase2 dah sakit mata...baru kita humban masuk beliau2 tu kt mesin. ok?

Malam2 mcm ni rumah sunyi sepi....yang lain pegi lepak kat laman...bukan lepak. tapi diorang pegi buat keje (keje la sangat..)...kat sana line laju, ade wifi...aku tak ikot sbb aku dah mmg ade brodbend. Line kat umah ni pon boleh tahan....Tu aku malas nak pegi..Lagipon aku tak minat lepak lama2..

Mata aku dah lebam pandang screen laptop so setakat ni dulu..esok aku update balik...dah tak pasti dan tak tahu ape nak dikate....jgn buang masa..kite stop...jom bace buku...Assalamualaikum..

Sunday, January 1, 2012

2012 : Full of Hope's

Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru. A new year is begining frenz. Syukur Alhamdulillah kepada Allah s.w.t yang memberi nikmat kpd kita yang nyata ianya tidak dapat dihitung dan dinilai dengan kata2...

Tak terlintas dihati nak ke dataran merdeka. but atas desakan mereka, i'm folow jelah...dengan syarat. just looking bunga api, and then go back! no lepak2..Suasana sangat meriah, rakyat malaysia turun membanjiri Kuala Lumpur......Hati aku mula mengikut rentak, syaitan berkeliaran bersorak meraikan kemenangan...


Terpancut bunga api di sekitar dataran tadi menandakan sudah melangkah kita ke tahun baru 2012. Mata aku tajam memandang ke arah percikkan bunga api yang jelas di atas kepala aku, pelbagai warna dan dihiasi pula dengan pelbagai colour. Its too amazing, wonderfull of shape, beutifull of panorama..Around 10minute, bunga api still berdentum...tambah lagi jeritan dan sorakkan org ramai yang "teruja" melihat suasana ini...its just enjoy the celebration, but full of HOPE...

Macam biasa kalau tahun baru, 1st yang akan kita dengar ialah azam tahun baru kau ape? Ohohoho. its look like childish jer. Aku ni kalau nak bercakap ttg azam tahun baru, kang dah macam bagi ceramah motivasi pulak..tak der sape pon nak dengar punyerrr... mcm ni lah, bagi aku, apa yang akan berlaku pada tahun baru 2012 ini adalah segalanya terletak di tangan Allah, mmg kita banyak merancang...berjaya,berjaya dan berjaya..nak itu nak ini, nak duit,nak happy,nak kawin,nak anak and so on lah. Tapi segalanya takdir itu ada di tangan tuhan. 



Sejenak aku toleh ke belakang..........Seolah2 baru semalam kita melangkah masuk ke tahun 2011..teringat aku pada awal tahun 2011..celoteh aku korang boleh baca kat SINI..macam2 ade...pengalaman membawa kita ke arah yang lebih matang, yer!! Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga hidup itu dewasa bersama usia..

Pada tahun ini, macam orang lain jugak, menginginkan sesuatu yang baik2, berjaya dalam hidup, gembira dan sebagainya. Dan sudah tentu tahun ini merupakan tahun akhir aku sebagai seorang pelajar. Ending 2012 nanti akan tamat pengajian dan segulung diploma bakal di genggam erat, itu adalah misi yang utama. Sebelum ke misi utama ini, tak salah kalau kita back to basic. Kesedaran pada diri...merenung dan bersyukur..langkah kehidupan adalah sangat berduri, jika aku tidak berwaspada..maka terpijak lah duri itu dan tanggung lah sendiri kesakitannya.....sudah tentu pelbagai cabaran dan liku2 hidup sedang menanti aku di depan sana...

2011 punyer cerita, kalau nak di story kan mmg sangat panjang....sedih lar...mcm2 yang sedang bermain di fikiran aku...berjuang habis2an...ok thats all. kite lupakan yang telah berlalu ok.

So, Akhir kata dari aku.....Selamat tahun baru, moga apa yang korang hajatkan dalam hidup menjadi kenyataan suatu hari nanti. segalanya datang dari Allah...bersyukurlah kita sebagai seorang hamba. Gud By, Salamualaikum..nite.