Monday, December 10, 2012

Kehidupan & Realiti


 

Hidup di dunia tanpa sempadan,
Sesekali berkeras lebih baik
Daripada berlembut hidung dicucuk.
Sesekali menentang lebih baik
Daripada tunduk sampai terhantuk.
Sesekali celupar lebih baik
Daripada bersopan dihina dikutuk.
Sesekali kurang ajar lebih baik
Daripada patuh mengikut telunjuk.
Sesekali mencela lebih baik,
daripada memuji,belakang mengutuk.
Sesekali menjatuhkan lebih baik
daripada diselamatkan sesudah buruk.
Sesekali berpisah lebih baik
daripada bersatu mengesan parut.
Sesekali berjauhan lebih baik
daripada berdekatan berbau busuk.

Demikian realiti kehidupan duniawi
Berkeras mahupun berlembut
Menentang mahupun tunduk
Memuji mahupun mengutuk
baik mahupun buruk
tiada siapa mutlak bebas.
Melainkan hidup bersempadani syariat.

Tiada siapa berkecuali daripada
wajib,haram,makruh,harus,sunat
memantau setiap laluan rakyat.

Sama ada siapa,bila atau dimana,
sesekali perlu mencabar lumrah
tetapi sekali-kali tidak mencabar fitrah
Apa lagi mencabar syariat Allah.


cc : ContenganPengalamanMasaLalu

No comments:

Post a Comment