Thursday, December 13, 2012

Mencari nafas semalam.

Assalamualaikum...

10/12/12 - Aku mula memikirkan keputusan peperiksaan akhir semester aku dan sebagaimana juga aku telah menadah tangan memohon doa kepada yang Maha Mengetahui untuk memberi yang terbaik dalam keputusan kali ini. - Keputusan peperiksaan keluar. Nyata ia tidak memberi senyuman panjang buat aku, cukup sekadar menarik nafas lega.

Melihat betapa riuh rendahnya laman facebook ketika itu, aku mula bersemangat untuk turut mengatakan pada diri aku yang keputusan aku juga cukup baik dan memadai. Ucapan syukur ditaip sebagai penyeri satatus fb aku. Dengan harapan sebagai gule2 untuk hati yg sedikit murung.


2 perkara yang memberi pengalaman manis dan cukup berharaga bagi aku sepanjang pengajian di semester akhir. Aku ulang. Semester akhir. Klik pada gambar untuk tumbesaran HD.


Sebuah kaijian yang mengajar aku banyak erti dan makna. Nilai kajian ni bagi aku seperti sebuah nyawa di semester akhir. Banyak masa dan tenaga dialirkan utk menyiapkan projek ni. Fantastik moment! Walaupun tak berjaya sebagai kumpulan terbaik. Bagi aku dan dari sudut pandangan aku sebagai seorang pelajar. Aku sendiri yakin yang kajian kami lebih baik berbanding kajian si pemenang kumpulan terbaik. Aku tak cakap kosong.tapi 1 malam aku pegang salinan kajian mereka untuk kaji dan cube mencari kelebihan kajian mereka, nyata tiada yang istimewa selain lagak di pentas viva semata-mata. Apepon tahniah buat mereka. Sedikit teguran untuk para pensyarah, anda perlu lebih profesional dan hargai erti pengorbanan pelajar dalam setiap kajian yang pelajar lakukan, buat sesuatu nilai tambah seperti usulkan kajian ke pihak2 tertentu atau uar-uarkan di kawasan kampus. Dilihat seolah2 kajian kami tiada sebarang nilai. Harap terima dengan baik teguran saya. Walobagaimanepun, the best thing is advice, criticism and all the guidance from Cik Rania, the great women, yes mmg mantap kalau nak dikenangkan. 

Note : Kajian ini hanya boleh ditemui dipegang dan diselak di Perpuustakaan Politeknik Sultan Idris Shah, di sudut sebelah ruang PC Internet. Jabatan Perdagangan : "Mengkaji Faktor-Faktor Pemilihan Terhadap Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Di Kalangan Pelajar Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam, Politeknik Sultan Idris Shah". Buat masa ni aku tak terfikir lagi untuk upload isi kajian ni buat tatapan student IPT luar / Google search. Aku mmg terfikir nak upload, biar mereka nilai dan beri komen atau sebagai rujukan atau nak extreme lagi biar mereka copy paste. Tapi rasanya apalah sangat kajian budak Politeknik sekecil 130 muke surat ni. Biarlah tersimpan, tersusun rapi di rak buku, anak cucu mungkin boleh lihat suatu hari nanti. Next.


Sekeping sijil yang memang tak disangka. Ini semasa kejayaan terukir si semester5. Datang hanya sekali seumur hidup. Naik ke pentas dan menerima penghargaan ini dari Ketua Jabatan. Sungguh hebat buat diri si penerima. Terpaksa diungkit dan dikenangkan kembali sebab semester6 aku tak dapat. But, setidak-tidaknye ade lah jugaaaakkk kan. Orang kate pernah jugak la merasa bau AKJ. Sijil ni aku terima masa semester akhir, so kehangatan masih terasa walaupun dah suam. Sekali lagi syukur pada Tuhan yang Maha Memberi. 

*******************

Hari berganti hari, masa dan detik terus berjalan. sikit pun tak toleh kebelakang. Aku still mencari hala tuju. Aku sekarang dah tiada tempat untuk bergurau. Maksud aku dengan kawan. Aku merindui mereka. merindui keseronokkan itu, tapi buat apalagi dikenang perkara yang sudah. Hanya pembaziran masa dan menjejaskan hati dan emosi aku. Nonsense.

3 week ago. Setakat ni dah cecah 10 resume aku hantar ke syarikat-syarikat hebat. Dengan harapan wajah tampan aku di ruang kanan paling atas resume muke surat pertama, menarik minat diorang untuk menjemput aku ke stage temuduga. Itu adalah harapan yang menggunung bagi aku. Moge-moge ade yang sangkut dek wajah tampan itu. Semoga Tuhan memberkati usaha ini dan mohon dipermudahkan urusan.

Buat sementara waktu ni, mmg aku lifeless dan kosong seketika. Weeding kakak makin dekat, mohon juga dipermudahkan urusan2 itu walaupun makin dekat dengan majlis, makin bertekak si pengantin dgn si ibu. Biasalah orang perempuan, demand mereka aku malas nak campur.

Notakaki : Angin petang, hujan lebat mahupun kilat kecil ia sekali kali tidak mudah untuk mematahkan semangat anak kecil ini. Teruskan perjuanganmu. #













No comments:

Post a Comment