Monday, November 26, 2012

Perpisahan.

Assalamualaikum...

Aku baru balik dari Stadium Bukit Jalil, tgok game Malaysia vs Singapore. Balik je rumah dalam pkol 12, adik-adik aku gelakkan aku, "abang kalah......". 3 - 0 kene benam dengan singapore, mau tak kecewe. Anyway terima kaseh dekat abang aku, lan yang bawak aku pusing2 hari ni. Sekurang2 nye aku dapat hilangkan sikit mood perpisahan.

Aku cakap ttg perpisahan sebab baru semalam (24/11/12) aku tinggalkan buku, aku tinggalkan rumah sewa aku, aku tinggalkan segala2nye di bumi Politeknik Sultan Idris Shah. Banyak kenangan, tak boleh nak diluahkan dengan kata2. Masa balik nak tinggalkan rumah sewa, hati aku sebenarnye dah menangis. Cume mata je yang tak menangis. Aku tahan. Aku tahu, kawan2 aku yang lain pon macam tu. Semua ego. Nak lari dari keadaan. Tak sanggup hadapi perpisahan. Seriusly ini sedih. Diorang tu dah macam adik beradik aku. Hahhh...tak tau nak cakap ape dah. Benda ni bukan boleh di "flashback" dengan kata2. 3 tahun. aku ulang, 3 tahun...



Teman, betapa pilunya hati untuk menghadapi perpisahan ini, pahit manis perjuangan telah kita rasa bersama, semoga Allah meredhai persahabatan dan perpisahan ini. Buat kawan2 sekelas, aku senantiasa mendoakan agar korang semua berjaya diluar sana, senyuman dan ketawa korang akan aku merindui selama2nyer....Buat insan yang bernama Nurul Huda, saya nak ucap terima kasih kat kamu sebab banyak teman saya dikala saya kebosanan, seriusly saya sgt rindu kamu.

Buat sahabat rumah sewa, lan,zamir,shah,adam,afik,helmi,acai....Korang dah macam adik beradik aku. Aku nak mintak maaf sepanjang perkenalan kita, aku ade buat silap, aku ada termarah dan terkasar bahasa. Maafkan aku, anggap itu semua nasihat. Halalkan makan minum. Ingat..kita tetap sahabat sampai bila2. Aku sentiasa doakan kejayaan korang. Huh.....wordless aku dibuatnye. Semalam aku tak dapat tdo lena, aku terkenang suasana rumah sewa kita. Aku cube melupakan semua itu. Hari demi hari, InshaAllah.

Selamat tinggal kenangan...."A New Day Has Come" ade mase aku upload gambar, aku nak buat 1 post best utk korang nanti.. :) 

By. Ku tinggalkan sebuah lagu untuk dihayati. Pompa Bensin, "Jangan Lupa Namaku".


 _Amir'Izzat, Kuala Lumpur,2.56pagi,26/11/12

No comments:

Post a Comment