Wednesday, November 14, 2012

Orang cakap

Assalamualaikum...

Lama aku tak menaip panjang kat blog ni. Masa terluang tak selalu ade. Kadang2 keinginan nak berkongsi cerite tu ade, tapi Line broadbend pulak macam haram. Buang masa je. Banyak sebenarnye aku nak kesah kan dalam blog ni, tapi semuanye dah berlalu...tinggal kenangan, pejam celik benda tu hilang, so tak gune nak di kisahkan lagi. Aku still macam ni, projek besar dah tak ade, income tak pernah masuk, duit poket makin lame makin susut. Muflis seolah2 panggil aku dari belakang, Nasib ade Abah ngn Ibu. Ye beb aku fokus dengan pelajaran aku. Manakan masa nak mencari income? Jual beger? Tidak la... Ini last sem, aku punyai cita-cita besar. Setinggi gunung kinabalu, so bila keinginan tinggi, otak pon mesti tajam, tinggi... but, really nak capai benda tu bukan mudah. Slowly, perlahan-lahan lah kite cube, kot slow pon jgn la kure2 sgt..nanti kene langgar! pecah cengkerang. 

Hm..setakat Diploma dalam tangan kau, kau jangan mimpi nak pegang sebuah syarikat, kau jangan mimpi nak duduk kerusi besar, kau jangan mimpi nak arahkan orang buat kerja2 untuk kau...Yes ini cerita betul, realiti. Tak payah nak persoalkan. Aku lain orangnyer, hanya kawan yang benar-benar memahami siapa aku je, die akan tahu bagaimana kekwat dan berlagaknye budak ni. Haha...nonsense, cakap besaq, haboq tak dak.. No, its just aku cube nak cakap bahawa aku tak rela jadi orang bawahan. Itu sahaja. tapi mane ade orang masuk kerja terus jadi king? itu kerja beger tepi jalan leh la. Tu aku cakap tadi, cita2 aku besar. So kalau asyik ketawa, tak fikir masa depan, mane kan dapat keinginan tu. Stop it cemburu dekat orang, lantak die nak buat ape, janji diri kita gerak seiring dengan wawasan yang kita ukir cipta sendiri. Jangan sesekali fikir & cemburu dengan kejayaan orang lain. Hati kene baik, jiwa tenang, doa. pray...semua itu kunci kejayaan. Keredhaan Allah dan Ibu Abah itu no 1. Orang lain lantak pi..

Final aku tak lame lagi, 17 22 & 23 Nov...Kawan2 yang mengenali diri, doakan kejayaan saya. Ampun maaf sepanjang perhubungan, i love u so mac. Selamat Malam.


No comments:

Post a Comment