Sunday, July 8, 2012

Bina Kubu Sendiri.

Assalamualaikum.

Harini weekend. Hari Ahad. Hari yang paling aku tak suke. Tak tau kenapa, myb sejak tak de buat ape kat rumah ni, aku cepat stress. Adakalanya kita perlu diam. Adakalanya kita perlu bersuara. Dan perlu diketahui bahawa kekuatan seorang manusia itu terletak pada hati. Hati yang kuat akan membawa kepada minda yang positif. Minda pula adalah penasihat kepada hati. Jantung itu setiausahanya. Tapi bila hati dah lemau, minda pon turut sama menjadi lemau..Apekah bahasa ini?

This is Monologue..kau tak blaja sastra ke?

Agak lama aku menyepi, blog pon tak diupdate. Hanya yang tinggal lagu 7Pelangi yang lemah gemalai intronya, lama-lama bingit telinga mendengarnya. Aku ni sebenarnya jenis yang pendiam. Dan suka dengan pergerakan solo. But kalau kena pada tempatnya, mulut akulah yang paling bising sekali, membangkang dan tak putus-putus bercerita, tentunya apabila bersama kawan2 yang sebulu. Tapi bila saat diri ini dilanda masalah, dilanda kecelaruan emosi, akulah manusia yang paling diam sekali. Bukan bisu, tapi cuma tahan sakit di hati..sebab tu ade pepatah, "Sakit dihati siapa yang tahu".

See? dah 8 Julai 2012. Nak tergelak rasanya. Lihatlah bertapa pantas masa itu berlalu. Syukur yang tidak terhingga, Diri ini masih sihat, ibu bapa dan adik beradik masih disekeliling. 

Seminggu lagi...perjalanan menjadi seorang pelajar diteruskan. Cuti 2 bulan telah berlalu. tibe-tibe aku rasa 2 bulan tu macam 2 tahun. Gulp! Jujur, aku bukan orang yang senang nak luahkan perasaan, aku akan pendam. Dan pada saat ketikanya kalau tak boleh pendam, aku akan rasa stress yg melampau dan masa itu gunung berapi akan meletuskan laharnya. Means air mata. *Lap dengan tangan.

Kadangkala aku jadi penat dok layan emosi macam ni, hahaha...nonsense pulak ayat aku ni...acah jer...Guys, i'm still alive like a normal person! Back to PSIS around the corner tau! Should im sad? Ofkos tak sabar...=_= + Gembiwre!

Whishes for the new semester :

Helo everybadi...ape khabar korang? mungkinlar, ade yang tengah sibuk mencari rezeki, mungkin ade yang sedang bergembira bersama keluarga tersayang, atau nak ayat exited sikit, yang tengah kemas baju masok dalam bagasi, Atau! penggunaan bahasa yang lebih gojes, seperti "yang tengah shoping baju SEED dan kasot BONIA dekat Mid Vely Mega Mollll"....Kan, gurau siket tak leh!...Ape nak cakap, aku ucapkan selamat untuk kita melangkah ke semester akhir, 3tahun! masa itu hampir sampai ke penghujung. Jumpa korang kat sana nanti.. yang akan drive, berhati-hati dijalan raya...for brothes dekat rumah sewa, for sure aku akan belanja korang makan nanti..kwang3..Semester 6! Tunggu kami datang..haha..

See? Positif tak aku? Diorang tak baca pon, aku still bagi ucapan beriye-iye....Saje syok sendiri, sekurang-kurangnya sedih tadi dah hilang....Yup! Sedih tadi hilang bila terkenang yang diri ini akan pulang ke hujung tanjung untuk mengadap semester baru bersama kasut baru..! Cikingggg!

*Oh rasanya aku hampir gila petang ni.




No comments:

Post a Comment