Friday, June 8, 2012

Pembekuan PTPTN di UNISEL, uji kemampuan kerajaan Selangor beri pendidikan percuma.



KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembekuan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar baru Universiti Industri Selangor (Unisel) adalah untuk melihat kemampuan kerajaan Selangor menyediakan pendidikan percuma di negeri itu.

Beliau berkata tindakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dipercayai untuk menguji kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memperjuangkan penghapusan PTPTN kononnya untuk pendidikan percuma.

"Dia bercakap tanpa mengetahui apa yang dicakapkan.

"Sekali dia bercakap, sudah terkena batang hidung sendiri dan baru dia sedar bahawa apa yang dijanjikan adalah tidak betul. Baru dia sedar tetapi dia tidak pernah hendak mengaku kesilapan," katanya ketika diminta mengulas laporan pembekuan PTPTN membabitkan pelajar baru Unisel.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama warga Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Hulu Kelang di sini.

Unisel merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan Selangor, yang kini diterajui PKR.

PTPTN dilaporkan telah membekukan pinjaman membabitkan pelajar baru Unisel bertujuan memberi peluang kepada pembangkang membuktikan mereka mampu memberi pendidikan percuma di negeri itu. Pembekuan tersebut hanya membabitkan permohonan baru kemasukan April lalu.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau bagaimanapun yakin Mohamed Khaled akan membuat pertimbangan sewajarnya berhubung isu pemberian pinjaman itu atas dasar masa depan pelajar terbabit.

"Tujuan Khaled adalah untuk memastikan sama ada pelajar-pelajar di Unisel benar-benar memerlukan pinjaman PTPTN dan betapa seriusnya kerajaan pembangkang dalam menawarkan pendidikan percuma," katanya.

Muhyiddin berkata apabila Menteri Pengajian Tinggi berpuas hati bahawa para pelajar sememangnya memerlukan pinjaman PTPTPN, ini bermakna saranan pembangkang untuk menghapuskan PTPTN adalah satu perkara yang tidak patut serta tidak mengambil kira kepentingan pelajar.

Beliau turut menegur pakatan pembangkang agar tidak mempolitikkan soal pendidikan secara keterlaluan apabila menjaja dakyah bahawa kerajaan persekutuan seharusnya melaksanakan dasar pendidikan percuma kepada rakyat.

Katanya pembangkang harus bersikap lebih bertanggjawab dan tidak menabur janji yang boleh mengelirukan rakyat dengan tawaran yang tidak mampu direalisasikan.

"Dalam dunia ini tidak ada yang percuma. Bila ada yang percuma, pasti ada yang akan menanggung (kos). Kalau PKR kata bagi percuma, siapa nak bayar gaji guru, siapa nak beli buku, ada kos ini siapa bayar?

"Apakah PKR ada sumber yang datang dari langit, makna dia akan guna untuk biayai supaya rakyat dapat pendidikan percuma? Ataupun kalau percuma, dia kata kita akan naikkan cukai supaya pendidikan semua percuma, tetapi akhirnya yang akan bayar tetap rakyat juga. Bila dia sebut begitu itu semua bersifat politik," katanya.

Beliau turut menyifatkan janji yang diberi pembangkang itu hanya sekadar untuk mencari sokongan politik tanpa mengambil kira masa depan negara.

Sementara itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata penangguhan PTPTN merupakan peluang yang paling baik bagi kerajaan negeri Selangor untuk membuktikan kepada rakyat bahawa parti pembangkang mampu memberi pendidikan yang percuma.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak mampu untuk memberi pendidikan percuma, saya yakin PTPTN akan diberi kepada pelajar tersebut. Ini adalah peluang dan buktikan bahawa mereka boleh memberi pendidikan percuma memandangkan kerajaan negeri telah mendapat hampir RM600 juta hasil pendapatan negeri," katanya.

Namun, katanya, sekiranya pembangkang tidak mampu memberi pendidikan percuma, mereka perlu mengisytiharkannya dan apa yang dijanjikan kepada rakyat adalah satu pembohongan politik yang hanya bertujuan memecah undi.

Notakecik : Aku yakin dengan "kebijaksanaan" penasihat ekonomi negeri selangor, tak lain tak bukan Anwar Ibrahim..tunggu dan lihat. 


1 comment:

  1. Xavi Gerad Jude Am. Seorang wakil Aiicco Insurans plc. Kami menawarkan pinjaman pada kadar 3% dikembalikan. jika anda berminat kenalan Ini (CEO) E-mail address: xavigeradloanfirm@yahoo.com
    Aiicco insurans plc hanya dibenarkan pada pada usia 20 di atas.
    Pelaburan Pinjaman Peribadi.
    Pinjaman harta Pelaburan.
    Pinjaman penyatuan.
    Pembinaan Pinjaman.
    Pilih satu atau pembayaran-tahun.
    Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
    Terma pinjaman yang fleksibel.
    Kami memberi pinjaman daripada 500,000 euro kepada 800,000 USD.
    Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Hubungi kami hari ini pada .. SR GERAD Jude pinjaman Pelaburan plc: E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com

    ReplyDelete