Saturday, June 16, 2012

Nilai seorang sahabat.

gambar hiasan.

Nilai seorang sahabat itu tiada terperi, melebihi perasaan pada seseorang yang berkasih. Pertalian yang tercipta ini terlalu tinggi darjatnya. Sebagaimana para sahabat dikurnia pada Rasulullah, begitulah juga sahabat pada kita. Andai hubungan antara manusia ini tidak difahami, berseoranganlah kita berkelana di bumi. Kerana di dunia, hanya yang namanya SAHABAT itulah segalanya, curahan segala keluhan, luahan pada saat kepiluan, dan pada akhir kata, janganlah disamakan SAHABAT itu pada teman, rakan, dan taulan. Definisi yang berbeza punya darjat yang berbeza juga.

Bukunotakecik : Aku dah sem6#Bilamana gambar-gambar itu mampu mengingatkan kembali betapa riangnya aku masa zaman sekolah. Tak perlu fikir apa-apa. Cuma fokus pada belajar dan kawan-kawan. Semakin meningkat dewasa, Aku merasakan bahawa nikmat seperti itu semakin kurang.

No comments:

Post a Comment