Wednesday, June 13, 2012

Kroniks

Assalamualaikum.....

Blog ni jelah tempat aku meluahkan isi hati kan, kadang-kadang aku terfikir, kalau buat satu jilid khas, mungkin dapat hasilkan sebuah travelog setebal 600 muke surat..jin mane nak bace pon aku tak tahu. Tak ramai geng2 aku yg main blog...yang ade pon dah terkubo. Tak der mase nak menaip, jari diorang hanya mampu larat utk reply comment dekat fb jer, nak taip panjang2 kat blog malas..sedih.

Sistem tidur aku dah terbalik tau. Orang kerja aku tido, dan sebaliknya org tido aku kerja.(badan aku dah mula sakit2 sbb kerap tido ptg, lama2 jadi gile tau). Yes ofkos! kerjaya aku mmg sangat mencabar, dengan berbekalkan gaji 4 angka sebulan, itupun selepas urat hijau mata terkeluar, baru boleh genggam nilai 4angka tu. Ceh mcm keje bagos lak kau ni. Mak aku ade cakap tau,

"kau masih muda, time-time gini lah tenaga kau banyak lagi, so gunakan sepenuhnya, kang dah tua...tak larat dah.."#

Tercabar sekejap~~#

Bila kat Mcd kan...aku rasa dapor mcd tu mcm bapak aku yg punyer. nak makan ape? cakap? Chiken Mcdeluxe? sume ditelan dengan penuh khusyuk berhati2 dan kaya dengan kenikmatan dunia. sampai satu hari aku cakap ngn member aku, lame2 lingkup mcd ni dapat crew mcm kita..."lingkup kepalehotakkau..mcd ni dah kaye la wei..." (tak pepasal aku kene..) Aku punya tenaga jenama midle class jerr, so dah sampai 8jam bekerja tenaga aku mula rasa lemau tau, nak Up kan balik, aku kena sebat ais skrim Mcd, tak kesah lar oreo ke, Mc Flory ke, stoberi ker...janji manis.

Aku kagum gak ar dgn member aku 2 orang ni yang kerja mengalahkan nepal, sampai 20 jam, 22jam tak balik2 umah..Sumpah aku tak kan boleh celen dorang...Lagi2 stesen aku dekat bahagian counter tau. So, aku tanya korang, mampu ke bertahan layan perangai customer yang macam anjing, mintak mcm2... dapat plak yang macam 30tahun tak penah makan? mampu plak aku nak buat hoder dia? menu dari A sampai Z! sume dia mintak..lengkap dengan ais skrim sampai menjilat jari! Sempot bai..kalau sorang relaks lagi ar, ni tak..berato sampai luar pintu?..kem salam nak stay sampai 20jam kan,


Faktor aku beralih waktu kerja dari tengah hari ke tengah malam sebab aku tak sanggup nak ambek order customer yang teramat panjang mcm atas ni. dgn harapan tengah malam tak ramai orang..tapi 2 x 8 jer..kalau pagi pukul 7...Nahh!! amek kau.."Kenapa manyak lamabat hah! so bad lar your service! now u can fast or not!! im late o ready"? Kepalehotakkau bejambol...

1 Jer aku boleh tafsirkan, sbb ape org giler sgt ngn Mcd ni...sebab? Harga setiap set menu terlalu murah dan kesedapan yang tiada tandingan..

11mlm - 9pagi : Hai selamat datang...makan sini? Order?
Balik umah...2tengah hari - 10.30mlm : Tidor tak ingat dunia....bangon2 ingat suboh, rupenyer dah isyak! Asar maghrib kau mane mer? =_= SEdih!
#Seminggu lebih lagi, lepastu jadual tido aku kembali normal..


1 comment:

  1. Jin mana kau kata baca blog kau, hahaha...aku baca blog kau wei

    ReplyDelete