Wednesday, June 13, 2012

Jilat ludah?


Assalamualaikum...

Ade 2 kesah, so rasa nak kongsi sebab aku rasa benda ni ada bermain dalam kehidupan seharian aku kita...well manusia tak pernah sempurna. Jilat ludah for means mcm sama erti dgn cakap tak serupe bikin...Kan aku cakap tadi...Manusiaaaa..... 

Situasi 1:
Mamat Poyo: Aku kalau gadget-gadget ni, aku tak nak brand lain. Aku nak Apple atau Samsung je.
Mamat Skema: Kenapa pulak?
Mamat Poyo: Entah la. Aku rasa brand lain tak best. Tak style. 
Mamat Skema: Okay je aku rasa. Handphone Sony aku okay je.
Mamat Poyo: Itu kau. Aku tak! Tak nak la Sony, Nokia ni.
(sebulan kemudian)
Mamat Skema: Eh ni phone kau ke?
Mamat Poyo: Aah. Sony baru. Style kan?
Mamat Skema: Dulu kau cakap kau tak layan brand lain selain Appe atau Samsung?!
Mamat Poyo: Erkk. Takde duit.
Mamat Skema: Oh. (gelak kuat-kuat dalam hati)

Situasi 2:
Pembenci Siti: Aku benci la Siti tu. Tudung dah la macam kafir laknat. Lepas tu poyo pulak asyik tunjuk harta benda kat media. Kalau jumpa dia, aku baling telur busuk kat kepala dia tu.
Peminat Siti: Tapi dia bukan kacau kau pun. Dia elok je hidup. Kau yang maki dia ni yang dapat pahala.
Pembenci Siti: Hello! Lantak la aku nak kutuk dia pun. Kau kisah apa?!
(dalam MidValley)
Pembenci Siti: Eh, tu Siti kan?
Peminat Siti: Aah, dia la tu.
Pembenci Siti: Jom tangkap gambar dengan dia. (berlari ke arah Siti dengan muka terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh)
Peminat Siti: LOL! Dulu cakap bukan main nak baling telur busuk dekat kepala Siti, dah jumpa lain pulak jadinya.
Pembenci Siti: Hello! Lantak aku la. Kau kisah apa?!

Notakecik : Kan dah serabot.....kesah plak aku kau ni mer?#

No comments:

Post a Comment