Friday, May 11, 2012

Masa depan itu akan datang dengan sendirinya.

Assalamualaikum....

Penat bekerja tak semestinye aku tak de masa untuk menulis. Apetah lagi wajib mengadap FB lepas balik kerja. So, isu semasa ter"Update" dengan sendirinya bila mengadap laman sesawang ni.

Result UPU baru2 ni dah keluar, dan tersebar luas berita kejayaan anak2 Malaysia khususnya Melayu yang aku tengok bersyukur dan rasa bertuah sebab dapat masok Universiti...

Imbas kembali.....

Waktu umur 18 dulu, aku tak terlepas dari mohon UPU ni, bukan umur 18 jer, habis blaja ni nanti pon UPU ni still dinanti2 jugak. Aku teringat time habis SPM dulu, macam kawan2 aku yang lain, aku kehilangan arah, macam tak tau mana hala tuju....time tu bodoh lagi, baru nak mengenal dunia...Ape pon tak de, jangan cakap FB lah, laptop pon tak der, umah pon tak der komputer...sedih time tu. 

Time permohonan UPU, aku awal2 pagi gerak pergi CC nak mohon masok sambung blaja kat U, bukan kate doa, solat hajat, istikharah pon rajin aku buat.....8 pilihan UPU, asasi uia, usim, um semua aku bedal (Macam budak dapat 10A SPM plak kan..). Aku ingat lagi, aku more dekat aliran art, Ekonomi aku dapat A, tapi Maths dapat D nak dekat E....so rase macam "Alahai...." tawakal jelar. Semua bidang yang aku mohon time tu more pada jurusan ekonomi, pengurusan, undang2 uia pon ade, sbb aku minat law....Pendekkan cerita lar,

Tiba masa result UPU keluar,

Sedih, dalam 8 tu...1 pon tak tesangkot. So nak menangis pon mmg dah nangis ar sbb dah tawakal kan, Parents aku pon menanti jugak, so aku try buat rayuan dengan harapan ade peluang walaupun tipis. Orang kata rayuan ni based on :


But lepas rayuan still tak dapat jugak... Aku analisa balik, mana kelemahan aku that, yang setahu aku nak masok UPU, dia tengok markah merit 90% based on akademik kita dan 10% based on penglibatan koko, So? dengan 1A,6B, 1C,1D,1E dengan koko yang "sangat" cemerlang, Ajk aktiviti tahunan kelab sejarah dan rukun negara ngn ahli kelab badminton yang tak pernah datang meeting.....entah berape sangat den punye markah merit kan....So lupekan UPU kejap.

(fokus dekat ayat2 terakhir pengarah UPU kat gambar atas ni...mendalam!)

Tiba giliran UiTM, tak nak ngalah ni....Apply gak...aku pendekkan cerita, 1st intake punye keputusan still tak memihak pada aku, try buat rayuan dekat student portal borang tu lah rasanya....Dalam tempoh masa yang sama, berjuta2 surat tawaran masok kolej sampai kat umah, rasa "bangga" pon ade.....yang besar, kecik, warne warni, lipat dua, gulung2 sume ade dalam peti surat tu....semua surat nama aku, bangge jer.... tapi semua aku tak layan sebab nak fokus kat uitm ni. (Surat tu aku kumpul, sampai sekarang ade lagi)

Bila sampai tempoh keputusan....

Nama aku tersangkut untuk layak ke UiTM kampus dungun dengan program sepenuh masa, PRA DIPLOMA (PERDAGANGAN) PENGURUSAN PERNIAGAAN. (ade gambar surat dia, tapi tak sempat nak upload lar). Time dapat keputusan ni aku rasa macam syukur gile ar....terus print, tunjuk kat parents...tapi tu ar..."PRA" yang tak sedap tu. Korang faham2 lar ek...

Last choice, masa yang sama time mintak UiTM sebenarnya, aku turut sama aply Politeknik...Sebab iklan dia serentak dengan UiTM rasanya, is not mistaken lar....so Politeknik pon aku rembat gak..janji dapat sambung belajar, pendekkan cerita lagi....Politeknik lah yang mencerahkan kembali harapan aku after loss and feeling give up after upu haritu...

Until now aku study kat Politeknik Sultan Idris Shah, (pi search kat internet kalau nak details) tak payah cerita panjang, sekarang aku dah pon nak masok ke Final semester. Alhamdulillah, kalau politeknik myb ramai student U atau bapak2 orang yang ingat just ade bidang teknikal, tak ade art myb. Sebaliknyer aku jurusan art, econs, Diploma Kewangan & Perbankan Islam, Jabatan Perdagangan. Hehehe, macam menakutkan je, orang kate kalau minat ok lar....

Bagi aku kos ni mmg satu bidang yang "fokus lebih" dekat dunia ekonomi ngn finance semasa...Alar, even kawan aku jurusan sains time SPM, mane ade ambek econs semua bagai, tapi cemerlang je dengan kos ni? Punyer lah kan....see? semua tu bergantung pada diri kita. Jangan risau. InshaAllah anak melayu kita hebat2 belaka..

Pesanan aku pada adik2 diluar sana yang tercari2 hala tuju masa depan, kamon, jangan cepat mengalah....result baik inshaAllah ade harapn, U boleh, Poli boleh semua boleh, cume nasihat saya jangan tersalah pilih tempat, seeloknya jangan melulu masok kolej swasta yang kerusi meja tak cukup tu...duit yuran banyak kene bayar nanti, sian kat mak ayah kita....

Bila dah dapat sambung belajar tak kesah lar kat U ke, Politeknik ke, MRSM bagai...fokus study smart, cool dengan jurusan, bawak elok2....kalau tak boleh jugak push sampai keluar air mata sekalipon, (Only an Finance student can understand the value of study on Last Night) yang penting jangan sia2 kan harapan mak ayah kat rumah. Dan ingat, tujuan hidup kita bukan nak masok sambung blajar semata2 tapi ingat juga pada Allah s.w.t yang menciptakan kita sebagai hamba kat muka bumi ni, dia yang bagi rezeki dekat kita untuk masuk Politeknik tadi, so, bersyukurlah...solat dan sentiasa berdoa...Jangan sombong dengan Allah, Allah tu power, kita ni just Hamba..


Life is getting serius when u reach 18. Serius for those who think about "BIG FUTURE" at the early age....Jangan masih berfikiran macam budak2 lagi...bangon dari tidur. Bukak mata dan pandang ke sana. Memang abang cakap "Masa depan itu akan datang dengan sendirinya" tapi kalau tak ade usaha? meaningless, tak der hasil lar kan...So, Rajin2 baca surat khabar macam Abang yer, ambik tahu dunia semasa, ekonomi, politik, sosial InshaAllar diri semakin hari semakin matang..."Baru karangan boleh dapat A"...hahaha...Ok lah...gurau jer pon, thats all, Ade nak tanye just komen atau inbox jer nanti akan di reply InshaAllah. Assalamualaikum... 

Pstssss : Jiwa raga menanti result 21 mei ni....sampai termimpi2 larr =_=" (Harapan yang disandarkan terlalu tinggi, mcm gunung kinabalu. :) 



7 comments:

  1. Yg keputusan rayuan tu kan abg tak dpt jugak. So mcm mne abg boleh masuk politeknik sultan idris shah ni?

    ReplyDelete
  2. Nak tanya. Okay tak kos ni ?? Banyak math ke ?? Sbb saya pun dpt kos ni jugak kat psis . Intake 2 punya . Saya minta akaun. Tp math kurang sikit. Agak2 saya boleh bawa ke kos ni ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) boleh... inshaAllah..pasaran kerja yg luas.

      Delete
  3. Nak tanya apza beza rayuan upu dgn rayuan uitm? Dua dua tu nak buat rayuan dkt mana?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    macam mana amir boleh dapat poli ? second intake ke ? :)

    ReplyDelete
  5. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    permohonan upu

    Ambil peluang keemasan daripada semakan & permohonan upu online di Malaysia. Awak boleh daftar dan terus berjaya masuk diterima sekarang @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/permohonan-upu

    ReplyDelete