Wednesday, May 16, 2012

Bukan sekadar ikut.

Assalamualaikum....

Isu terkini, aku rasa nak "sentuh" (Nak kongsi) berkaitan isu mogok lapar rakyat palestin yang dalam tahanan. Allahhu Akbar. Umat Islam turut rasa dengan apa yang mereka rasa. Sungguh sedih,

Then semalam tak silap, bukak Fb dah mula start ade individu sebarkan yang gambar2 cokelat tu? Myb tak payah aku upload kat blog, semua pon dah tahu. Ayat dia macam ni:

Minta TOLONG semua shabat
Menukar gambar profil anda..

Tahanan Palestin yang berada di Mogok Lapar memerlukan Bantuan anda, 
Sila Kongsi Status ini dengan kawan anda untuk menyebarkan KESEDARAN tentang Mogok lapar yang terbesar dalam sejarah ..

Bilal Thiab ... 76 Hari
Thaer Halahleh ... 76 Hari
Hassan Safadi ... 70 hari
Omar Abu Shallal ... 68 Hari
Mohammedd Al-Taj ... 60 hari
Mahmoud Sarsak ... 54 Hari
Faris Al-Natur ... 47 hari
Jafar Ezz Al-Din ... 53 Hari
Abdallah Al-Barghouthi 32 Hari
lebih daripada 2000 Banduan .... 27 hari

Berkongsi dan jangan biarkan Media Barat mengebumikan kes mereka, semua mereka meminta HAK ASASI mereka sebagai tawanan perang, hak Lawatan, Hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.


Cuma ape yang aku terasa nak sentuh ialah...Sejauh mana keyakinan kita terhadap perkara (tukar profil pict) ni boleh menggerunkan zionis laknatullah dan sekutu israel mereka?

Jawapan aku ialah :

Dengan banyak kan berdoa kepada Allah....niat ikhlas. Meminta kepada Allah agar tahanan2 ini tabah mengahadapi dugaan. Bukan "sekadar" tukar sebab ikut orang...tapi tak ade isi kefahaman dalam nya. :( sound like bodoh je. Bila tanya, kenapa tukar pict mcm ni? tekebil2 jer nak jawab, but ok lar, sekurang2 nyer mereka tahu!! dan take action to follow.

Hakikat sebenar....memang sekadar tukar profil picture kat fb yang aku tgok ni, tak ade point pon langsong! "langsung tak dapat tolong mereka kat sana tu..,,betol tak? TANG MANE YG MENOLONGNYER?

Jawapan aku :

Budak2 lepak main gitar tepi jalan @ budak sekolah menengah sekalipon bila diorang on9 fb......dorang jadi "nak tahu" ape bende gambar2 cokelat ni? so dari situ baru aku nampak "selitan" usaha tukar profil pict tu tadi ade jugak "manfaah" nyer...Sebab? sebab aku percaya daripada tak tahu ape2 yg berlaku di palestin sana, automatik akan jadi tahu, dan secara tidak langsung yang lepak2 tadi tu mendoakan kesejahteraan para tahanan tadi bukan hanya dengan menukar profil, tapi memahami dan turut sama mrasai lantas menadah tangan untuk berdoa...InshaAllah, itu yang sangat aku harapkan.


Its ok jer, bukan aku nak berbahas ke ape.... Setiap perkara bermula pada niat. Perasaan dan pandangan setiap individu lain2.


Sama2 lah kita berdoa supaya mereka selamat dan hak2 mereka tu ditunaikan, itu lebih afdhal, ...beb, kita org islam jangan underestimate the power of doa, doa is our greatest weapon now.



Isu mogok lapar tahanan palestin? Sejauh mana relevan perbuatan itu dalam islam?

Some individu tanya, (interested nak kongsi pada semua) izinkan aku share ye :

mogok lapar ni nabi pnah anjurkn x??sbb kalu ada mknan dpn kte tp kte tolak,bkn ka i2 dikire mnganiaya dri sndri n kalu mati dlm keadaan 2 bkn ke bunuh dri??ada byk ag cara utk menentang kezlimn..tp xpela kalu dgn mogok lapar ni zionis dpt gerun n umat islam dpt bngkit,then truskn
16 hours ago ·  ·  2


So jawapan dari pakar, aku sharekan link ni, kawan2 boleh baca dan sama2 memahaminya...InshaAllah.

Dan info maklum yang aku temui, baru sat tadi kat fb under Scientific Miracle Of Islam Alhamdulillah...


Alhamdulellah , after the great solidarity of millions of people with the Palestinian prisoniers , their hunger strike succeed and "israel" accepted their demands

Thank you everybody who changed his profile picture as a solidarity with them because israel was surprised to see more than 2 millions and 250000 persons changed their profile pictures in only few hours last night as a solidarity with Palestinian prisoniers.

Also thank you everybody who protested supporting them , at least we did something to Palestine ..

Now people are so happy in Palestine and they are celebrating this small victory .Alhamdulellah , the hunger strike is over and the prisoniers got what they wanted !! alhamdulellah ! alhamdulellah ! alhamdulellah !

For those who did not show solidarity , may Allah give you another chance to do something to Palestine ameen...

(KESAHIHANNYA TIDAK DAPAT DIPASTIKAN,)


Petikan dari Buku bacaan (taip balik Pg153), BEDUK DIKETUK (ustz pahrol) :

(Cerita Diringkaskan dari tajuk "Tiada Hari Tanpa Demonstrasi")

Sebaik-baik Demonstrasi : (Seorang pak cik yang sedang berdemonstrasi berdialog dgn ustaz pahrol)

"Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu, "tegas saya"

"apa dia?"

"Solat subuh berjemaah"

"kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat?"

Muka pak cik itu mula merah, tangannya mula menggenggam...
'
"Jihad dan ibadat tidak terpisah, bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad sejati."

"Tapi kita mesti sanggup memikul senjata!!"

"Betol....tetapi tarikkan dulu selimut yang menutup umat yang masih tidur menjelang subuh"

"Saya tak faham?"

"Pak Cik, Israil mesti ditentang mengikut kaedah yang menyakitkan mereka"

"Apa yang menyakitkan mereka?"

"Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang islam yang solat jumaat!" Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri."

"Jadi?"

"Sebaik-baik demonstrasi ialah mendidik umat ini menunaikan solat subuh secara berjemaah di surau dan masjid." Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita.

Lihat sejarah Badar atau Khandak, Bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin al-ayubbi, lihat Muhammad Al-Fateh, bagaimana teguhnya mereka mejaga solat dan ibadat-ibadat, khusus yang lain."



Cerita Ini lah sebenarnya yang aku nak sampaikan...fahami maksud tersirat itu. Assalamualaikum.






1 comment: