Saturday, March 24, 2012

Senyum Kembong.

Kadang ku kuat setegar karang, Kadang ku rapuh lemah liar merana_Krisdayanti

Assalamualaikum.... :)

Aku baru je pijak bumi KL dalam pukul 5.30ptg tadi...niat nak balik sebab rindukan adik tersayang, Batrisyia Balqis, nak tukar minyak hitam kereta, dan nak mintak duit poket yang dah surut meniti kemarau.Kredit pada sahabat yg menemani sepanjang perjalanan pulang, that is zamir,atikah,bella & yana. (Saje pembukaan lagu krisdayanti, ade "fil" sikit..)




Tidak dapat dikata betapa letih dan serabotnya hidup di semester kali ni.... kadang2 aku tak tersempat nak menala'ah buku dek kerana terlampau fokus dengan program semasa. Program yang melibatkan diri aku sebagai ketua, sebagai exco, sebagai ajk, sebagai orang kuat, sebagai perdana menteri, dan entah ape2 lagi lah, yang aku sendiri terkejut dengan diri aku sendiri sebab pegang jawatan2 macam tu.. But kelebihan yang aku dapat ialah pengalaman! yes! pengalaman yang tidak dapat anda rasa sekiranya anda tidak mengambil bahagian. Aisyk..apelah yang aku taip ni... Ringkasnya aku nak cakap kat sini ialah "SERABOT".


"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan". 

Balik dari meeting, lewat petang pukul 6.30....perot lapar, dapor tak berasap...rumah macam kena bom...pemandangan yang 'indah' kiri dan kanan....Solat asar menenangkan sekejap hati aku yang keletihan...memohon doa pada Allah dengan doa doa yang sama saban hari....Ampunkan dosa ampunkan dosa...Terdetik dihati agar Allah memberi kejayaan dan kemudahan dalam apa jua yang dirancangkan dalam meeting petang tadi....




Masa berlalu, pantas. 
Seolah semalam aku masih mampu gembira dan terlupa akan tugas sebenar.
Bukan terlupa tapi tiada siapa pernah memberi amaran.
Tidak sengaja, kata aku.

Berjalan dalam ombak kecil.
Terkadang dilambung ombak besar.
Ada kala terpijak batu batu tajam.
Sakit, aku menangis.
Entah siapa mendengar. 

Gembira?
Aku luahkan pada setiap yang aku sayangi.
Mampu senyum dan ketawa sambil memijak duri.
Senyum hilang, berganti air mata.
Tapi tidak mengapa.
Air mata juga kering.
Senyum dan air mata pandai pula mengambil giliran.

Hati sakit.
Tiada siapa mampu memujuk.
Mungkin tiada yang mampu memahami.
Tak mengapa, ada yang mendengar.
Ada yang mengira, melihat dan gembira.
Dengan susahnya pilihan untuk hidup.
Siapa lagi kalau bukan yang mencipta?
Allah.


KL, 24/3/2012/3.03Pagi.


1 comment: