Friday, March 30, 2012

Hidup Mengenal Erti Bersyukur.

Assalamualaikum....


Mendongak ke langit. Memerhati alam sekeliling. Membuang pandangan kosong. Cepatnyerr keadaan berubah. Pantasnya masa berlalau. Lajunya manusia mengalami perubahan. Sedarlah diri, inilah yang dinamakan kehidupan.

Jumaat terakhir di bulan march hampir berlalu. Alhamdulillah sangat2 kerana Allah itu masih memberi aku peluang untuk bernafas di bumiNya ini. Kepenatan drive 3jam dari sg.apong ke KL mmg memenatkan aku...ngantok sangat2 time drive tadi...Bersyukur, nasib baik aku tak ter..

Hidup mengenal erti bersyukur. Saja aku head kan tajuk macam ni sebab aku nak motivasikan diri aku yang selalu mengeluh.....Susah nak cakap..tapi bagi aku, kaedah terbaik untuk kita mudah berasa syukur ialah selalu melihat orang yang berada di bawah kita, bukan di atas. Hal ini kerana bilamana kita melihat mereka yang taraf hidupnya di bawah kita, automatik kita akan teringat dengan apa yang sudah kita miliki. Kan?

Bersyukur, hari ini aku dapat menunaikan solat jumaat seperti biasa berasama2 encik kelisa, cuma yang tidak seperti biasa adalah, aku pergi berseorangan!...dimana teman2 serumah ku? Oh jangan ditanya....mereka "cuti"...mungkin mereka tidak bersyukur @ mungkin mereka terlupa nak bersyukur.

Gambar sekadar hiasan
Solat jumaat tadi, aku bersembahyang bersebelahan dengan seorang pak cik tua yang badannya boleh dikatakan bongkok 3! Terdetik hati aku untuk rasa bersyukur dan sekilas jugak aku terkenang kawan2 aku yang sihat tubuh badan kat rumah..tapi tak larat nak datang solat..Sedih jer tengok pak cik tu :( 

Surah Ali Imran: 145, “Dan Kami akan memberikan ganjaran untuk orang yang bersyukur.”

Surah Ibrahim: 7, “Kalau kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan kepadamu.”

Surah At-Taubah: 28, “Allah akan memberi kekayaan kepada kamu dengan kurniaNya jika Ia menghendaki.




Bersyukurlah kita mempunyai tubuh badan yang sihat! :)


Kadangkala aku kene berfikir sampai ke luar kotak...

No comments:

Post a Comment