Saturday, February 4, 2012

Sampai detik ini.

Assalamualaikum...

If I let you go, Something I belong, Forever will be gone, The love is never shine, Is so hard to say since you far away, Nothing gonna do, The love is only you, To the end of time,I’ll be missing you_Ku ukir indah namamu-7Pelangi.


PSIS@Pagi 3/2/2012


Jam dinding tepat menunjukkan pukul 12.23minit tengah malam. Seperti hari-hari yang lepas...masa terluang hanya dihabiskan begitu saja...Sama ada masa yang terlalu cepat berputar atau aku yang dipermainkan oleh masa, aku pun tak tau..

Perjalanan dari PSIS ke KL tengah hari tadi sangat memenatkan. Dalam keadaan yang sedikit tergesa-gesa, aku menyesal kerana disebabkan nak elakkan jem kat KL, aku terpaksa meninggalkan solat jumaat oleh kerana kecuaian dan kebodohan diri sendiri dalam menguruskan masa.

Perjalanan tetap diteruskan...memecut laju 100km/j bukan suatu yang menyeronokkan apabila sedar kewajipan sebagai seorang lelaki di hari jumaat telah dilanggar. Semoga Allah memberi keampunan dan petunjuk di atas apa yang berlaku.

Jem yang sangat teruk selepas tembus dari LATAR, menybabkan kaki aku kejang menekan klass dan break.. manakan tak? daripada pasar borong selayang sampai ke KL melekat mcm kura2 je. Member kat sebelah lena tido...aku yg tgh drive tiba2 rasa mengantok yang amat sangat bila tgok dia tdo...Pening dibuatnya. But Alhamdulillah, kami sampai dengan selamat dan penuh keceriaan tepat pukul 4.50ptg mcm tu..Have a nice day for this holiday. Zamir & Shah.


Bila berada dalam situasi yang sunyi, berseorangan dalam bilik...kipas angin bertiup kencang..mustahil kalau aku cakap aku tak berfikir apa2...fikiran melayang2...malas nak layan der...

Entah kenapa semester kali ni rasa mcm terlalu serabot dan tak terurus. Aku cuba kembali kepada niat.

Sebelum melangkah ke semester5, selalu mulut aku berjanji, bahkan kawan baik aku sendiri tahu yang niat aku di semester baru kali ni, adalah "tidak mahu melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti dan jauh sekali inginkan apa2 jawatan". Namun sebaliknya terjadi...ade jer orang yang petik nama aku....kalau tak menang tak per...ini menang, berebut kawan2 angkat tangan beri sokongan...Nak cakap ape lagi? tak kan nak nafikan suara majoriti?

Aku ni tak lah sehebat teman2 lain, yang berani pegang jawatan2 besar tu, dorang ada pengalaman luas, hebat smpai aku sendiri kagum...aku tak hebat mcm dorang..Mudah2an Allah permudahkan urusan2 semester ini.

Alhamdulillah...aku bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan. InshaAllah apa jua cabaran yang mendatang, aku tempuhi dengan rasa sabar dan mental emosi yang kuat. Rasanya tak der ape yang perlu dirisaukan pon. Cuma kadang2 terlintas rasa risau tatkala aku leka dan lalai sampai tak pandai nak uruskan masa.. Akhirnya awal2 sem aku dah rasa mcm nak tersungkur, AL-Maklumlah...nak masak utk makan malam, nak pegi pasa beli ikan ayam lar..dah mcm ape aku ni. =_=



Doa untuk kawan2 seperjuangan, semoga kita tenang menghadapi dugaan,

P/s : Tak menang tangan bila kuiz, asgnment, mini projek, tutorial datang bergolek serentak. Rasa mcm tak Tom Yam BNO.

Selamat Malam..Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment