Saturday, February 25, 2012

Berkata-kata memang senang!

Walau aku, tidak bersamamu jangan engkau lupakan diriku_Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin.

Assalamualaikum...

Tiada kata secantik bahasa. Harini post aku tak der gambar2, maksudnya aku nak bercakap panjang2 tanpa ada imiginasi tersirat dari mana-mana gambar. Minggu ni adalah minggu depression aku. Sangat sibuk menguruskan preparation final project, test, kuiz, asgnment, mini project dan lain2 yang kalau diteliti secara halus, ianya bukan calang2 kerja, kalau orang yang tak merasa apa yg sedang kita rasa sekarang ni, mmg org tu tak kan faham. Life student dengan life orang bekerja lain. Lebih2 lagi aku selalu sangat dipilih untuk jadi ketua, bukan nak cakap apa lah,even aku tak nak pon jawatan2 ni...tapi bila diri ini dah diletakkan untuk memegang sesuatu jawatan, maka tekanan tu akan automatik meresap naik ke dalam otak. So ditambah dengan depress dari kerja2 asgnment tadi plus dengan jawatan yang disandang ni, kalau aku tak dapat urus life aku dengan baik, jawapan dia adalah tekanan @ stress. Yer! kadang2 otak aku tak dapat nak mengunyah semua yang aku pelajari, semua yang aku cuba hafal, semua yang aku rancang..seolah2 diberikan satu Blander, kau masokkan 5biji epal, 9 biji nenas, 3 biji durian, dan kau hanya tambahkan 2 sudu air untuk menggerakkan + menghancurkan 17 biji buah2an tadi... Maka jawapan dia ialah Blander tadi akan STUCK! dan akan mengeluarkan sesuatu bunyi yang sangat mengerikan. Maksud aku kat sini, kekurangan oksigen di dalam otak dek lemas dengan kerja2 sekolah,

Bakal merindui semua yang berada disini.

Ayat macam ni adalah ayat untuk student2 yang final year, atau budak2 yang 2 3 hari lagi dah nak pencen jadi student. Aku ni tergolong dalam orang yg menggunakan ayat "Bakal merindui semua yang berada disini". 6Buan lagi....lama ke tu? Bagi aku kejap je...pejam celik, makan minum, kencing berak, gelak nangis, blog fesbook, tes kuiz, Asgnment projek..tiba2 dah pon tamat belajar..itu realitinya. Aku menulis ttg benda2 macam ni bukan simply talk, tapi aku mula merasa "bahang" end of semester tu hadir pelahan-pelahan masok ke dalam saraf aku. Bila aku pandang muka2 kawan aku kat kelas tu, Automatik aku akan tersenyum sorang2, kadang2 aku geleng2 kepala, kadang2 aku tergelak..Tapi hakikatnya aku ni bukanlah orang yang suka pandang atau tenong orang lama2!. Just nak ambek mood jer....yelah seronok tengok cara diorang menghiburkan diri diorang, automatik jugak diri aku terhibur. Dan automatik jugak "Bahang" yang aku maksudkan tadi meresap masuk dalam aliran darah aku. see?

Dengan semua kawan2 aku (man) aku pernah berurusan. Baik dari segi pembelajaran mahupun sosial. So boleh jugak dikatakan daripada A sampailah ke Z, aku dah kenal sikap dan perangai mereka. Its nice moment and its also make u smile alone. Kalau pernah terbaca dekat side Kanan blog aku, aku ada tulis ayat:

" Aku kasihi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat-sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku masih hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk perkenalan, kerana? aku merasa senang...semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri"..

Just monolog kosong je ayat tu, tak der spesifik sangat, cuma kadang2 ia memberi kesan secara tidak langsung dalam hidup aku. Yer! aku mengaku yang aku membesar dengan kematangan hidup melalui perbualan dan interaksi sosial antara aku dan kawan2. Mana ada interaksi sosial dengan mak bapak..Parents more kepada spend kasih sayang. So, Apa yang aku cuba tekankan dekat sini ialah apabila hati aku tersentuh dek perangai yang kurang baik yang terpacul dari kawan aku sendiri. Lintang pukang emosi aku dibuatnya, ikut kan hati ada yang kena sound nanti. tapi aku jenis yang tak sampai hati nak buat orang macam tu. Aku jenis yang suka tolong orang, bantu sedaya mungkin, itu mmg hobi aku....bila aku jadi lead dalam apa2 organisasi pon, aku akan bantu orang bawahan aku buat kerja event terpaksa turun padang, aku turun padang..mengajar seketul2...Patah balik ke cerita tadi, so apa perasaan bila kita buat baik, orang balas dengan perangai buruk. Kalau beri madu dibalas susu mungkin boleh diterima sebab walaupon harga madu dengan harga susu jauh beza, but still aku dapat minum susu. Tapi macam mana pulak bila Beri madu dapat racun? tak ke sakit perut dibuatnya nanti?.

Dengan apa yang terjadi aku lebih senang untuk ambil pendekatan diam dan senyum, still gurau2....tapi dalaman, hanya Tuhan yang tahu. Tak mengapalah......Allah itu Maha Adil....Kan dah cakap awal2! Lupakan masa lalu dan semua yang pernah terjadi. Tumpukan diri kita pada masa kini. Jangan menyibukkan diri dengan masa depan, sebab ia masih berada di dalam alam ghaib...ianya akan datang dengan sendirinya..Tersenyumlah!

Attitude rakan2 aku sekarang dah banyak berubah. Even jangan nak cakap orang lah, cermin diri sendiri. So aku pon cermin diri aku, yes! totaly aku pon dah banyak berubah. Perangai aku still macam dulu, malas tak tentu pasal but! study still control...Solat still "cuba" untuk jaga espacially subuh..perghh..So bila aku dah cermin diri aku sendiri.....Apa yang aku nampak adalah ketulan tulang2 yang dahagakan lemak. Haha..tak delah gurau jer. Apa yang aku nampak ialah kematangan berfikir dan membuat keputusan. 2012 masih belum menampakkan sesuatu yang "Bertuah" buat Amir 'Izzat. Bukan maksud aku tak bersyukur dengan anugerah dari Allah! No! jauh sekali berfikiran macam tu, cuma maksud aku yang dimahukan itu belum tiba, mungkin dalam perjalanan? mungkin sedang berlari? mungkin sedang tersesat di persimpangan? Allah sahaja yang tahu.
Amir dah ada WJP, Amir dah ada IPHONE, Amir dah ada Jam Tangan SEIKO RM 400...ape lagi yang Amir nak? Kawin?

Cita2 mmg setinggi gunug. Even rasanya kalau baca La-Tahzan dia tak cakap gunung! tapi dia cakap Bintang! means ayat dia akan jadi macam ni "Bercita-cita setinggi bintang"...kan? Cita2 aku bukanlah nak jadi angkasawan pon, cuma cukup sekadar dapat menempatkan Ibu dan Abah di sebuah rumah banglo besar suatu hari nanti. Dalam betol ayat aku kan...itulah orang kata, bila kita menulis atau bermonolog, mungkin seperti ianya sangat mudah....mana tak nya? Taip jer...cakap jer ape nak cakap... Tapi realitinya untuk mengejar sebuah cita2, ianya memerlukan sebuah pengorbanan....berusaha, jangan pernah mengalah, jangan pernah kenal erti putus asa! masing-masing ada cara masing2. Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Even bila aku baca tafsir Al-Quran, berkali-kali lidah aku menyebut perkataan yang mengatakan Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani...Sebagai hamba, aku bersyukur dengan segala nikmat yang diberi, Doa juga tidak pernah putus untuk memuji kebesaran Allah dan kedua ibubapa yang merupakan insan yang sentiasa ada dibelakang aku, tatkala susah mahupun senang, mereka inspirasi hidup.

Seperti yang dijangka bakal menjelma. Whats tat?

Menjadi ketua untuk "sesuatu" adalah bukan perkara yang mudah. Even kalau jadi ketua rumah sekalipun bukan lah sesuatu yang senang...nafkah zahir dan batin perlu diuruskan mengikut kehendak orang ruamah. itu lagi susah! Yeah i'm talking about tanggungjawab now. Bukak sekolah kelas yang pertama selepas cuti sem ni, what will happend is perkara2 yang membangkitkan emosi serta tekanan2 dari setiap penjuru. Sebenarnya aku cuba lah kan, untuk jadi pemimpin yang baik...yang cool...relaks...senyum, nak jadikan Nabi Muhammad sebagai contoh..but kadang2 aku tersungkur jugak. Dalam meeting aku terpaksa marah, terpaksa tegas supaya apa yang kita rancang, "menjadi" dan apa yang tidak sepatutnya terjadi, tidak "terjadi". Perkara2 remeh cuba dielakkan @ tak perlu dilayan, time main kita main, time buat kerja kita buat kerja. Ada satu cerita. Dalam suasana kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang ramai, dapat dilihat gelagat kaum lelaki yang seketul dua ketul berborak2, cerita masa depan ker, cerita rumah tangga ke, aku tak nak tahu, Cuma sikap agresive sesetengah mereka dalam kerja2 berkumpulan, even dalam proses P&P sekalipon dah nampak yang persaingan itu wujud antara aku dan mereka! Ofkos aku cakap macam ni sebab aku rasa tercabar. Tercabar dengan perkara positif, aku rasa tak jadi masalah. Sreet to the point. Untuk semester ini untuk mendapatkan AKJ bukanlah perkara yang semudah 123 ABC. Cemburu tu mmg ade dengan kawan2 ni...Semua org nak yang terbaik betul? So aku percaya dengan diri aku! aku boleh bergerak sendiri! Aku mempunyai cara aku tersendiri, So? bila dah cakap macam tu, buat apa lagi kita nak tgok orang? orang tu berjaya, orang tu hebat, Kita? Orang dah sampai ke seberang....kita baru nak masuk dalam sampan?

Notes : Cita2 yang pertama setelah "bakal" tamatkan Diploma ialah sambung belajar di UUM. InshaAllah..tapi ingat..."Berkata-kata memang senang". Kalau tak disusulkan dengan usaha manakan dapat cita2nya a.k.a (also known as) kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. :) aku tak sanggup nak baca apa yang aku tulis panjang2 ni..dan aku pon tak rase ade orang yang sanggup baca apa yang aku tulis ni..Selamat Malam!

No comments:

Post a Comment