Friday, February 24, 2012

3 in 1

Assalamualaikum....

12 : 37 Minit pagi... macam biasa, takde istilah tido awal dalam kamus hidup aku. Apa saje yang aku buat, semuanya ikut kehendak hati dan nafsu. Mula dari hari selasa lepas, sampai mlm tadi..aku berada di rumah sg.besi, fulltime push kepale buat asgnment Busines Finance, mmg fokus, tapi just 70 : 30 tapi Alhamdulillah bergerak jugak kerja tu..Credit to : Hazrin & Alan .


Alhamdulillah...usaha aku untuk tamat kan bacaan novel kat atas ni dah berjaya petang tadi. Salahudin Ayubi. 

"Sesiapa yang menguasai Palestin, dia menguasai dunia"_Salahudin bin Ayubi

Kesudahan novel ni mmg benar2 membuat hati seorang manusia Islam berasa kagum dan tersentuh dengan segala pengorbanan seorang pemerintah yang bagaikan mukjizat seorang nabi yang begitu hebat sehingga mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi, tandus dan kosong jiwanya..

Kehebatan jalan cerita nya terletak pada perjalanan hidup, aksi2 perang dan strategi Salahudin Ayubi dalam memastikan setiap peperangan berjaya dimenanginya. Bila aku bukak dekat Google, ade fakta yg berlainan dengan cerita novel yg aku baca ni, tak pasti sama ada mitos atau sebaliknya, maksud aku, buku tak cerita mcm tu, but sumber lain cerita mcm tu. So ada kekeliruan sikit ar. But yang penting! Taktik perang dan semangat jihad Salahudin patut dicontohi seluruh umat islam...dan ingat, kini Palestin sedang ditawan oleh israel laknatullah...
_Always pray for palestin.


Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya. _Damai Yang Hilang (NowSeeHeart)

*********************************

Dalam 2 Hari lagi...kembali aku ke PSIS, pergi balek pergi balek...dan mungkin kali ni last day aku pulang ke KL.....Last nanti aku akan pulang time ending sem5 ni. tapi aku hanya merancang, Allah yang tentukan.

Takdir semalam aku dicemaskan oleh satu panggilan dari Abah, time tu petang..mata aku ngntok sangat...hampir2 terlena...tiba2 dapat panggilan..

Aku dikejutkan dengan serangan jantung Ibu tersayang, So sebagai anak yang paling rapat dengan Ibu, Abah mintak aku datang KL secepat mungkin...Ibu seolah2 terlalu lemah. Sempat bercakap melalui telefon dgn ibu dlm tempoh 4 saat, ternyata, ibu tak mampu nak bercakap... Hanya hati ini yang tahu, sepanjang perjalanan ke KL, hati aku tak tenteram...macam2 yang aku bayangkan...

Dipendekkan cerita...Tidak perlu ke Institut Jantung Negara, Hanya dengan bantuan anak2 tersayang...Alhamdulillah, ibu kembali pulih....Allah masih sayangkan Ibu,


Amir tahu ibu kuat....




No comments:

Post a Comment