Monday, November 21, 2011

Tepuk la tangan sikit...

Assalamualaikum, isyk2...tak payah nak mintak maaf sangat lar ek...asal post jer, mintak maaf ler sbb dah lame tak update...bela bela bela...orang pon dah meluat. Ni nak bagitahu ni....dengar tol2...

6 – 7hb going to PSIS for Interview. So dengan penoh rasa syukurnya saya memotong reben merah menandakan tamat sudah peristiwa 6 bulan di KWSP ni yer.. Kalo nak becerite A sampai Z... mungkin boleh buat novel tau, so elakkan dari membuang masa becerite benda yang udah berlalu. Oh tidak dinafikan, pengalaman ini adalah teristimewa dan termahal yang aku peroleh pada tahun 2011 ni, mungkin anda yang sedang membaca ni tak rase, tapi saya yang merasa...rasa ape? Rase macam2..perise oren,anggor,limau bali,rozel etc...kalo dicampor kesemua itu maka akan tercirit birit 1minggu.

Saya nak sentoh pasal laporan saya. Nak dengar tak? Tak nak udah. Ok macam ni, berbangga dan amat bersyukur penat dan lelah selama ini, sudah pun sampai ke penghujung. Laporan  berjaya disiapkan sepenuhnya pada tanggal 20NOV...tarikh ini utk sedia maklum,sudah pun di “cop” terlebih awal....dalam erti kata lain..Agenda tahunan. So tak terkejut sangat lah knpe cepat nyer kau siap mer...tepok la tangan sikit. Total pg 100 muke surat tak termasuk lampiran, kulit etc...kalo campor semua halaman bercetak,ade dalam 115 kot? Entah...dont make me panic.

Tutop cerite laporan. Kite pergi ke PSIS pulok. Ok macam ni, 6hb nanti aku akan gerak ke sana, dalam pukul berapa aku tak pasti, kalo dah nak gerak nanti aku msg lah korang. Aku balik dengan sahabat2 aku. Macam biase, perjalanan jauh beratos batu meruntun diri ini untuk membuat persiapan rapi. Bukan dari segi paras rupa sahaja! Malah kenderaan yang dinaiki tu juge memerlukan “tenaga” yang power dan benar2 ready untuk berjalan jauh. (mcm lar kereta kau BMW) sebab bukan BM lar aku ckp mcm ni. Setakat ni belom ade respon @ planning daripada mana2 pihak berkaitan perjalanan ini, mungkin diorang letakkan sepenuh kepercayaan kepada diri saya, ataupon diorang tengah sibok tahap perdana menteri malaysia untuk siapkan repot, sampai terlupe yang minggu depan punye minggu depan dah nak kene balek interview? I dono...”Telifon berbunyi” helow sape tu?

 End of the story lar kan...perjalanan ku ini masih jauh, berliku2 macam gurun sahara...ape lagi nak dikate selain “Redah jer larrr” nak becakap panjang pon tak gune..bukan ade orang nak dengar.. so kite happy jelah, kewajipan jangan dilupa...takut2 Allah pula yang melupakan kita.

Ade lagi 1 nak cakap! Dengar dengan mata hati yer. Kalo ade pita rakaman suara, boleh on sekarang. Ok,Saya dengan ini mengucapkan selamat maju jaya kepada semua sahabat2 saya yang jauh dimata, dekat dihati..yang sedang menanti tarikh akhir praktikel..bawak2 bersabar, masa itu akan datang dengan sendirinya, dan begitu juga dengan yang baru nak masok ke PSIS! Oh semestinyer anda berasa sangat lucky kerana dihantar ke hulu negeri mcm tu, pesanan saya, jagalah diri anda dan maruah anda, pasangkan niat untuk bersungguh2 belajar dan bercita2 tinggi walopon setinggi bintang sekalipon, ingat pengorbanan ibu ngn ayah kita kat rumah tu, tanpa doa mereka, tiada keberkatan kita hidup di dunia ini..Selamat berjuang kepada anda semua, jumpa anda di sana...Tepok la tangan sikit..for your self jugak ma...



Amir ‘Izzat
Seksyen Bajet KWSP,

Monday, November 7, 2011

RINDU...


Salamualaikum...Selamat malam..orang lain semua dah tido..Tpi time mcm ni filling tu datang untuk Update...

Mood : Baru balik dari bumi KLANG, Bandar Diraja. Suam2 Suku..

Rindu tu mmg ade dekat tempat study, mane lagi kalo bukan Bumi PSIS...Mungkin lar,ade yg cakap aku buang tabiat malam ni sbb ckp ttg rindu...tapi nak wat camner..dekat sini jelah tempat aku luahkan perasaan..tak der teman pun yg sudi nak mendongarnyer...buang mase korang jer dengar cite aku. So why not..aku membebel sorang2 kat sini..Penghargaan buat anda yg sedang membace..

Disebabkan praktikel selama lebih kurang 6bulan...so, perpisahan itu adalah satu yang wajib untuk aku lalui bersma kawan2..dek kerana naluri aku yang tak sekukuh mcm korang, hati aku cepat terusik..ingat lagi..air mata berenang2 time meninggalkan bumi PSIS...Kalau tak silap 29 April tarikh akhir aku meninggalkan PSIS utk sementara waktu. Detik yg betol2 buat aku sedih time pelok roomate aku..time tu barang semua dah ade dalam kereta, just nak gerak ke KL jer....kami peluk sekuat2nyer..mohon maaf dan saat tu..lerailah perselsihan antara kami..Macam tu jugak dengan member lain...masing2 “terasa” detik2 perpisahan...yer! walaupon 6bulan...kenangan semester 3, pahit manis ditelan bersama...gelak pon sama2..tapi jatuh,kau bangun lah sendiri ye..



Lagu tema (latar) : Samsons..Kenangan termuntah..Volume sound : 4 bar. 12.51 pagi.

Jujur lah ek...sememangnyer aku rindu dekat shabat2 aku..especially budak2 kelas, geng2 aku...entah kemane..myb korang bizi sgt kan, sampai tak sempat nak msg aku, even yang call aku haritu, msg2 tanye khabar, faisal, ngn rizal Korang mmg lawak giler..aku yg kuat mengarot ni....dok tegelak-gelak besembang...ape yg lawak pon aku tak tau..Ingat lagi korang kat budak kecik ni kan? Dulu2 aku terbiar main sorang2 tepi longkang psis tu...tak der kawan..korang sume ade geng..aku jer yg sombong tak nak geng ngn korang..skarang aku plak yang tehegeh2 kat korang yer? Mungkin laarr..

Em, bile aku senaraikan nama2 individu yg aku teringat waktu ni..mungkin diorang tak bace pon...tapi harapan aku, yang sampai adalah sebuah doa ikhlas dari insan kerdil bernama Amir ‘Izzat..org yang tak akan bercakap dan gelak waktu2 pagi..suke bersendiri, belek2 handphone yang sebenarnyer tak ade msg pon..tapi buat2 ade...

Hazlan Derman is my abang dan hero yg terhebat dalam kelas...tak der ganti boleh ambek tmpat dia..

Afik is the kawan yang memahami...dan kami ber2 banyak belajar dari kesilapan..sempoi jer..

Abg Adam yang sgt cool dan always support sume kawan2 dia...video2 yg buat aku berair..dia lah yg buat tu..

Faisal yg berperangai 3suku...always like me...sekejap mendong,sekejap pelangi...

Rizal mmg hebat dalam behujah, buat sepah bilik aku dan perangai dia yg bukan2 realy makes me smile + geleng2 kepale..haha

Zamir yang sentiasa buat jiwe aku berwarne warni..Anggap dia macam adik aku sendiri walopon dia yg  lahir dulu kan..yg penting senyuman dia dan perangai budak2 dia aku tak boleh lupa..

Kugiran Patah Hati yang triple cool, 24jam happy...Suke buat lawak tahap antarabangsa...”Apekabar Laqueeenn....Untong Larrr.....”kah3..

Mok yang always senyum2 kambing dekat aku...kalau berselisih kite akan buat muke ketat...tapi percayalah..ttp syg kat ko nyer...ingat tak sem2 kite 1 bilik? Haha..tut tut..

Rajih is the cikgu maths yg paling hebat di psis...never forget moment2 kita time bulan ramadhan sem2.....Aku lulus statistik kerana dia banyak bantu....

Shahrizal yg always sunyi sepi...tatkala dia sunyi, aku datang nak buat dia happy...tapi ketok bagai nak rak..bukak pintu pon tak...haha..yg paling mantap otak dia yg jwb bisnes full in BI? Selut u shah...


Lagi 20 hari right? Kite akan ketemu....semangat yang baru...azam yang baru...lagak masing2 tak kan lekang dari diri masing2...

”Aku ade ni..kau ade?”

“Elehhh....setakat tu..aku boleh beli 10 kot...”

Ayat boleh beli 10 tu lahir dari penulis blog ni sendiri...so kawan2 dia, dalam hati akan cakap..

”Bapak belagak tahap gaban amir ni”

 So aku mintak maaf....10 jari disusun, anggplah itu sekadar gurauan..hihi..suke2 jer..

Ok lar..Disebabkan aku dah meleret panjang sangat ni....izinkan aku tutup tirai entry ni dengan doa-doa agar kita semua berjaya dalam perjuangan, dunia dan akhirat...begitu juga buat semua kawan2 kat luar sana..percayalah sahabatmu ini sentiasa merindui detik2 kita bersama....


Bismillahirrahmannirrahim...

Ya Allah...Pnjangkan umur semua sahabat-sahabatku..Kurniakanlah kesihatan yang baik buat mereka, terangi hati mereka dengan nur pancaran iman..

Ya Allah...Tetapkanlah hati mereka, perluaskanlah rezeki mereka, dekatkanlah hati mereka dengan iman, jauhkan mereka pada kejahatan, tunaikanlah hajat mereka dalam agama,dunia dan akhirat..

Ya Rabbana...Jagalah hati mereka agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu..Jika dia rindu...rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah ya Tuhanku...Jika engkau halalkan aku merindui Sahabat-sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu dan kasih sejati hanya untukMu,

Ya Allah...Kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Ya Allah,sesungguhnya kami telah banyak menzalimi diri kami sendiri, maka sekiranya jika engakau tidak mengampuni dosa-dosa kami..maka kami tergolong di kalangan orang-orang yang rugi....

Amin..


P/s : Jumpe sem5 nanti...repot buat mantap2 ok..(Gentle tak post ni? tak larat nak bace kot)

Sunday, November 6, 2011

Dalil & Fadhilat Ibadah Korban.



   DALIL-DALIL PENSYARIATAN
  • Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :

    Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur"
    .
  • Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :

    Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu". 
  • Sabda Rasulullah S.A.W.:

    Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)
FADHILAT IBADAH QURBAN
Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:
  • Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim) 
  • Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

    Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban) 
  • Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

    Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani) 
  • Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda:

    Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi) 
  • Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

    Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami"

Perkongsian Daripada : EZD'KORBAN.
Salam Aidiladha, mudah2an ibadah korban kali ini memberi seribu satu makna kepada kita sbagai hamba Allah..jgn kita lupa kepada insan yang kurang berkemampuan :) 
P/s : Aku baru naik dari tgok lembu kene sembelih..Kuchai ada 10 cow.

Saturday, November 5, 2011

Buat sahabat di Facebook..Juga buat diriku yang mudah lupa.




Assalamualaikum....

Seorang WANITA yang berani meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH. Kerana ia seolah-olah seperti memberi tahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya, seperti istiharkan KEMAKSIATAN.

Tahukah kita bahawa meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahram, boleh menimbulkan FITNAH? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa? Akhir zaman ini, ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri..

Tahukah kita juga sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas HARAM?...Tetapi masih mahu menunjukkan yang diri itu sudah berstatus couple! Kalau status pertunangan tak mengapa lah juga. Nabi SAW  menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana :

Sabda Nabi SAW : Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status IN A RELATIONSHIP kekasih bukan mahram kita, itu kerana, yang kita dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...Nak selamat dan nak elak diri dari difitnah....Halalkan segera perhubungan kita itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat....


Pesanan ini juga buat kaum lelaki dan juga diriku yang mudah lupa.




Friday, November 4, 2011

Untitle but its come from heart.



Assalamualaikum and wazzup guys...First nak cakap is..Apologise to all of u yang bile bukak blog ni jer..entry lame...seminggu kemudian, bukak lagi...kali dengan penuh harapan agar ade post baru, tapi sekali bukak entry lame jugak...dan korang pon akan kecewa dan Bored gile dgan blog ni...memang langsung tak ader yang menarik...Thanks dekat yang lalu lalang..especially nama blog anda tersenarai dalam kapet “Traffic Jam”...dan tak lupe la jugak dekat ogr2 Selangor,Kuantan,balakong...entah mane2 negara afrika pon ade...hahaha...banyak syok sendiri jer aku ni..haissh..Ok kali ni kite serius yer.

Alhamdulillah, detik itu semakin tiba untuk aku menamatkan semester yang secara kronologi nya sangat menghampakan...the best word is Bored! Super duper power pengalaman praktikel ni...sape yang belom rase..tunggu lah masenye. Thats why aku payah sangat nak update blog ni, sebab-sebabnya ialah..

1) typing repot every day never give up...

2) Khusyuk main game Empire Alies utk menakluk dunia dgn bejuang bemati2an untuk mendapatkan semua tawaran hadiah2 perang.

3) Untuk menjayakan point no1, aku kena research pelbagai benda, dan benda2 ni selalu aku lakukan kat office...korek data sane, ciplak maklumat, semuanya aku godam demi menjayakan point no1 ni.

4) Malas dan ngantok vs boring tahap kuil batu cave..tensyen plus stress.

5) Masalah dekat office dengan org2 yang meruntun kesabaran aku.

6) Apabila point no4 diadun dengan sebati dengan point no1, ditambah sedikit kebengangan di point no5..maka jangan mimpi aku nak buat point no3...dan hasilnyer aku dapat point no5.


Filling stress and need to forget-it the moment..

Oh lupe nak dikata....aku punye laporan dah nak siap pooonnnn.....mencecah 90 muke surat...finally benda ni siap jugak...thanks to Allah for giving power to me. Tapi memang banyak yang nak kene tacap lagi.....level of confident terhadap hasil laporan tu around 87%....selebihnya aku akan usahakan lagi....dan yang paling penting doa berterusan pada Allah. Kawan2 yang lain aku tak pasti...sunyi jer.. bizi sangat...

Ok lah, nothing to say dah...kepala aku pening macam ade gegaran tsunami...ni semua gara2 sakit hati kat office tadi...Myb esok pegi Putrajaya dengan member...kayuh basikal kat taman botani pukul 10 tgah hari...what the short aku pon tak paham...pelik2 rancangan korang. Mudah2an enjoi dgan diorang esok, sedikit sebanyak aku harapkan tekanan harini diredakan pada hari esok.



Jumpa next entry...Salam Raya Haji...


Thursday, November 3, 2011

Trivia & Sebuah Situasi..

Assalamualaikum...Sebuah TRIVIA dari seorang blogers terkenal...Wahh! Tak sabar nak bace! Jom!

 1) Tahukah korang bahawa Turki mempunyai bilangan billionaire terbanyak di dunia?

2) Tahukah korang bahawa bahasa Mongolia tidak mempunyai perkataan "ya" dan "tidak"?

3) Tahukah korang bahawa artis Malaysia pertama yang masuk ke carta Billboard Top 100 adalah Francesca Peters dengan lagu Just On The Edge, iaitu terjemahan lagu hit beliau, Sekadar Di Pinggiran pada tahun 1989?

4) Tahukah korang bahawa rumah persendirian tertinggi di dunia adalah milik Mukesh Ambani, jutawan dari India, dengan ketinggian 27 tingkat?

5) Tahukah korang bahawa Sandra Bullock fasih berbahasa Jerman?

6) Tahukah korang bahawa ketika zaman mudanya, Steve Jobs pernah bertapa di Tibet selama 4 bulan, dan kemudian di Batu Caves selama 2 bulan, dan kemudian di Nepal selama 3 minggu?

7) Tahukah korang bahawa hanya ada seekor haiwan yang mampu hidup di Laut Mati iaitu ikan kap jepun?

8) Tahukah korang bahawa bulu kambing biri-biri yang diperkasakan dengan rotan boleh digunakan untuk membuat jaket kalis peluru?

9) Tahukah korang bahawa penghidap penyakit Flexibus Culubitassemia (satu dalam 84 juta manusia) mempunyai tulang yang sangat anjal dan mampu menoleh kepala sebanyak 320° ke kiri atau ke kanan?

10) Tahukah korang bahawa ketika hayatnya, Mustafa Kamal Attaturk menderma 40 sen kepada setiap pengemis yang ditemui di jalanan setiap hari? 

11) Tahukah korang bahawa frekuensi kawad kaki tentera Amerika pernah menyebabkan jambatan Tacoma Narrows Bridge di Amerika runtuh?

12) Tahukah korang bahawa komposer muzik latar rancangan Jejak Rasul adalah seorang bukan Islam?

13) Tahukah korang bahawa jarak antara hidung dan cuping telinga seorang manusia normal adalah sama dengan jarak sejengkal tangan kanannya? Hanya satu dalam 6 juta manusia mempunyai jarak hidung dan cuping telinga yang kurang daripada sejengkal (kebiasaannya golongan genius dengan IQ melebihi 170).

14) Tahukah korang bahawa sambutan Krismas diharamkan di Korea Utara dan digantikan dengan Kimtokai Hungyo, iaitu perayaan menyambut kelahiran Kim Jong-Il?

15) Tahukah korang bahawa makan daging kambing boleh mengurangkan risiko diabetes sebanyak 14%?

16) Tahukah korang bahawa 90% fakta yang aku nyatakan di atas adalah palsu belaka dan langsung tidak boleh dipercayai? Adakah korang terasa bangang nak mampus sekarang sebab tadi korang pegi ukur jarak hidung dan cuping telinga gune sejengkal tangan kanan pastu kata, "Wah aku genius!"?

17) Tahukah korang bahawa kalau aku tak bagitau fakta nombor 16 tadi, akan ada 54% pembaca yang akan percaya semua yang aku tulis tanpa usul periksa?

18) Tahukah korang bahawa statistik 54% kat nombor 17 tadi pun aku reka sendiri?

Moral of de stori: Kat internet ada macam-macam cerita. Jangan percaya semua, dan jangan sebarkan kalau tak pasti kebenarannya. Jangan gunekan ayat, "Ini aku dengar cerita Si Polan. Kalau Si Polan bohong, maka bohonglah aku." Sile ingat, saiz otak manusia adalah 43 kali ganda lagi besar daripada saiz otak burung kakak tua, sebab itulah kite perlu berfikir sebelum ulang cakap orang lain.


Eh yang pasal saiz otak burung kakak tua tu pun aku tipu jugak sebenarnye.


Ini adalah status FB aku 2 3 mggu yang lepas....
(Klik pada gmbar untuk tumbesaran)

Sebab gape aku berStatus mcm tu..sebab bagi aku, terlalu bersepah cerita yg macam2 kat FB tu, termasuk yang belum sahih ceritanya...bertambah Syok bila gambar skarang dah besar2..takut2 timbulnyer fitnah dan tanpa disangka kita meng"Aib"kan orang? (Aku juga bercakap untuk diri aku sendiri yang suke share game Empire Alies semata2 untuk menakluk dunia dan mengumpulkan bon kebebasan) Ape aku merepek ni?

Selepas status diatas aku post.........tak sampai "1 MINIT" berlalu...Aku pon tekan lar New Feed...Dan status yang pertama terkeluar ialah.......

(Klik pada gambar untuk kesuburan...lepas tu gelak pelahan2..) 

Ha!! Ambek kau.....Die termakan Cili Boh 5 cebok ker?

P/s : Kalau lah ianya mmg ditujukan untuk aku...aku mohon maaf...
betol lah cakap akak.."X SEMUA MANUSIA SEMPURNA BANG OII..."
Aku tak bantah,ape yg dia cakap, tapi aku mcm terkejut sikit..Tapi cube untuk menerima..
(Walaupun aku tak tau,adekah status dia tu, feedback dari status aku)..MaafkanLah..



"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantah, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah..Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." Al-Anfal (8) : 46