Tuesday, August 30, 2011

Dalam Hati Allah Sahaja Yang Tahu...

Assalamualaikum....Salam Shawal, Salam Aidilfitri, Alhamdulillah...panjang lagi umur aku untuk berkongsi cerita kat blog ni, jari jemari asyik memanggil keypad laptop jer...Selesai sudah Hari Raya Pertama, 1001 kenangan pada tahun ni...apa yang nak aku kongsi yakni perasaan menyambut hari raya di kelantan tanpa seorang sepupu yang mmg rapat dari kecil lagi....bermanja bersama, ianya seperti tidak lengkap tanpa Allahyarham Zulfadzli Md Nor...Hati sebak seketika semasa menziarahi kubur arwah...melihat tanah yang masih merah dan subur seolah2 baru digembur2kan....Namun disebalik bacaan yasin, aku menahan sebak dan kuatkan hati, tambah lagi melihat adik2 arwah yang begitu tenang redha dengan pemergian abang tersayang...Mak dan ayah arwah begitu tenang, namun sayu seketika apabila melihat baju raya arwah yang dipakai oleh ayah arwah sendiri....Suasana di kubur tenang dan tidak putus2 mulut dan hati ini memanjatkan doa dan bacaan surah yasin kepada arwah....

Ayah arwah yang termenung melihat pusara anak tersayang...
yang merupakan anak harapan dalam keluarga...

Dari apa yang diceritakan oleh ayah dan emak arwah....sungguh sedih dan menginsafkan....tragedi sebelum arwah meninggal benar2 menyentuh perasaan....

-Menurut cikgu arwah, sebelum pulang ke sekolah, terdapat tazkirah berkaitan akhir Ramadhan, dan mendoakan agar berjumpa lagi pada Ramadhan akan datang....

-Selepas tamat tazkirah, Arwah sempat bergurau senda dengan rakan2 bahawa, apabila aku mati nanti, korang usunglah jenazah aku ke kubur ramai2 yer...

-Arwah pada hari itu hanya membawa sebuah Al-Quran sahaja ke sekolah...sangat pelik..

-Arwah kelihatan seolah2 mengejar masa@mengejar sesuatu perkara, kerana pada kejadian kemalangan tersebut, ianya berlaku pada 2.15ptg, yang berlaku 1km sebelum sampai ke rumah arwah. Sedangkan menurut cikgu dan keluarga arwah, selalunya 2.30ptg arwah baru gerak pulang ke rumah...

-Kemalangan yang berlaku menyebabkan darah tanpa henti keluar dari telinga arwah...baju sekolah,tie masih lengkap...Hanya stokin terkoyak sedikit. Adik arwah adalah ahli keluarga yang pertama melihat jenazah arwah terlantar dalam keadaan begitu menyayat hati....

-Jenazah di usung oleh sahabat2 arwah, dan dibawa ke tanah perkuburan kg.Belukar yang jaraknya kira2 1KM setengah...tanpa menggunakan van jenazah, kerana memegang amanat arwah "Apabila aku mati nanti, korang usunglah jenazah aku ke kubur ramai2 yer..."


"Penceritaan semula oleh ayah arwah..."

Mudah2an Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham..
tidak putus2 doa dipanjatkan kepada arwah, semoga tenang berada disana..
Allah lebih menyayangi....


Aku tak dapat menahan sebak sebab tak dapat bertemu dengan arwah utk kali terakhir,
bahkan tak dapat melihat jenazah arwah pun...Arwah pergi begitu sahaja (24/8/2011)...
Lihat darah yang mengalir....
Dalam Hati Allah Saja Yg tahu...


Allah mengingatkan kita dalam ayat-Nya, “Katakanlah : ‘Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“ (QS. Al-Jumu’ah [62]: 8)


Kubur Atuk...(gambar atas)
Aku dapat merasakan bahawa keadaan trauma adik arwah masih tidak dapat hilang...
Namun kelihatan tetap redha dan berserah...
Lain pulak dengan adik arwah paling bongsu, darjah2, seolah2 tiada apa yang berlaku..
hanya sedih seketika..Mungkin masih kecil, dan tidak mengerti erti sebuah kehilangan....

Semoga kita sentiasa reda dengan ujian Allah dan bersyukur di atas segala nikmatnya. .....


"Lahirnya manusia disambut dengan azan, Matinya manusia diiringi dengan solat..

Alangkah singkatnya hidup ini.."



Amir 'Izzat
Kota Bharu,Kelantan.
30/8/2011, Raya Pertama,

Monday, August 29, 2011

Salam Lebaran 2011.

Assalamualaikum wbt....Sudah tiba masa untuk kita, umat islam di seluruh dunia menyambut kemenangan setelah sebulan berpuasa. Alhamdulillah, 30hb/8/2011 kita menyambut Hari Raya  :)
Kini aku berada di kampung nenek. Jalan Tapang, kota bharu, kelantan. Menyambut raya bersama sanak saudara, nenek tersayang, dan sepupu2 yang menanti2 kepulangan aku ke kg. 

Khas untuk entry ni, Salam Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan buat Ibu dan Abah tersayang, adik beradik tercinta, sanak saudara, kaum kerabat, Mak angkat di Sarawak, tak lupe jugak kepada Kawan2 aku yang mengenali diri aku, Bekas pelajar Sk. Seri Setia, Smk Sri Sentosa, rakan2 seperjuangan Institut Generasi 2009, dan yang paling dirindui sangat2 rakan seperjuangan di Politeknik Sultan Idris Shah, kawan2 DIB1,2, DIB3A,3B, IBFC Members,Kawan2 RPI, PRS, JPP, dan semua yang mengenali larrrr..........nak senaraikan semua manusia kat bumi ni pon boleh jugak...cehh...


Ok, dengan ucapan? 
Aku mengukir satu kuntum senyuman ikhlas,
And looked straight into your shimmering eyes,
Jari jemariku mula menghulur,
And my lips started to move telling that my heart ask for an infinite apology,
From you and the whole family,
For anything wrong that I've ever done....

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin..Semoga bertemu lagi kita pada Ramadhan Tahun hadapan dengan seorang mukmin yang terus berjaya, nafas yang baru serta kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia bersama keluarga dan masyarakat sekeliling.. :)


P/S : Esok aku akan upload kan gambar2 raya@kelantan kat blog dan Fb, 
Raikan kemeriahan raya 2011 bersama2...
Semoga beroleh kejayaan,dunia dan akhirat.
Assalamaualaikum..


Amir 'Izzat
Kota Bharu, Kelantan
29/8/2011

Friday, August 26, 2011

Yang Pergi Tak Kembali...



سْــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


KOTA BHARU- Seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Amat Maher, di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya dari arah Kota Bharu ke Cherang hilang kawalan dan digilis oleh kereta, petang semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, motosikal mangsa Zulfadli Md Nor, 16, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain sebelum mangsa terjatuh dan digilis oleh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.
Saksi kejadian, Zainol Aman Mohamad, 34, berkata ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai tayar yang hanya terletak 50 meter dari kawasan kejadian.
“Saya melihat sebuah kereta Proton Waja melanggar mangsa yang kemudiannya menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.
“Lebih menyayat hati apabila pelajar terbabit dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan setelah kenderaan terbabit gagal mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Md Nor Suradi, 49, dia hanya menerima panggilan mengatakan anak sulung dari tiga beradik itu, terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang.
“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di Telipot dan setelah menerima panggilan dari isteri saya, Fazillah Md Nor, 48, saya terus bergegas ke tempat kejadian.
“Saya amat terkejut melihat mayat anak saya berlumuran darah di atas jalan raya, namun saya kuatkan semangat demi isteri dan anak-anak saya yang lain,” katanya.
Katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perangai pelik dan sempat bersalam dengannya sebelum ke sekolah.
“Pagi tadi dia sempat bersahur tetapi tidak menjamah makanan hanya minum air sahaja.
“Jarak dari tempat kejadian ke rumah hanya kira-kira 500 meter, namun dia tidak sempat pulang dan dia telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga,” katanya sebak.
Sementara Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dari motosikal dan masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah kenderaan jenis Honda CRV dikatakan gagal mengelak apabila pelajar terbabit jatuh ke laluan terbabit.
“Kenderaan itu melanggar mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Keratan Akhbar 24/8/2011


Tiada lagi kenangan kita dipagi raya utk pergi ke pusara atok bersama2 macam dulu...
tahun ni, lepas ziarah kubur atok, kami sekeluarga melawat ke pusara awok pulak...
keluarga sentiasa mendoakan awok disana Ali...  

 

Air mata aku tak henti-henti mengalir terlalu sedih dengan berita kematian Allahyarham...Tersangat rasa sedih dan berslah tak dapat melihat jenazah untuk kali yang terakhir...Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Doa dan air mata tidak putus2 dipanjatkan kepada arwah mudah2an tenang dan dicucuri rahmat disana. Allah lebih menyayangi Ali....kita tak dapat beraya bersama tahun ni...dan yang sangat menghibakan ayat terakhir di facebook ni, benar2 menyentoh perasaan.....Semoga Allah kuatkan hati dan perasaan sanak saudara kami dalam menerima dugaan ini...


Ayat arwah yg terakhir pada aku sebelum meninggal...."Selamat Pulang''......

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Semoga Roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...

Ya Allah, ampunilah dosanya, limpahilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedudukannya, luaskanlah tempat tinggalnya mandikanlah dia dengan air salji dan air sejuk. Dan bersihkanlah dari segala kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan ahli keluarga yang lebih baik serta pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur serta ujiannya. Dan jauhilah dia dari azab neraka.


Kenangan terakhir Hari Raya 2010 Ali dan adik2 nya..

Allahyarham Zulfadli Md Nor (20 JUN 1995 - 24 OGOS 2011)

AL-FATIHAH..





Thursday, August 18, 2011

Rezeki Allah Melimpah Ruah...

Assalamualaikum, jumpe lagi....Bulan Ramadhan yang ke 17? Sekejap jer mase berlalu...Alhamdulillah, nikmat dan rezeki yang tidak putus-putus dari Allah kepada kita semua. Pada hari ini, merupakan sambutan Nuzul Al-Quran bagi seluruh umat islam di dunia yakni mengenang kembali sejarah mahupun peristiwa tatkala Penurunan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w lalu menjadi panduan hidup kepada kita semua sebagai bekalan di akhirat.

Harini jemputan berbuka puasa di rumah Ayah Long, ade sedikit jamuan makan berbuka puasa katanya, semperna meraikan cucu nya yang entah keberape puluh, aku pun tak pasti. Rasa malas yang teramat time dengar bahawa kita sekeluarga akan berbuka di sana, Namun kesabaran dan hati yang berat, ajakan si ayah aku turuti demi menjaga hati orang tua tu. Balik kerja, siap2 dan terus pergi. (Mata macam ade gam uhu) Tapi yang bengang sikit bila ibu ngan kakak2 aku tak ikut pon, masing2 dengan alasan tersendiri. 


Alhamdulillah, juadah berbuka puasa kat rumah Ayah Long tadi begitu mantop! Muka yang masam cuka asalnya berubah menjadi senyum kambing bila tengok kambing biri2 sedang digolek di atas bara api yang begitu hangat menusuk hidung di luar rumah. Wah....sedap ni!!! Belom lagi menjenguk juadah di "dalam" rumah!! Masya-Allah, Syukur dengan nikmat hari ini. Rezeki jangan ditolak :)


Namun menjadi adat orang kita, apabila berbuka puasa, penoh padat lagi padu makanan di atas meja ber++ dengan pelbagai jenis kuih muih, kurma yg pelbagai jenama, air yang pelbagai warna dan sama waktu dengannya. Turut serta aku sendiri yang begitu nafsu melihat keMEWAHan juadah...semuanya aku sapu.
Tapi pandangan aku lah, sedikit sedih dan macam termenung tengok juadah2 tu terbiar dan terlebih yang amat banyak sekali apabila kesemua perut sudah padat dan penoh dengan makanan. Kemana lagi kalau bukan 2/5 daripadanya dicampakkan ke tong samapah :( Itu jer yang aku dapat gambarkan. Mudah2an tidak berlaku pembaziran dalam majlis tadi..Sedikit bersyukur apabila tuan rumah membungkuskan juadah2 lebihan tadi dan diberikan kepada tetamu yang melangkah pulang. Syukur, sekurang2nya tak lah dibuang begitu saje.
(Yang penting kambing biri2 2ekor licin disapu..haha)


Ingat2 lah kita pada yang tidak berkemampuan, bahkan kebuluran, kering kontang dan berebut2 untuk mendapatkan sesuap nasi....Mudah2an kita yang mewah dengan limpahan rezeki ini, tidak lupa untuk menderma ++ menghulurkan bantuan pada mereka yang tidak berkemampuan ditambah lagi janji Allah pada kita yang akan melipatgandakan rezeki kita di bulan Ramadhan yang mulia ni hanya dengan 1 amalan mudah, yakni menghulurkan bantuan pada mereka yang kurang bernasib baik. :)) 
RM1 diberi ganjaran akan datang ialah RM5!! Allah maha pemurah...
Sampai disini saje coretan utk malam 18Ramadhan ni, aku doakan umur yang panjang dan rezeki yang berterusan dari Allah untuk kita semua, mudah2an diberkati dan diredhai sepanjang hayat.


Salam Ramadhan,
Amir 'Izzat 


 

Monday, August 15, 2011

MIGGU KE 7 (Part 6)

Assalamualaikum...pebenderrlah bosan sangat harini kat office...tak tau lar pulak nak jadi pegawai kewangan dan perbankan kene harungi moment2 bosan macam ni kan...Tak di bagi kerja langsong? Tak kan aku nak pi mintak plak? menadah tangan mintak kerja? macam tu? Hmmm....kalau fotostat tebal2 ker, edit2 ker, susun2 ker...kira bajet ok gak..? (tu semua dah setel, siap dihantar kat bekalan) 

AlKisAH boring sangat kite tambahkan koleksyen diary prektikel di Part yg ke-6?


The Best nyer buat muka selamber main game, kalo boring game bukak FB, tak cukup lagi bukak Blog..
kalo bosan gak, tukar shift ngn member aku, dia plak layan blog die....Aku layan infoklik yang tak seberape nak best tu...


Tapi tak semudah itu, bukan maksod aku tiap2 hari aku begini, mean tak der keje lgsong!! Melampau lar kalo tiap2 hari tak der keje kan....Isyk2 tak dapat nak bayangkan. Baru2 ni kerja mmg bnyk jugak lar..Event kalau ada kerja yang diberi tu, aku akan buat dengan sedaye upayer lar...tak der lar sampai bepeloh2 tu! tapi buat dengan fokuss dan penoh dedikesyen..itu maksod aku :)


Bayangkan lerrr....dari pukul 7.45pagi lepas jer bace doa feat nyanyi lagu KWSP...hingge nak ke balek! Aku dok layan Laptop jer...Tapi nak tak nak ini jer benda yg ade utk hilangkan boring? Malas nak cakap...Hilang tenaga aku macam ni...Mesin fotostat kat sebelah ni dah tak aktif macam awal2 time bizi buat pelupusan dulu.....Lagipon sume tu dah siap...sume dah lupus dan lupot expiet date..tinggal kenangan...


So, kalo boring sangat, kaki dan tangan mula merayap ke mesin ni godek2 ape yg patot seperti tambah kertas (walaupon mmg dah penoh), buat ujikaji mesin fotostat (seperti fotostat kulit buku log) tebok surat kabar tebal2 (ini selalunyer kerja member aku), dan sama waktu dengannyer...tu belom cerite begurau senda sambil usha2 blog orang... (-_-")


Akhir kata untuk hari ni, Kerja lah rajin2 utk siapa yang sedang bekerja tu...tak kesah lar kat Putrajaye ker, PPZ ker, CIMB ker, Bank Muamalat Indonesia ker, UiTM Shah Alam ker, PNB ker..Keje elok2 dan Selamat berpuase...Maniskan hidup dengan senyuman, kurangkan manis dalam minuman...
Boring lagi sebenanyer ni, tapi nak gi solat jap...so sampai sini jerlar ye! Salamualaikum. Salam Ramadhan..


Esok jumpe lagi......


BAJU MELAYU :)

Assalamualaikum ;) Alhamdulillah, baru pulang dari taraweh, disajikan pula dengan mee hun sup hasil tangan ibunda tercinta, nikmat sekali rezeki hari ni...Syukur dan terus bersyukur...

Al-kISAH menjelang lebaran yang bakal tiba dalam 2 minggu lagi, Aku mula memikirkan ttg baju melayu utk di pakai pagi raye nanti...IChewah! ikotkan tak payah beli pon tak per kannn..lagi2 lelaki mcm aku ni, yg tak pandai nak befesyen2 ni...hahahha....dah kalau nafsu tu, nafsu jugak....tambah pulak mak aku adelah insan yang paling supportive ttg pemakaian aku....asyik tanyer baju raye jer kan...So,Orang kate rezeki jangan di tolak!!! SO!
LETS GO KITE PEGI OMAR ALI!!


Butik Omar Ali kat Kuala Lumpur (depan masjid jamik International, bangunan wisma yakin) sejak 1935..
ni antara butik dia yang tertua selain dekat TTDI, ALAMANDA, SACC, PLAZA ANGSANA...Aku tak kesah pon butik die kat mane...janji dapat beli...
lepas solat jumaat aku ngn member aku terus datang sini nak ambik baju melayu yang dah CHOP awal2..

Aku kene cop awal bukan ape, saiz S cepat habis, faham2 lar kan...
itu lah critenyer...Akhirnye, tawar menawar...dapat lah Harge kurang....220 sepasang..
Terima Kaseh kat mak aku sbb dia support separoh harge....cium sikit..
2 tahun berturut2 rekaan Omar Ali ni aku pakai pagi raye...
Berbanding butik BAK, dan sama waktu dengan nyer, aku lebih prefer Omar Ali ni sebab jahitan dan kain die mmg mantop dan best gile bile pkai...Maksod aku kepuasan lar....Myb pengalaman die dari 1935 dok reke baju melayu jer kan.....Dah macam buat iklan raye pulak..



Anyway sambutan hari raya bukan terletak pada baju yang aku nak pakai ni..tapi kesyukuran dan kejayaan umat islam seluruh dunia, selepas sebulan kita berpuasa.....Kadang2 makin dewasa, kemeriahan menyambut Hari Raya tu kurang dirasai sikit, tak taular kwn2 yg lain mcm mane....Tahun ni sebatang mercun pon aku tak sentuh!! bahkan aku nak balik kelantan tahun ni pon malas sgt....Ngeri rasenyer..

tak perlah....yang penting, persiapan raya tahun ni mudah2 aje....korang plak mcm mane?
Salamualaikum, Salam Aidilfitri buat semua :) 


Kad Raye tahun ni kurang mendapat sambothan sebab teknologi mendahului segale2nyer...

P/S : DaTaNg UmAH AkU rAyE Ni JgaN LuPe...
BaJU rAye aKU Warne KelAbU..
bALik KamPuNG jANGn LaMe-LaME...
NntI kEnE bUanG KeJe BarU tAU....

1 & 2 September kite buat cuti sendiri..





Friday, August 5, 2011

Jadilah Orang Yang Tabah~


Assalamu'alaikum wbt...Selamat pagi geng...
Kata-kata yang indah daripada Prof. Dr. Muhaya untuk dijadikan panduan oleh kita semua:
Bersyukur kepada org yg menyakitimu kerana dialah yg telah menabahkan hatimu
Bersyukur kepada org yg menipumu kerana dialah yg telah meningkatkan pengetahuanmu
bersyukur kepada org yg tidak mengendahkanmu kerana ia mengajarmu berdikari
bersyukur kepada org yg menjatuhkanmu kerana ia yg meningkatkan kredibilitimu
bersyukur kepada org yg menyiksamu kerana dia yg menguji kesabaranmu ....
*Semua cabaran dan masalah yang timbul dalam hidup kita adalah satu peluang untuk kita meningkatkan taraf di sisi Allah. Ia juga untuk kita memperolehi skil baru yang amat berguna dalam mencapai satu kejayaan yang besar...
P/s : Pagi2 sahur lagi aku dah kene marah ngn bapak aku...bad mood harini...ape ntah...die sound kaw-kaw punyer! makan dalam kot...hUh!

Monday, August 1, 2011

Kenikmatan di Hari Pertama, 15 minit sebelum berbuka :)

Alhamdulillah....laungan azan di telivisyen disusuli azan di surau Nurul- Hidayah menandakan waktu berbuka puasa di seluruh wilayah perseketuan. Hanya Allah sahaja yang tahu hati hambanya ini yang amat bersyukur dengan kenikmatan puasa di hari pertama tambahan pula juadah berbuka yang "MashaAllah" tersangat lazat dan istimewa, hasil tangan ibunda tercinta. Syukur pada Mu ya Allah...Tak dapat diluahkan dengan kata2 melainkan kesyukuran yang tiada penghujung.


Namun disaat 15minit menanti waktunya bebuka...aku terbayang zaman-zaman lepas yang aku lalui dimana pengalaman berpuasa jauh dengan keluarga tersayang, malah serba kekurangan dalam juadah bebuka...ala kadar sahaja, tidak semewah hari ini...berebut2 untuk membeli juadah berbuka, bahkan lambat sikit! licin semua makanan dan lauk pauk. nak tak nak saki baki pun dirembat jugak. Itulah pengalaman zaman berpuasa di kampus bersama kawan2. kadang2 berbuka pun sorang2 jer....

Lain pula cerita ramadhan di tahun 2009? Berpuasa di KEM PLKN BUMIMAS, Sarawak...Nikmatnyer berbuka dengan kawan2...suka duka di perantauan, Bazar Ramadhan dan juadah yang pastinya berbeza dengan keadaan dan hidangan di semenanjung...kalau tak silap pukul 5.30 dah pun berbuka puasa..itulah yang menariknya di sabah dan sarawak..Namun semuanya telah berlalu...tinggal kenangan...



Dan kini Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dengan penuh kenikmatan rezeki, tubuh badan yang sihat, daya ingatan yang masih kuat untuk mengimbau masa silam yang penuh dengan pengalaman pahit dan manis, yang menyusuri kematangan diri dan yang penting! tahun ini berpuasa dalam situasi seorang pekerja finance...! :) Mudah2an Ramadhan yang mulia ini memberi seribu makna bagi diriku, keluaraga, sahabat dan seluruh umat Islam di seluruh dunia...Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan aku ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

P/S : Masih adakah hari-hari esok untuk kita bersama lagi dengan Ramadhan? Tak seletih mane berpuasa hari ni, tiba2 dah berbuka :)