Saturday, July 30, 2011

Kesah Taring Tumpul & Ego Rajagobal.

Assalamualaikum....akhirnyer blog ni diupdate jugak lepas dah seminggu terbiar tanmpe cerita...mane tak nyer dekat office bukan mase yang sesuai utk aku update...facebook boleh lagi, tambah pulak kerja dekat office tu menimbun dia bagi, macam lar aku ni dah 20 tahun kerja kat situ...tapi tulah, bile tak der keje langsung, aku boring..rase mcm nak mintak kerja, tapi bila dah dapat kerja! ambek kau....tak terbuat...tambah lagi laptop depan mate...asyik2 nak main game...kutip duit banyak2 nak beli askar, dan yang penting meluaskan lagi EMPAYAR AMIR!! utk serang member2 aku...haha..

Nampak? sikit2 nak serang aku! tgok nanti! TTEETT BTOL...

Harini dah hari sabtu?...benanyer nak share sikit pengalaman time tgok bola Malaysia VS Singapondan khamis lepas...bukan ape, harapan aku (bukan aku sorang, tapi seluruh rakyat Malaysia) inginkan kemenangan utk skuad negara pada malam tu....tapi sangat hampe dan kecewa..bahkan rase macam nak menangis bile Harimau Malaya tumbang sekadar 1-1 dengan singapondan...mmg tak fair game malam tu... Harimau Malaya pon aku tgok alahai.....malas nak cakap..sebab aku bukan nak buat ulasan sukan kat sini...
tapi perasan tak? lepas kekalahan malaysia malam tu......
banyak pg pg kat facebook yang mengutuk Rajegobal?
yang begitu ketara tgok kat wall ni...korang nak LIKE pon boleh..hahah...



Ok lar...tak more gadoh2...Walopon mercun ngn botol air mcm hujan dekat stadium malam tu...aku ngn member2 aku still cool jer...Lemah tenage menjerit2....tapi yang jerit paling kuat time Gol pertama dari Super Sali....Hanyer yang ade kat stadium dapat rase kehebatan dia....Meriah giler....anak tekak rase nak tekuar..telinge aku pon dah naik pekak dubuatnyer....tapi semua tediam dan rase sangat kecewa bile Singapondan menjaringkan gol penyamaan tak lame kemudian.... :( too sad... mmg kecewa sgt mlm tu...

Apepon Rakyat Malaysia tetap memberi sokongan padu malam tu...
Kami Mohon Doa...Malaysia Berjaya....
Tapi....Tak berjaye jugak...tang mane yang silap tu...
Thanks kat member2 yang besame2 berjuang merempuh stadium malam tu...
Best giler..hahaha....Abelan and the geng, zamer & mirol...

Muke ni muke baru balik dari office....
Apepon sempat mandi kat umah sewa....Parking baik punyer kat Sg.Besi...
Kitorang tak kesah! Ngantok dan keletihan di tarok tepi demi Harimau Malaya malam tu..
Nampak tak betape semangat ayat2 aku? kahkah.....(adik aku lagi semangat tau!)
Balik dari stadium malam tu, badan lembik macam Sotong...

FOKUS dekat Bendera Malaysia tu...
Bendera tu besar giler!!! dan penyokong kat bahagian tu paling mantap dan bsemangat gile!! 
tabek springgg kat diorang...
100% MALAYSIAN NO FOREIGN ..

RASEKAN RUMPUT SEBENAR....!!!! Pahit ke manis?
SINGAPONDAN U ARE LOOSER tau tak!!

Lastly...tutup cerita tentang perlawanan Harimau Malaya....jumpe lagi 2018...Lame lagi woii....
Zamer dah kawen 3 agaknye....Itulah yang dinamakan adat perlawanan...ade menang ade kalah...
Always Support HARIMAU MALAYA~~~

P/S : Harini ngn semalam 29 & 30julai SOGO buat Sale gile2 around 90% utk customer yang ade kad SOGO!! Jalan sekitar KL pon jem gile babi,....Tapi agak sedikit sodehh sebab aku tak pegi atas alasan "TAK DER REZEKI" member aku pon balek melaka, ingt leh pegi ngn die....
Tak kesah lar..tu semua dunia semata2....hahah.
Assalamualaikum...Selamat Berpuasa kawan2... :) 
Rumpot tak leh makan...










Wednesday, July 27, 2011

Buat Saudaraku Anggota Polis.

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuh...Harini aku bersiaran langsung dari tingkat 17, KWSP Raja Laut..Nak share sebuah cerita, tapi bukan dari penulisan aku, nak tau siapa penulisnya? Baca sampai habis :) 
InshaAllah, ada manfaat bersama...


p/s : Esok pegi stadium~~Go more Harimau Malaya~~


Buat Saudaraku Anggota Polis...




Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.

Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas.

Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.


Polis halang bersih serahkan memo

Cegah kemungkaran

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis - sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu 'Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran'.

Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu 'Mencegah Kemungkaran'. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum.

Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya): “Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan"(Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda: “Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.


Polis patahkan kali perserta bersih

Bahaya kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.

Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya.

Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.



Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara.

Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri.

Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan.

Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa.



Doa orang dizalimi

Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi SAW: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya" (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain: "Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).


Al-jazeera news

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya 'apakah salah saya?'. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan.

Tunggu balasan

Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya): “Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil.

Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya.

Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w: "Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk" (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga: "Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat).

Arahan atasan

Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya" (Riwayat al-Bukhari).

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan 'atasan'. Maka, mungkin ada yang berkata 'kami hanya menjalankan tugas'.

Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu 'Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik.

Kata 'Umar bin Hubairah: “Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama?

Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai 'Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit.

Tanggungjawab kepada Allah

Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid. Wahai 'Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat.

Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai 'Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor 'Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa 'Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak.

Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil.

Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Jul 26, 11
3:57pm


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.



P/s : Dekat stadium time pegi tgok Chelsea lawan haritu ramai sgt abg polis...misai gulung2....demi menjaga keamanan negara..

Sunday, July 24, 2011

Chelsea vs Malaysia..

Assalamualaikum...baru lepas tengok game Malaysia Vs Singapore tadi...tgok kat umah jer kali ni...tak der duit nak pegi Singapore tapi InshaAllah kalau ade rezeki, 28hb ni, same2 kite turun bukit jalil...tebus kekalahan 5 - 3 ke atas Singapure...Sebenarnyer nak share sikit gambar2 time pegi tengok game Asia Tour 2011, Chelsea Vs Malaysia aritu..sory lar,lambat update...Mane tak nyer asyik buat2 bizi jer...Ok, jangan banyak cakap...aku bukan nak jadi pengulas sukan malam ni,sbb korang sendiri tgok live dekat astro kan.. just nak share memori begambar jer...so..lets enjoy the game... :

Jangan ditanyer..kenape aku beli tiket yang semurah ini...
tekopak jugak dompet mak den nak tunaikan permintaan den ni...
disobabkan baik hati....tiket dibeli sebanyak 3 keping..
Arsenal ngn liverpool tak sempat gi stadium..keje banyak..che..poyo..

Bagi mengelakkan mengantok @ tak der tenage nak rempoh pintu LRT kat bukit jalil nanti, 
aku ngn member aku ambek mase 30 jam minit utk tido kat ofis...
Baik punyerrr...

Kemeriahan kat stadium tak terkate...
80ribu penonton membanjiri stadium malam tu...
awal gak aku sampai...shoping2 dulu..

Baju ni menjadi pakaian rasmi aku time pegi stadium...
Limited Edition...same dgn gambar profil Fb aku? jgn men2!

Sebelum masok stadium...aku sempat begambar ngn Tedy Bear Celkom...
Fatin Afiqa Fam cakap gambar ni comel...hahaha...
bear tu pompuan kot? aku pegang tangan die lembut semacam?

tiket mahal port kami betol2 tepi tiang gol....
so mmg Chelsea tak gol sebenanyer.....
jgn mimpi...

Sipi lagi....time ni yang buat anak tekak aku nak tecabot menjerit ni....
member aku kat tepi cool jer...sengal die tu..

Mamat ni semangat kot....
We love Malaysia...but We hate the Government..

Mamat ni lagi larr semangat....bagos adik aku ni...
macam pom pom boy dah...

Rehat utk mase ke2..kitorang bedal MekDonel....
MekDonel ade di mane2....hahaahah...
Nasib Prosperiti tak kuar lagi...
kalo tak.....Anelka naik mitak sikit kat aku..

Lastly nak cakap..walopon Harimau Malaya tewas disebabkan refree buta..
but game malam tu ok jugak lar...Malaysia main pon macam suam2 ubi...
yang penting tekak aku dah kering...macam2 ayat aku dengar dari kiri kanan telinger aku..
CONTOH?

Sengal gilerrrr.....
Bodoh gileerr....
Main lar betol2 bangang....
Pebender die main ni bodoh.....
Booooo.....
Palehotak dieee....

Dan macam2 lagi ayat yang tak patot keluar dari mulot...
sume tekeluar malam tu...Apepon...
Sokongan padu ttp untuk NegaraKu Malaysia~~~
Jumpe di Bukit Jalil 28hb nanti..InshaAllah...
Assalamualaikum..




Saturday, July 23, 2011

Together Toward Excelent..

Assalamualaikum? arini ari sabtu...panas terik kat luar...macam biase, sejak jadi sukarelawan kwsp ni...tiap hari sabtu jer...aku lepak kat umah rehat @ tido puas2...nak pegi jalan pon tak der mood tambah lagi duit dah makin susut dalam dompet ni...tapi aku bace ststus fb budak2 tadi kate ptptn dah masok? Kalau betol dah masok... Alhamdulillah....


Dahlar mer....tak yah nak fikir benda2 mcm tu lar....Dunia sementare jer....Ok, benanyer bukan ttg duit, bukan ttg dunia apekejadah sume ni yg aku nak cerita.....nak cerite ttg ade orang tu dah ade blog? die dah pandai main blog skang? hahaha....tak der lah...just kidding jer...Aku support dia menulis...payah ar nak cerite....haha..Lagipon bagi aku, medium utama bile kita ade blog ialah bukan sahaja untuk bercerita ttg manusia (jauh sekali utk berfoya2 ajer) tapi jugak untuk menyampaikan berita2 yang baik dunia akhirat...baru otak bejalan sikit? hehe...
ko jgn fikir afa jer mer? hak3..


"apa niat kita untuk berblog, kalau blog sekadar bersawang dan dibiarkan sahaja. Gunakanlah blog ini untuk memuat dan mencetuskan ilmu.  Bagi yang dah pun memiliki blog, kemaskinikanlah blog dari semasa ke semasa kerana ia merupakan tanggungjawab dan amanah yang akan ditanya di akhirat kelak.  Jangan jadikan blog seperti telah 'kematian' tuan.." Komen ustaz Hasrizal

Terkene jugak dekat batang hidung aku ayat Ust.Hasrizal ni...hahah....Ermm pandai2 lar kite yer.......mesti Blogers semua nak usha2 blog member aku ni kan? KLIK SINI untuk usha..
Amacam?? Baru lagi...baru nak membina...lepak dulu...saje bagi support kat budak ni...anyway selamat berblog...jangan jadi Kelembai sangat...??
Salamulaikum, selamat berhujung minggu....

Ayat dia kat blog :  Sebenarnya yang aku rase macam buang mase laaa juga...Dok mengadap benda ni je Tapi, x taw kenapa aku teruskan juga... bak kate pepatah "Alang-alang penyEluk pekasam Biar Sampai ke Pangkal Lengan".....
MUNTAH MER ?


P/S : Jari-jari kita akan menjawab apa yang kita cari dan apa yang kita tulis :) InshaAllah ade manfaat bersama...Selamat menulis kawan...

Friday, July 22, 2011

Satu Berita Seribu Interpretasi...Malaysia-Lah~~

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.


Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!" 

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster." 

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi." 

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Amir 'Izzat - "Memikirkan tahap kelajuan beca di Melaka.." Budak Poli tak ambek kesah? 

Creadit to : KAHUNA ~ 

Wednesday, July 20, 2011

Salam Takziah buat Sahabat..

Assalamualaikum...tadi ptg lepas solat asar..macam biase bukak laptop (elakkan tidor ptg) layan jer kan....Sekali tekan NEW FEED dekat Fb..Ade terbace ucapan takziah untuk sorang kawan baik aku ni..

Al-Fatihah . .
Salam takziah buat sahabatku Mr.Iqram Lutfi aka Ejat diatas pemergian ibunda tercintanya ..Semoga ibunda Ejat akan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman hendak-Nya dan semoga Ejat dan keluarga tabah menerima ketentuan dari Allah S.W.T.Daripada-Nya kita datang dan kepada-Nya jua lah kita kembali..

Sayu jer hati aku bile dapat tahu sahabat aku, Ejat baru saje kehilangan ibundanya yang tersayang....tersentuh hati aku mendengar berita ni,aku tau..banyak usaha kau selama ni utk menemani ibu kau sepanjang dia sakit...sampaikan sanggup tangguhkan semester...tapi InshaAllah, ade hikmah disebalik semua yang berlaku,


banyak bersabar dan beristhifar. Yg pergi tu biar Lah ia pergi, kita yg masih hidup kt dunia nie perlu trus kan perjuangan kite. tabahkan hati jat..Aku dan kawan2 mendoakan smoga arwah Ibunda kau ditempatkn dikalangan orang2 yang beriman..


 Maaf jat...Kawan2 tiada di sisimu ketika kau dlm keadaan yg memerlukan....Namun, Aku kat sini sentiasa mendoakan kekuatan utk diri kau...Al-fatihah.

p/s : Kehilangan orang tersayang lebih2 lagi ibu yang melahirkan kita, mmg satu dugaan yang  amat besar dari Allah...Ya Allah, Panjangkan umur ke2 ibu bapaku.. 

Saturday, July 16, 2011

Nisfu Syaaban..

Assalamualaikum semua?..Alhamdulillah pejam celik 16 julai hampir berlalu...bacaan yassin sebanyak 3x diiringi doa dan zikir memuji kebesaran Allah di surau Nurul-Hidayah tadi benar-benar menyentuh hati dan perasaan aku untuk terus beribadah dan menyesali dosa-dosa lepas..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui Segalanya..Berkongsi dengan pembaca malam ini, berkaitan :

Peristiwa-peristiwa penting di Bulan Syaaban, 
inshaAllah ada manfaat bersama :)

1. Malam Nisfu Syaaban
Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya : "Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" Kata saya (Nabi Muhammad SAW): "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" Dia (Jibril) menjawab: "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."
Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: "Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat
Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.
Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.
Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.
Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.
Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.
Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')
Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.
Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.
Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.
Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.
Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.
Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.
Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.
Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.
Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.
Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Hukum Tengok Wayang.

Assalamualaikum semua... 2 3 bulan ini, banyak cerita-cerita yang best di tayangkan di panggung wayang... adapun begitu,, tahukah korang semua hukum tengok wayang???? tgv? mbo? gsc? ape2 lar...

Nak tau??? jom baca entri yang di postkan nie..

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :
لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به. وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya. Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memunafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik. Ada juga yang menyalah gunakannya yang boleh menggalakkan jenayah, seks, tekanan psikologi, etika dan korupsi sosial didalam masyarakat.

Sumber : Koleksi Soal Jawab Agama
Edited by : Amir Izzat



p/S : Last tgok wayang cerita KL gengster..dengan kawan lelaki :)

Tuesday, July 12, 2011

Menuntut kesabaran yang tinggi adelah perkara biase dalam hidup ini.. 12JULAI011

Assalamualaikum :) Aku baru jer balek dari keje pkul 6.30ptg tadi..knpe lmbat jgn tanyer..dah memang jalan kat KL ni tak pernah tak jem...SABAR jelah...Lepas balik tadi aku terus mandi sepuas2nyer...lepas solat asar, aku merenung 3 perkara yang dah berlalu pada harini...


1)Al-Kisah pagi tadi time nak keluar pegi keje dalam pkul 6.45pagi...ade kereta blok kereta aku, so mcm biase, terpakselah aku tolak..tapi kali ni tolak sekuat hati sampai tekeluar urat hijau aku...kereta ni still tak gerak2! Oh!! SubahanAllah...awal pagi dah dapat ujian dari mu ya Allah..rupe2nyer kereta tu tarik HandBreak die...so? mcm mane aku nak keluar pi keje ni? Dipendekkan cerita, dengan menggunakan akal yang tak seberapa nak cerdik..aku pon menyusur keluar di celah2 kereta lain, muat2 sangat! dan sedikit kecewa...hasilnyer..ade sedikit kesan calar di sisi kereta aku :( but aku gosok2...calar tu pon hilang..Alhamdulillah...Amazing lar jugak kan..pepagi bute kikis kesan calar tepi jalan... :) SABAR jerlah dengan kereta yang blok aku tu...sampai ptg tadi aku balik keje..kereta tu still tecangok kat situ tak gerak2..betol2 nyusahkan org lain.


2)Satu lagi cerita yang benar2 menuntut kesabaran. dan bagi aku ni bukan calang-calang lagi. Al-Kisah dalam pukul 12tengah hari waktu bekerja...sedikit perselisihan faham antara aku dengan member aku ni...mane tidak nyer, dia hanyer fotostat then? campak gitu jer kat aku, pastu tak susun ikut fail yang sepatutnyer...aku boleh sabar lagi selama ni, sbb memang kite asyik bagurau jer..tapi jangan sampai buat aku bengang sangat. Ingat SABAR tu ade batasnyer jugak. Aku dapat rase yang darah aku mengalir ke otak sebab terlalu bengang...menggigil rase nak tumbok pon ade..suare aku ngn suare die makin kuat, masing2 nak menang....Puan Haida kat blakang tu sabar jer...terpakse buat pekak. But really aku cakap yang perselisihan faham tadi buat aku betol2 tercabar...panas muke aku dibuatnyer..So, tepat pukul 1ptg..keluar rehat dengan hati yang masih membara..but aku cuba tahan jugak...2 2 diam tak becakap....Lastly makan KFC kat Maju, baru lah hati aku tenang sikit...sambil amaran dikeluarkan.."Kau jangan buat keje macam pan! kalau aku tak sabar tadi..aku tumbok jugak muke kau kat situ..." kemudian disusuli dengan gelak ketawa dan gurau senda...Reda sikit kemarahan tadi...errr....


3)Time balik pulak...aku hampir2 terlanggar dengan kereta yang nak buat u-turn depan KFC kuchai...dia lambat sangat..nasib aku sempat break!...tapi mmg cemas time tu..sipi 0.3 lagi nak langgar bontot kereta die...lalu HONNNN dibunyikan sekuat hati......POOOOOOOOOOONNNNNNN....Sabar jelah..


TIGA perkara yang aku renungkan lepas solat asar tadi...dan catatan kat blog ni sebagai diary peribadi...aku tak pernah kate yang aku ni bagos...sedangkan aku ni merangkak baru nak belajar mengenal dunia...aku tak pernah belagak, tapi fahami aku sebagai seorang yang mudah emosi dan sedikit pendiam, kita boleh bergurau tapi biar ianya seimbang dan pandai menghormati orang lain...Mintak maaf dengan segala kekurangan ajar aku dekat seksyen bajet harini...Tibe2 perangai makin menjadi2..Entah mane silapnyer...Beribu ampun aku pohon utk harini....InshaAllah hari esok lebih baik dari hari ini...Mulekan pagi mu dengan zikir Bismillah :)


P/S : Belum cerita serabot dengan kerja2 kat ofice lagi? Penat lagi? Mengeloh jekeje aku ni..cehh!