Thursday, June 30, 2011

1 2 3 4.....(Part4)

Assalamualaikum :) Lame gak tak update blog...Sebab ape? Sebab bizi manjang dan penat giler...tak terlayan Blog2 ni der...yang penting senarai urusan aku untuk bulan JUN semuanyer dah di'Setel'kan...Itu yang sangat melegakan aku. Alhamdulillah...Apelah lagi yang difikirkan oleh aku dan juge kawan2 seperjuangan di PSIS, selain daripada menghitung hari untuk ke Latihan Industri...Yes! ianya hanye tinggal lagi 4hari. Oleh itu, persediaan demi persediaan aku prepare lebih awal agar, masalah yang tak diingini tidak berlaku 
"Last-last minit"...So? Aku mula menyelongkar benda2 yg dia mintak...
Semuanya still dalam kotak lagi...Pencarian bermule...Ape yg dia nak? Ape yg aku jumpe?


Surat Pengenalan Lapor Diri..

Pasport kegemilangan...Muke tindih sebab muke MSK dah kabor..haha..

Buku Cerite "Kure2 dan Sang Arnab" edisi 2011..

Keputusan SPM 2011..

Resume yang "Indah Rupe daripada khabar"...Cerite gempak jer, entah betol entah tidak..

Ok apelagi die mintak? Gambar bersaiz pasport? x der hal...sume dah setel...

So, Kesimpulan yang aku boleh buat...semua dokumen aku dah ready-made...tinggal nak gerak jer..Baju pon dah siap tergantong? Bapak exaited aku ni kan? Hahaha...
Kasot pon baru beli selasa lepas..Terbaek dari ladang wei..
Apa yang penting semagat baru sebagai seorang pelajar untuk membawa imej Politeknik kepada Syarikat KWSP yang terbaik! :) Dan yang penting? Aku tak berseorangan!!!...Ditemani oleh President Persatuan Sengal Malaysia..Sapelagi kalo bukan Encik Muhd Zamir Zainal Abidin..


Lihat saje muke kami yang ceria Tom2 Bak gerak geri gasing lagi bersemangat ni..Pasti Jabatan Kewangan tu semakin happening mcm tongkang pecah nak jage budak2 hingus mcm kami ni!..Herr...Jangan lar buat hal yang bukan2. Pepandai lar nak hidup..
"Masok kandang kambing mengembeekk..Masok kandang harimau mengauumm..?"

Akhir kate dari aku...KON kat bawah ni bukti yang aku dok pegi belegar depan kwsp tu buat rondaan berskala, sebab dah terlalau dekat dengan tempat aku bekeje skarang ni kan? Tiap hari dok pandang bangunan tu...Ni jelar yg aku mampu tangkap...sebab ade polis jaga kat dalam..
nanti ingt aku nak rompak plak ek?  


Myb ni entry last tentang sebelum praktikel..Nanti aku rajin, dan InshaAllah ade mase terluang time dah start praktikel nanti, aku update2 "Pengalaman" aku sepanjang 6Bulan bekerja,Setiap perjalanan itu pasti ade pengalaman yang bermakna? Mudah2an ianya membawa seribu makna kepada aku. Begitu jugak utk kawan2 yang se"semester" dgn aku, Aku ucapkan semoga korang berjaya,! Ok!! Jumpe Lagi kat entry yg akan dtg! by3!


Assalamualaikum..... :)



SALAM PERJUANGAN,
Amir 'Izzat



Sunday, June 26, 2011

ANEKDOT DARI MAHKAMAH...

Assalamualaikum? Bagitahu aku Peguambela yang korang rase hebat sangat kat Malaysia ni? Karpal Singh? Sankara Nair? Amir 'Izzat? Othman & Co? Pakcik Aku pon kene gak... Pernah dengar Lawyers Talk? Sumber Entry ni bukan dari situ, tapi dari Utusan Malaysia..Kreadit kepada Utusan..Walaupon berita dari Utusan semua x leh percaya dan 24Jam mengutuk Parti Pembangkang...Ni jelah kot yang terbaik bagi aku dalam Utusan harini, So, Mohon ditaip semula utk manfaat bersama...
Apepon Enjoi dengan ANEKDOT DARI MAHKAMAH :)
  Baca dan fahmi situasi betol2 sbb ade yang sukar difahami.


BEZA PEGUAM YANG "BAGUS" DAN YANG "TERBAIK"


Apa perbezaan antara peguam yang bagus dan terbaik? Peguam yang bagus mengetahui peruntukan undang-undang, peguam yang terbaik "mengenali" Hakim.


HUTANG RM 500, MINTA RM 1000


Seorang lelaki pergi menemui peguamnya dan memberitahu bahawa jirannya berhutang sebanyak RM500 dan enggan membayarnyer.


PEGUAM : Awak ade bukti dia berhutang?
LELAKI : Tak der lar pulak?
PEGUAM : Kalau macam itu, awak tulis surat kepadanya dan minta dia bayar kepada awak sebanyak RM1000.
LELAKI : Eh! Tapi dia hanya berhutang RM500!
PEGUAM : Betul, apabila dia memberikan jawapan sebegitu, kita sudah ada bukti yang diperlukan.


KENALI PEGUAM ANDA


Anda tahu anda mempunyai seorang peguam yang teruk apabila :
1-Peguam anda memberitahu dia tidak pernah berbohong
2-Rambot anda sedang dicukur oleh pengawal penjara
3-Terdapat satu papan tanda besar di pejabatnya dan tertulis "Jangan Tanya Aku!"


PENIPU DAN PEMBOHONG 


Satu hari di mahkamah : 
PEGUAM A : Awak Penipu!
PEGUAM B : Awak Pembohong!
HAKIM : Bagus! Kedua-dua peguam telah memperkenalkan diri masing-masing, jadi boleh kita teruskan dengan kes.


JENIS SPERMA YANG DIKETAHUI :


PEGUAM : Sperma yang ditemui adalah sperma lelaki.
SAKSI : Itu saje jenis yang saya tahu.
PEGUAM : @#$%&(**&^


UNDANG-UNDANG PELIK DI DUNIA :


1- Di Hong Kong isteri berhak membunuh suami yang curang dengan tangannya sahaja, namun dia dibenarkan membunuh perempuan yang bersama suaminya itu dengan apa cara sekalipun.


2- Setiap kanak-kanak yang lahir di bandar Llanfairpwllgwyngwllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch di Wales, diwajibkan tahu mengeja nama bandar itu selepas umor mereka mencapai 6tahun dan wajib mengetahui cara menyebutnya pada umor 34Tahun.


BINGUNG MENCARI JAWAPAN TEKA-TEKI :


Dalam satu penerbangan dari Loas Angeles ke Malaysia, seorang gadis cantik duduk di sebelah seorang peguam yang bijak. Sebagai usaha menarik perhatian gadis yang ternyata kepenatan dan tidak berminat untuk berkenalan, Peguam tersebut mengajak gadis itu untuk mencuba teka-teki.


PEGUAM : Kita bertukar teka-teki, kalau awak tidak boleh jawab soalan saya, awak kena bayar RM5, kalau saya tidak dapat menjawab soalan awak, saya bayar awak RM500.
Gadis tersebut menerima cabaran itu.


PEGUAM : Berapa jarak di antara bulan dan bumi?
Gadis tersebut dengan selamba membuka dompetnya dan menyerahkan RM5 sebagai tanda kalah.


PEGUAM : Giliran Awak.


GADIS : Haiwan apakah yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki?
Terkrjot dengan soalan tersebut, peguam itu terus mengeluarkan komputer ribanya dan cuba mencari jawapan di internet, tetapi gagal. Peguam muda itu turut menghantar e-mail kepada rakan-rakannya yang bekerja sebagai doktor, peguam, saintis dan ramai lagi tetapi tiada siapa yang mengetahui jawapannya. Peguam itu akhirnya mengalah, lalu mengejutkan gadis yang telah tidur dan menyerahkan RM500 sambil bertanya "Apakah jawapan bagi teka-teki tersebut?" 
Gadis itu sambil tersenyum, menyerahkan RM5 kepada peguam itu sambil menyatakan "Tak tahu!" 


P/S : PLACE OF JUSTICE!!! Assalamualaikum....

Saturday, June 25, 2011

Punca Sebenar Penjara Pudu Ditutup??? Betul Ke Cerite ni?




Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur

di suatu ketika dulu.. Hanya

boleh disebarkan pada orang2

tertentu sahaja...

Admin Blog ni pon mintak kebenaran orang "penting" dia dulu..



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu

pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik

Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara

Pudu ditutup.



Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia

merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat

sebelum menjalani hukuman gantung

sampai

mati pada keesokan harinya dibilik

gantung.


Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah

dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan

berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang

lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat

menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka.



Menurut kata

warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu sewaktu proses

pengosongan Penjara Pudu dijalankan,

mereka sering terdengar suar a-suara

sayu meminta tolong, suara orang

menangis dan bermacam-macam lagi

dari Bilik Terakhir tesebut.



Tak kurang juga ada diantara warden yang

terlihat seekor kambing hitam

sering masuk menembusi pintu bilik

itu tanpa dibuka dan kemudian tidak

pula kelihatan kambing keluar semula..



Ramai bomoh dan pawang yang

dipanggil bagi memulihkan bilik

tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang

sering kedengaran diwaktu malam

dari Bilik Terakhir itu adalah

akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram

kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu

malam Jumaat ketika hujan

renyai-renyai seorang warden telah

ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir"

itu. Ketika sedang berkawal

kira-kira lebih kurang pukul 01:00

pagi beliau terdengar seperti tapak

kaki sedang berlari-lari berhampiran

bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk

melihat apakah bendanya itu.Sedang

ia mengamat-amati maka terlihatlah

dalam kesamaran seekor kambing

hitam sedang menuju kearah Bilik

Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor

kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan

juga diri menghampiri Bilik

Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati

pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa

gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga

diri memasuki pintu gua yang

samar-samar itu sambil meninjau-

ninjau didalamnya jika terlihat akan

kambing tadi. Apabila apabila sampai

je kedalam gua tersebut alangkah

terperanjatnya ia bila didapati

banyak harta karun dalamnya.... Ia cuba

mengambil harta itu tetapi tiba-tiba

hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang

mengerikan seraya berkata,









"Heyyyyyy manusiaaa.. Jangan awak

sentuh harta itu.. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad

Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang

punyaaaaaa ... "





udah tuuuuuuuuu.. ...... peeee buat keja.......... ......... .....





Tahniah kerana minat dan sudi membaca. "Silent Reader" sgt kan?




P/S : Kita pun terkena...so apa salahnya post kat sini bagi korang pon terkena gak? hehehe...
tapi benda mcm ni tak leh wat gurau :( wat garu kepala boleh lar..kot?
Assalamualaikum...


Harini 25Jun..

Assalamualaikum....Syukur Alhamdulillah Hari ni (Sabtu) Selesai sudah rancangan bulanan aku yang paling di"HightLite"kan dalam bulan JUN ni...iaitu Service Kereta...Seperti yang diketahui...Baru 34Hari aku menjadi tuan kepada Encik Produa Kelisa...So, masalah itu pasti ada, lagi-lagi kereta tu sudah bertuka tuan...Dia mesti nak manje2 dengan tuan baru dia kan? So aku pon belai dia...dan hantar ke workshop kasi service body 1 kali...Bukan senang nak jage sebuah kereta ni rupenyer...Sana sini kene cek-up ikot tempoh..Saya budak baru belajar ma...

Milage kereta dah hampir sampai, So, ianya wajib di service...Alhamdulillah dari 10.00a.m hingga 1.00pm kereta akhirnya selesai di service...Macam2 ditukar tambahnyer..Dan total keseluruhan RM 292...Sewajibnya aku perlu bersyukur dan berterima kasih kat Abah sebab dia yang support...


Oil Filter (tuka).....16.00
Enjin Oil (tuka).....55.00
Battery Plastic (Pengalas dia hilang sudah hilang o?).....26.00
Enjin Mounting (dah haus).....79.00
Tak faham dia tulis ape aku pon satu, lupe nak tanye.....58.00
Isi minyak utk minggu ke4 bulan jun.....20.00 duit aku


Adoi...seram plak tengok...
3Jam kemudian....


Setel 1 Perkara... :) 
Eh!! Panas2 pasang Wiper apekejadah aku ni?
Sengal...

Lepas balik dari service kereta...pegi Service Muka plak?
Adoi...naik bulu rome aku bile kene massage...diperbetulkan tengkorak muke aku, Bubuh antiseptik, bla bla bla bla...korek2 mane yang tesumbat...Facial...Dan hasilnyer...muke aku pon Fresh and White,
Walaupon sakit dia macam kene cucuk tang sini, tang situ, tang tang...
Yang penting Hasilnyer...dah dekat2 macam muke Aaron Aziz kot! jgn men2!


Wah gitu sekali!!! Dasyat....ok yang ni aku tipu.

"Sikit jer lagi dik,kalau tak u sudah sama mcm itu pelakon gester.."
Eh tak mengape...La-Tahzan cakap dengan saya, suruh jadi diri sendiri....Mekaseh jelar...Brape ribu total? Hahaha..joke jer..serius plak korang neh!

Muke tengah tegang lepas kene tratement...Ingat dah boleh balek umah kan!...Terima panggilan plak suruh hantar Ibu dekat LRT Salak Selatan...So, perjalanan diteruskan......

Dan akhirnyer...Kembali jugak aku depan Laptop ni pukul 4ptg...Alhamdulillah, Hari Sabtu berjalan dengan lancar dan sempurna semuanya....Tak der hal lar...So, Akhir kate dari aku...Salam Sabtu, Have A Nice Day Kawan!!!...

Hari ini milik anda? Assalamualaikum :)


Friday, June 24, 2011

Rupe2nyer Tinggal 10Hari lagi Lar kawan...(PART 3)

Assalamualaikum....Holar..jumpe lagi...Alhamdulillah, jari jemari aku masih lagi gagah untuk menaip dan update Blog ni...Walaupon mood @ selera x menentu...But! Hidup mesti diteruskan! Nak bagitau lar...Malam semalam jari jemari aku ni menghitung hari....macam kira Matematik gune kaedah artimetik tu?
...So, kiraan pon bermula....

23....24,25,26,27,28,29,30,1,2,3 dan........Jari aku berhenti genap2 kat jari yang ke-10? GULP!!

4Julai dah nak pegi Praktikel...Giler 10 Hari lagi kot...Subahanallah...Aku ni lalai betol...So, hati semakin risau sebab Dokumen2 Li aku entah kemane...Kasot aku tak beli lagi...dan yang paling penting...Sikap aku yang berat mata nak bangon pagi vs pemalas vs begayot depan laptop memanjang...Hm..Risau tabiat ni aku tak dapat delete time pi keje nanti...Meleleh jer kang....

Abaikan perasaan risau, sebab aku percaya, kalau kita asyik berfikiran negatif...Bile mase fikiran positif nak dapat peluang? So, bagi Encik Positif peluang...Tapi..Bile dah bagi Encik Positif peluang..Aku rase over dose pulak? Cool sangat sampai bangon pon pukul 12...Shoping ala ala Anak Datok Bandar..Padehal dompet ade duit merah 4 keping jer... Alahai, banyak betol cabang kekurangan... Bermuhasabah diri untuk kebaikan...#

Ini Part yang ke3...Part 1 ngan Part 2 perasaan aku same...Maintain jer...Yang Utama sekali aku menyampaikan massage "SALAM SEMESTER 4"...

Sebenarnyer kat sudut blog ni jugak..Berkesempatan untuk aku Mendoakan sahabat2 perjuangan kat PSIS, yang bakal melangkah ke dunia pejabat...Rupenyer kite dah Semester 4 lar kawan...
Kenangan demi kenangan...
Liku demi liku....layan gambar ni...jangan senyum sorang2..





"Sahabat..untuk Selamanya...."
Gambar2 tu menceritakan ttg Persahabatan...
Walaupon x der Girls...x bmakner aku lupe kat girls girls sume..
Yang penting KITA sekeluarge berjaye....
Salam Perjuangan utk semua member2 yang nak ke li...
Untuk korang sume..aku Upload video ni..
SPECIAL!!! Wajib layan sampai habes...OFF Kan lagu Aizat dulu..
Semoge berjayer time Praktikel nanti...Watcchaa....



Hope enjoy dgn video tu & semoga dapat membakar semangat kite utk menuju cita2...Assalamualaikum..... :) 


Wednesday, June 22, 2011

LEFTHANDED & Aku..

Assalamualaikum...Sebelum mata terlelap ni..nak kongsi cerita menarik tentang "KIDAL". ataupon LEFTHANDED? Sikit jer..tak banyak..Fakta rojak kedai kopi....


Ni ape plak ni...Tak payah carik yang mana satu muke aku lar, 
Sebab rambot aku pon tak pernah tumboh sebegitu rupa...so Abaikan..

Aku salah seorang dari 10% manusia kidal di dunia ni...So, kelemahan aku dalam beberapa aspek kehidupan mesti tak lari...Tak dinafikan aku cenderung 90% menggunakan tangan kiri dalam aktiviti harian...Antara yang aku boleh share dekat korang selain segala2nya aku buat gune tangan kiri ialah..erm...
- Tak reti gune gunting sangat...kene yang sangat2 tajam baru lut dgn tgn kiri ni.

- Jangan rase lain macam bila aku makan ayam kfc atau Mcdonald atau ape saje gune tgan kiri. 

- Potong sesuatu bahan2 masakan menggunakan tangan kiri sangat menjengkelkan dan orang tgok pelik jer
.
- Kiri..kiri..dan kiri...Pendekkan cerita...sume nyer tangan kiri lebih functionnya bagi aku lar...
Korang boleh ker? Nak tanyer ni, tapi jgn pulak korang try aplikasikan depan blog ni pulak?..."Korang korek hidung gune tangan mane?" Haha...Gurau jer..


Ok la sini aku nak kongsikan beberapa fakta yang aku rasa best tentang kidal ni...Sikit jer..tak mo banyak2..Fakta ni perkongsian dari Encik Google.
1. Hanya 10 peratus dari populasi manusia adalah kidal.

2. Menurut Chris Mc Manus dalam buku Right Hand, Left Hand. Orang kidal sebenarnya tidak memiliki satu gen iaitu Gen D. Aku pun tak tau apa fungsi Gen D sebenarnya.

3. Sebenarnya ada hari kidal sedunia yang disambut setiap 13 Ogos. Ia bertujuan untuk menyebar dan memberi kesedaran tentang permasalahan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan kidal. Rasanya sekarang ni takde isu apa-apa pun.

4. Banyak orang kidal mempunyai kelebihan menjadi seorang ambidexterous berbanding orang normal iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan. Contohnya boleh menulis sama ada menggunakan tangan kiri atau kanan atau kedua-duanya pada masa yang sama. Teori aku sebab banyak barang-barang kegunaan sebenarnya sesuai untuk orang normal.

5. Orang kidal lelaki lebih banyak dari perempuan. (Dr Geswein menerangkan bagaimana seseorang itu menjadi kidal dalam Teory Testerone - iaitu janin yang yang mempunyai kadar testerone yang tinggi menjadikan bayi itu kidal).

6. Walaupun hanya 10%. Golongan kidal banyak yang berjaya dan nama-nama mereka tercatat dalam sejarah tamadun manusia. Sebab banyak sangat, jadi aku share yang famous sekarang ni dah ler...
(rasa bangga dan sedikit terharu). Ok! Kita tengok bermula dar A,B,C,D,E,F,G,H,samapi lah i.... :

a. Barrack Obama.


b. Eminem


c. Angelina Jolie


d. Oprah Winfrey


e. Rafael Nadal


f. Jenson Button


g. Bill Gates


h. Matt Groening 

Dan yang paling tak senonoh......

i. Aku lar tu...Makan tangan taik dah kebiasaan..Alahai muke tak besalah...

P/S : Dengar cerita : Kalau pegi kelas gitar...orang tu akan kate "maaf, orang kidal saya tak pandai nak ajar..." 

P/S : Dan aku jugak paling tak suke duduk dekat kerusi kuliah? yang meja dia bukak tutup tu..tau x sebab ape? sebab kerusi tu just selesa utk orang2 normal tangan kanan..tapi bagi aku...menyusahkan larrrr.....tunggang tebalik dibuatnya.

P/S : Masa kecik2 Abah selalu marah bile aku makan ngan tulis guna tangan kiri...Dah tu nak wat cam mane? Teselioh tangan bile tulis gune tangan kanan...NGILU.. 

P/S : Jangan ditanya mengenai kreativiti dan cara pemikiran orang yang bertangan kidal...Bagi aku, masing2 ada kelebihan masing2..Kan bersyukur itu lebih baik? Cuma kadang2 tak dinafikan, yang bertangan kidal ini lebih sedikit special ilmu nya...Ok, kita rumuskan dalam gambar kat bawah ni....Mudah2an ada manfaat bersama. Selamat Malam! Assalamualaikum...