Saturday, December 31, 2011

3minit : Atas apa yg berlaku.

Assalamualaikum.

Sebenarnya tak terlintas dihati aku nak update malam ni. Sebabnya aku baru balik dari psis to KL....drive pnyer laju smpai sakit pinggang belakang..mood aku sgt blurr dan do not know what to say.

BUT! Atas apa yang berlaku keatas diri aku baru2 ini, ianya sedikit sebanyak mengganggu emosi dan "nama" aku sendiri. ape tu?

Ye. Ini adalah risikonya. Org politik kata, "Kalau takut dengan risiko, jangan bicara tentang perjuangan". Dan sekarang kata2 ini dah meresap masuk ke dalam jiwa aku. kerana apa aku cakap mcm tu? kerana tempias nya perjuangan aku, menyebabkan kesan yang aku dapat adalah seperti yang aku tidak sangka kan.

Apa yang aku perjuangkan? Budak malas macam aku, tak layak bercakap ttg perjuangan, dan budak malas macam aku jugak tak layak nak menegur orang. nanti orang kata "emak ketam sedang mengajar anaknya cara untuk berjalan betul" thats right?

Aku hanya mampu menggelengkan kepala diatas perbuatan segelintir sahabat aku yang alahai.......tak tau lah nak cakap mcm mana, mungkin korang yang tengah baca mcm blur2 lagi apa yg aku tulis ni....sebab secara peribadi aku katakan yang aku mmg tak nak masukkan benda2 ni ke dalam hati aku! (tapi kenapa kau pegi tulis!)

Ok aku story sikit larr....Pada suatu hari......

Menegur seorang ketua minggu suai kenal diatas panggilan yg aku dapat bahawa,semua pelajar mggu suai kenal ini tidak diberi makan dari tgh hari smpai ke mlm...menyebabkan mereka tiada tenaga smpai ke mlm. Dan juga menegur si ketua agar tidak bersikap berlagak. (intonasi teguran dalam ayat yg sedikit keras)

Padah diatas teguran ini....aku dihamun dan dicela habis2an sehingga aku tak pernah baca dan tak pernah komen pon apa yg dicela.(tak larat sbb banyak sgt)

kalau seorang tidak mengapa lagi...tapi rejim2 mereka turut turun padang mengeji teguran aku..tak pasti ianya melibatkan pensyarah atau tidak. dan yang aku sedih...Seorang sahabat yg aku anggap mcm abang aku...yer...abg aku!...sanggup membunuh aku dari belakang..mcm2 ayat dia di fb diikuti dgn bilangan LIKE yg ramai...

************

Diatas apa yg berlaku...kini aku sedar....sedar segala2nya, dan ternyata, tidak begitu mudah untuk melaungkan sebarang komen dan teguran SEKIRANYA! kau tidak mempunyai pengikut dan "nama"...

Akhir kata dari aku, sejuta kemaafan pada mereka, dan terdetik di hati untuk bersua muka, bagi menjernihkan keadaan..maaf dan mudah2an maaf ini diterima..atau biarkan saja ia berlalu.

*Tidak akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti untuk tahun terakhir sebagai seorang mahasiswa..belajar dari kesilapan, merenung dan bersyukurlah wahai Amir. duduk diam2!


Terima kasih yang support dari belakang....

Salamualaikum, selamat malam :)


" Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan " (Imam Hasan Al-Basri)

Hamba yg dhaif.

No comments:

Post a Comment