Saturday, November 5, 2011

Buat sahabat di Facebook..Juga buat diriku yang mudah lupa.




Assalamualaikum....

Seorang WANITA yang berani meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahramnya itu, ia sedikit sebanyak telah hilang sifat malu dan segan dalam dirinya sebagai seorang MUSLIMAH. Kerana ia seolah-olah seperti memberi tahu kepada umum bahawa dia sekarang sedang bergelumang, bergomol dan bercouple dengan kekasihnya, seperti istiharkan KEMAKSIATAN.

Tahukah kita bahawa meletakkan status IN A RELATIONSHIP WITH bersama kekasih bukan mahram, boleh menimbulkan FITNAH? dan apabila timbulnya fitnah boleh mendatangkan dosa? Akhir zaman ini, ramai manusia yang berbangga dengan maksiat yang dilakukan oleh diri mereka sendiri..

Tahukah kita juga sedangkan dalam pertunangan Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita supaya sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Inikan pula perhubungan couple yang jelas HARAM?...Tetapi masih mahu menunjukkan yang diri itu sudah berstatus couple! Kalau status pertunangan tak mengapa lah juga. Nabi SAW  menyuruh sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan sebagaimana :

Sabda Nabi SAW : Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan.
(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair r.a, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa' al-Ghalil)

Oleh itu janganlah berbangga dengan status IN A RELATIONSHIP kekasih bukan mahram kita, itu kerana, yang kita dapat adalah dosa yang sia-sia sahaja...Nak selamat dan nak elak diri dari difitnah....Halalkan segera perhubungan kita itu supaya tidak berlaku lagi fitnah, dosa dan maksiat....


Pesanan ini juga buat kaum lelaki dan juga diriku yang mudah lupa.




No comments:

Post a Comment