Monday, October 17, 2011

Semalam,Tadi,Sekarang & Akan Datang.


Assalamualaikum Dunia...


Suasana pagi dekat KL harini macam biasa tak der ape yang menarik bagi aku, semuanya sama mengikut arus dan peredaran masa. Mungkin aku dalam mood kebosanan, sebab tu aku cakap macam tu. Dalam Lrt, suasana sentiasa tidak berubah, yang tidur tetap tidur, yang sedang baca buku, mengaji pon ada, surat khabar, dengar earfon kuat2, yang keletihan mungkin semalam dia ada kenduri, so pagi2 dalam Lrt, dia urut2 badan dia tanpa henti macam org gila, dan whatsoever.

Semua pemandangan tu dapat kau lihat kalau pukul7 pagi Time tu kau dah ada dalam lrt, tengah berdiri celah2 pintu, dan muka yang sedikit ketat, sebab tak dapat duduk. Nak bace buku cerita perang pon x der mood. Ye, aku lah orangnyer tu... Entah kenapa pagi ni mood kurang baik. AL-KESAH : Time nak masok simpang salak selatan tiba2 "tut2" terima satu msg...kelam kabut aku selok poket meraba2 carik hanfone, sebelah tangan tengah drive, sebelah lagi tgah tekan hanfon...”Aku tak datang hari ni aww..”. Dan kerana msg tu, mood aku pon berubah sekejap. Kiranya aku berseorangan kat ofis arini, member aku tak datang...Hampeh.

Sejujurnya malam semalam aku tak dapat lelapkan mata. Dah pukul 1! Aku still pusing kanan pusing kiri. Ya Allah, time tu otak aku berfikir tentang macam2 cerita, mengalahkan perdana menteri. Terok dan sangat bodoh je rase! Dari A sampai Z, Utara Selatan semua aku terfikir. Tak perlulah aku cerita apa yg difikirkan dan Tak tau kenapa otak aku tiba2 aktif malam semalam. Tersilap makan mungkin? er..Sakit jiwe aku camni.



Semalam adalah hari enjoy the weekend...kitorang enjoi tgok wayang..dan rasa macam gile kentang hebat sangat cerita tu. 
REAL STEEL! Memang terbaik...mata aku berair2 tgok cerita tu. Mantap habis.5Bintang truly! Budak tu berlakon comel gile! yg time dia menari tu,,,oh..mcm histeria aku..Ok titik. Time dekat The Mines semalam kitorang pusing2 gelak2 sakan,main games betoken2! Mcm2 kerenah...kan aku dah cakap...Seronoknya kalau jadi budak2? Dan yang paling kelakar, kitorang tilik nasib dekat mesin tilik nasib TUTANKAMUN Mesir tu...tarok tangan korang dan masokkan coin 50sen...dia akan scan tangan kita...sambil ada keluar bunyi “HoHoHo” dan tak lame tu, Sekeping kertas keluar..Dan kitorang sama2 berkongsi nasib, tukar2 pendapat sambil aku gelak bedekah2 tgok nasib aku yang sangat “Hebat” sampaikan berkaitan SEKS aku pon dia tau! Realy gile time tu...Sorang jer yang tak berani nak tilik nasib...ikhmal! myb sebab dia baru lepas habes PMR, so dia tak nak kertas tu tulis “Anda akan kurang bernasib baik dalam keputusan PMR yang akan datang” Hahaha...Gurau jer..Oh god! Merah muke dia. Hak3..Jahat btol.


Hahaha...tgok? sekejap jer mood aku berubah kan? Macam2 lah...thats is life...full of colouring.. sebab tu banyak kali aku cakap, nak dapat seorang Sahabat yang benar2 memahami diri kita memang sukar, Siapa kat dunia ni tak pernah buat salah kan? Susah nak cakap, tapi bagi aku, seorang sahabat yang sejati dan memahami macam korang semua, sudah cukup untuk membuat aku sentiasa tersenyum. Bersyukur pada Mu diatas nikmat sahabat ini Ya Allah...

“Jika kamu bersyukur maka aku tambah lagi nikmat-Ku, dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih” _Surah Ibrahim ayat 7

Seperti manusia lain, aku juga sentiasa berdoa...memohon petunjuk pada yang Esa, merayu diberikan hidayah dan keselamatan dunia dan akhirat. Hari demi hari, perhitungan semakin hampir. Dalam tempoh kurang 3 bulan, suasana Kuala Lumpur macam ni tak kan aku rasa lagi...Bukan maksud aku tak rase langsung! Tapi realitinya, aku akan ke sabak bernam tak lama lagi, ianya semata2 untuk menuntut ilmu dan meneruskan perjuangan untuk menggengam segulung diploma.  Dengan nada yang “konon” konfident aku cakap tentang nak balik sabak bernam, walaupon otak tengah berserabot dengan repot yang dah tebengkalai ni? Apekebender lar kau ni mer...serabot! Oh! Its must Positive thingking man! lalala..

Cuba kita ambil periuk, masukkan beras, masukkan air secukupnya dan letakkan air diatas meja. Angkat tangan lalu berdoa bersungguh-sungguh sampai menangis, “Ya Allah! Bagi la beras ni masak jadi nasi, Ya Allah, Tolonglah, Ya Allah aku lapar ni, Ya Allah, Tolonglah” Agak-agakkan bila beras tu akan jadi nasik? Persoalan aku kat sini, adakah seiring usaha kita dengan apa yang kita doakan? Sam-sama kita fikirkan,

Salamualaikum....p/s : Makhluk asing kat ofice ni akan berangkat dalam masa 43 hari lagi.
*Ade folower ke 57 lah! Ingatkan sape! rupenyer yana..haha, pandai kau main blog skang ek? sape aja ni! 

No comments:

Post a Comment