Monday, October 3, 2011

OKTOBER 1st POST.

Assalamualaikum...


Yang sepatutnya waktu2 macam ni adalah masa untuk diri ini tidur dan rehatkan fikiran. Tapi entah kenapa hati aku terpanggil-panggil utuk update blog malam ni. Esok adalah permulaan minggu pertama di bulan Oktober bagi aku meneruskan perjuangan di semester 4..Bukan mudah untuk hidup senang, hari demi hari aku terpaksa tempoh pelbagai cabaran hidup, biasa lah..lagi2 Remaja macam aku yg baru nak mengenal dunia...tambah2 hidup di KL..kalau terlampau lemah iman di hati, maka meranalah diri kau tu. Kalau kita sangat berkira dalam beribadah kepada Allah, Allah lagi berkira nak turunkan rezeki pada kita. Aku tak tau kenapa semangat nak taip blog wujud dengan berkobar2 malam ni sedangkan kesan jika “terlewat” bangun pagi esok..hmmm alamatnyer...

Yang PERTAMA kau akan rasekan perjalanan kereta yang semacam siput sedut di kawasan taman sg.besi sebelum masuk u-turn salak selatan walaupon kau hanya lewat 5minit. KEDUA Tiada ruang parking selain redha dan bertawakal sebelum kau akan parking di tempat yang berisiko untuk dermakan RM100 kepada Pihak berwajib tanpa belas kasihan dekat pelajar poli mcm aku dan buatkan kau rase tak sedap hati nak tinggalkan kereta tu dekat situ sorg2. KETIGA kau terpakse redha sbab dah mmg tak der paking kat kawasan tu, dan masa dalam LRT, suasana tidak ubah seperti sadin dalam tin sampaikan tak ade ruang untuk aku nak pegang tiang dalam LRT tu, dah lar tempat duduk tak dapat,nak pegang tiang pon tak dapat jugak! Bile berlaku BREAK kecemasan (mungkin anak babi melintas) buku cerita yang sedang kau bace tu hampir2 nak tercampak dekat auntie yang tengah lena tidor. Untuk pengetahuan korang, pada pukul 7pagi, 80% penumpang yang duduk di kerusi LRT akan TIDO sambil buat muke stim depan aku yg tengah bediri ni!

Tadi petang sempat makan meggi sebagai juadah untuk isi perut yg tgah lapar...tak der siapa kat rumah kecuali aku. Terkebil2 aku kulu kilir tak tau nak buat ape...Sory ampun dekat kawan aku yg ada invite nak ajak keluar lepak, tapi aku tak berape nak happy sangat tadi, sbb aku rase malas sgt nak keluar...InshaAllah minggu depan ok? Itu cerita ttg kawan ajak aku keluar, macam mane pulak dengan aku ajak kawan keluar? Msg “Aku free ptg ni, jom lepak?”.....30minit berlalu habok pon tak der...No respon..Mungkin dia tak der kreadit nak balas or tengah bizi...Dan secara jujur aku sangat sedih. Arrrr....dan ade sorang kawan ni pulak? Katenye datang KL? Mengejut pulak tu? Tak diberitahu awal2....So? secara jujurnyer jugak, aku mintak maaf dan sedikit terkilan. Tak mengape lah...anggap saje bukan rezeki aku.

Oktober kini datang menjelma....Aku bertekad mahukan sebuah kelancaran hidup yang pastinya berterusan dan diredhai...keluarga yang bahagia, rakan2 yang menggembirakan hati, hidup yang diredhai Allah dan pastinya rezeki yang halal dan berterusan...Oh kawan2..sekiranya kita hendak berterima kasih pada Allah...1000 tahun beribadah pon, belum cukup utk meluahkan kesyukuran hamba kepada tuhan yang maha Pemurah lagi maha mengasihani. Mudah2an di bulan2 akhir menjelang tamatnya tempoh aku praktikel ini, Allah permudahkan urusan aku, dan juga kawan2 semua..Yang sedang menunggu, sabarlah dan senantiasa berdoa kepada Allah mohon perlindungan dan petunjukNya.

Tiba2 kan!! aku terasa kerinduan pada semua kawan2 seperjuangan, Khususnya sahabat sekelas...Tak terdayalah aku nak telifon korang semua 1 per 1 tanya khabar...Cukup dengan doa2 yg sedikit tetapi berterusan InshaAllah. Terdetik rasa rindu dekat korang sebabnyer....semalam aku dikhabarkan oleh adik2 junior kita bahawa malam ni ada Dinner JP! Hahaha...mesti korang tersenyum kalau terkenang balik kenangan2 lepas kan? Pastu satu lagi...semalam aku sempat chating dengan kugiran patah hati..lama kitorang chating, itulah pasal tiba2 datang rasa rindu secara automatik dekat korang tu..tambah2 sem depan aku bakal duduk di luar kampus! Gulp..!

Ok lar wei...terlampau panjang Warm-Up aku malam ni...Tak sedar ke yg kau nak bekerja esok? Dan mulalah muka masam mencuka...member datang pon kau tak tego, mulot dan mata macam rase ada gam. Tak bercakap dan mengantok tahap kritikel. Mulalah mencari alasan...dan membebel2 dekat blog sorang2...sedangkan kau yang tak pandai uruskan masa..kesannyer fikiran kau bercelaru...Nak bace La-Tahzan dalam LRT berat sgt bukunyer...Bace novel perang Sultan Muhammad Al-Fateh pon jadilah...Assalamualaikum...Happy oktober...Jumpe lagie..p/s : Korang bace surat khabar Ahad tak? banyak berita menarik tau....(Tahniah kpd graduan UUM yg baru lepas konvo..)


“Kenalilah Allah saat anda senang, nescaya Allah akan mengenali 
anda saat anda susah” (Al-Hadis)

No comments:

Post a Comment