Sunday, October 23, 2011

Edisi Khas : Draf Laporan VOL:2

Assalamualaikum geng..

Aku ade Janji nak sambung haritu...Klik sini...but serba sedikit jer aku boleh share dekat blog, yg lain private lar, aku dah fikir masak2 dah...Setakat 23/10/2011 dah 60% laporan berjaya dikarang menggunakan otak sendiri. Ok malas cakap banyak..cau cin cau...layan aktiviti gile ni....

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI

2.1 Ringkasan aktiviti latihan industri ditulis dalam bentuk rumusan mengikut
      susunan nombor. Ringkasan ini dicatit setiap minggu dari minggu
      pertama hingga minggu terakhir. (4 Julai – 2 Desembe

MINGGU 1 ( 4/7/2011 - 8/7/2011 )
      I.        Melapor diri di Jabatan Kewangan, Seksyen Bajet & Operasi Sokongan dan berkenalan dengan semua kakitangan seksyen Bajet.

    II.        Menguruskan dokumen pengesahan pelajar untuk diserahkan kepada Jabatan Pengurusan Harta bagi proses membuat kad ekses sebagai kemudahan untuk keluar masuk dari pejabat.

   III.        Membuat semakan terhadap permintaan bajet 2012 serta mengenal pasti kenaikan permintaan.

  IV.        Proses membuat tanda “Hightlite” bagi permintaan yang mempunyai kadar peningkatan yang tinggi dan mengenal pasti varian peningkatan.

   V.        Diberikan sebuah buku berkaitan Pekeliling KWSP Bil 7/2011 dan Tatacara Penyediaan Bajet Tahun 2012 untuk dibaca dan difahami dan juga sebagai rujukan kerja semasa tempoh latihan di Seksyen Bajet.

  VI.        Diberikan tempat “Workstation” lengkap dengan komputer untuk melakukan tugasan kerja sepanjang latihan.

MINGGU 2 (11/7/2011 – 15/7/2011)
      I.        Mengasingkan Borang Jadual Tambahan 5 (BJT-5) dan Lampiran F berkaitan pelupusan aset dari buku bermohonan bajet setiap Jabatan / Cawangan KWSP seluruh Malaysia.

    II.        Membuat agihan klasifikasi terhadap item aset standard menggunakan perincian Microsoft Excel.

   III.        Membuat salinan fotokopi bagi BJT-5 dan meneruskan kerja-kerja pengasingan borang tersebut.

  IV.        Pemfailan bagi BJT-5 mengikut lokasi dan jenis aset (IT / bukan IT)

   V.        Membuat pengasingan dokumen analisa bajet menggunakan kertas index dan difailkan.

MINGGU 3 (18/7/2011 – 22/7/2011)
      I.        Membuat  kerja-kerja binding set bagi kesimpulan dokumen-dokumen berkaitan mesyuarat yang lepas.

    II.        Mengenal pasti kumpulan belanja aset dan ianya perlu disusun mengikut nama GL dan kod GL seperti belanja kakitangan, belanja tetap, belanja berubah langsung, belanja berubah sokongan, belanja pelaburan dan aset bernilai rendah.
   III.        Semakan fail Cawangan Kelantan, Johor dan Sarawak untuk mengenal pasti permohonan bajet “Asset Low Value”

MINGGU 4 (25/7/2011 – 29/7/2011)
      I.        Semakan terhadap bajet yang telah diluluskan pada tahun 2011 dan 2012 dan juga membuat perbandingan dengan bajet semasa dengan bajet yang dipohon Cawangan / Jabatan.

    II.        Mengurusakan penerimaan BJT-5 dan borang cadangan pelupusan yang terpaksa dihantar semula oleh beberapa Jabatan/Cawangan kepada seksyen bajet akibat masalah dalam pengisian maklumat.

   III.        Membuat analisa bagi justifikasi elaun perjalanan dan pengangkutan anggota (Rasmi).

MINGGU 5 (1/8/2011 – 5/8/2011)
      I.        Sambungan tugas membuat analisa elaun perjalanan dan pengangkutan bagi fail setiap Cawangan berdasarkan borang jadual tambahan 2 (BJT-2) dan perlu disiapkan dalam minggu ini.

    II.        Pengenalan kepada InfoKlik sebagai sebuah sistem email dan rujukan maklumat khas KWSP.

MINGGU 6 (8/8/2011 – 12/8/2011)
      I.        Membuat salinan fotokopi bagi 2 fail ‘virement’ dan membuat pemfailan baru.

    II.        Penghantaran semua dokumen salinan ‘virement’ kepada Jabatan Operasi Strategik.

   III.        Membuat catatan masuk bagi dokumen pengagihan penyata tuntutan elaun kerja lebih masa (O.T)

  IV.        Membuat salinan fotokopi permohonan pindah peruntukan Bajet KWSP 2012.

   V.        Penghantaran fail-fail pelupusan yang melibatkan BJT-5 dan Borang Cadangan Pelupusan kepada Jabatan Pengurusan Perolehan Bekalan & Perkhidmatan (JPPB&P).

P/s : Hutang setel...ade masa aku upload bab lain plak..ni pon separuh jer..Ok, Salamualaikum.


1 comment:

  1. kalo aku punya aku rasa......aktiviti yang sama dan berulang2 je lah kot....heeee (=.=!)

    ReplyDelete