Tuesday, October 11, 2011

Anda Lebih Beruntung Daripada Yang Lain.

Assalamualaikum....Alhamdulillah,line broadband masih lagi bernafas dengan pantas ptg ni, peluang terbaik untuk berkongsi cerita. Pejam celik dah minggu ke2 bulan oktober, Syukur kepada Allah aku masih dapat bernafas di muka bumi ini.

Hari ni dekat office, aku dapat banyak “ilmu” dan pengalaman, mane tak nyer? Hari ni merupakan hari dimana Mesyuarat Pembentangan Bajet 2012 KWSP, maka secara tidak langsung insan kerdil ini dipanggil untuk menjadi runner dan membantu kerja2 dalam memastikan  juadah sarapan dan makan tgh hari kepada Ahli2 sidang Mesyuarat cukup dan teratur mengikut protokol. Its very nice moment tau. Yang rasa sgt seronok dan bertuah is bila dapat tgok depan mata, “C.E.O KWSP”, Tan Sri Azlan Zainol, Suasana mesyuarat yang begitu “Gah”  dengan VVIP KWSP, Datin2,Dato2 yang sedang bermesyuarat. Kiranya pijak kaki kat tingkat 26 tu pon dah sangat bersyukur lar...

(Paling tak boleh bla kan, time terpakse jadi “WAITER”. Tiba2 aku kene bagi cawan dekat semua VIP yg tengah meeting tu, Tan Sri pon pandang je aku......tebal gile muka aku time tu! kira aku terpakse buat2 yg aku ni seorang pemegang ijazah sarjana dalam bidang Hotel dan Katering lar..kan?) Rase lar jugak walopon 5 minit je.

Seksyen Bajet dan Operasi Sokongan / Jabatan Kewangan, Itulah nama penuh “lokasi”  tmpat aku berpraktikal. Sejak awal aku pijak kaki dekat office tu, tak henti2 dan bersungguh2 kami semua menyiapkan Bajet 2012 KWSP, tekanan yang aku rasai tak payah cakap lah. Walaupun sekadar pelajar praktikel, “adakalnya” beban kerja yg diberi seolah2 aku dah 25 tahun kerja kat situ. Namun, Alhamdulillah,Syukur, berkat usaha semua staf bajet, maka hari ini, tanggal 11/10/2011 berakhir sudah segala kerja2 melibatkan Bajet KWSP 2012, dan tiba masa untuk pembentangan bersama Tan Sri. 

Semua pengalaman sepanjang membantu kerja2 menyiapkan Bajet adalah sebuah pengalaman yang amat dan tersangat berharga bagi diri ini, walaupun aku kerap kali mengeluh....mungkin itu semua cabaran dan ade yang tersirat. InshaAllah semoga baik2 belaka..

Perjalanan aku dekat KWSP ni hampir ke penghujung, mana tidaknyer? Jika dihitung dengan khusyuk, ianya hanya berbaki 50 hari je lagi..Banyak sungguh memori yang terpahat. Hari ini, semalam, dan kelmarin, semua perjalanan itu ada hikmah dan “Nikmat”yang tersendiri...Sukar nak diluahkan.

To all my felow freinds..Travelog Praktikal kita hampir tamat lah kawan, sedar tak sedar kita berjumpa di semester5 nanti. Nasihat aku, sama2 kita siapkan laporan dengan hati yang tenang, minda yang cergas nan cerdas, mudah2an kerja2 kita diberkati Allah dan dipermudahkan olehNya, aku percaya, masing2 ada “Cerita pengalaman menarik” nak disampaikan dalam laporan tu, cuba dan terus mencuba untuk menyiapkan sebelum masuk pertengahan bulan 12. Semoga berjaya.

Salam Perjuangan_Amir ‘Izzat
*Mesyuarat Pembentangan Bajet akan dibawa ke peringkat lembaga (board) pada bulan 12 ini..

2 comments:

  1. Pembetulan... tingkat 25... meeting bajet di langsungkan.... harap maklum...(bilik taklimat)

    ReplyDelete
  2. OH!! MAAF TAN SRI Zamer...Saya tak sengaja..tan sri kat brunai ke tu?

    ReplyDelete