Sunday, October 23, 2011

5 minit : Bercakap ttg dunia.


Assalamualaikum dunia...


Sunyi sepi...tatkala semua dah terbuai dengan mimpi...aku sorang diri masih bersengkang mata. Tak taulah...nak kate buat kerja sekolah..tak nampak buku terbukak pon..Ape2 jelah...Monolog harian tetap diteruskan.

Its never speciall title for this post. Sebenarnye selepas solat isyak tadi, terlintas dekat akal fikiran yang “this night u must update your blog amir”..kucar kacir otak aku dibuatnyer...Tengah berdoa pon benda macam tu boleh terlintas dalam fikiran aku. Serendah mana lah tahap khusyuk aku mcm tu?

Selak2 surat khabar...Oh..MashaAllah..Dunia kita semakin hari semakin pelik dan tak tahu nak luahkan macam mana. Yang paling terbaru, about kematian bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi. Kematian pemimpin islam dengan cara yang sangat kejam yang dibunuh oleh orang islam sendiri. Lantas terpacul di mulut Obama ‎"Anda (Rakyat Libya) memenangi revolusi anda dan kini kita akan menjadi rakan ketika anda mencorak masa depan yang memiliki maruah, kebebasan dan peluang". Terlintas di fikiran aku...Umat Islam khususnya dunia afrika dan wilayah Arab sedang diperbodohkan. Allah Hu Akhbar, sungguh kucar kacir dunia arab kini. Alhamdulillah Malaysia aman dan damai.

Perhimpunan sejuta umat (selamatkan akidah) ? did u hear about this assembly? Lokasi perhimpunan ialah di stadium shah alam (22/10/11). Pada pandangan aku (secara kasar) perhimpunan ni adalah satu “suara” yang alert tentang akidah umat islam masa kini yang semakin tunggang langgang vs sepak terajang. Dan kalau kauorang baca tentatif program, ianya ada maqasid tersendiri. Bahkan aku tgok dekat paper tadi, banyak jugak kumpulan nasyid yang turut berhimpun utk menjayakan matlamat perhimpunan. And what so everlah dengan parti politik yg tak habes2 nak begadoh..aku pon tak faham. Close story. Ada member2 yang pergi? Share lar sikit..

Ini cerita lama. Gereja kristian yang sedang dalam pembinaan di kawasan berdekatan area bukit jalil? Penah dengar tak ttg benda ni? Adalah 2 3 member yang alert ttg dunia semasa, dia akan post kan dekat Fb ttg perkara ni...thanks minda macam ni yang aku suka. Dia post sebab dia nak kepastian dan komen balas dari kawan2 dia, tak pon cukup sekadar menekan butang Like tanda sokongan. OK! Ni aku punyer pandangan. Malaysia sebuah negara Islam? betol? Tapi mempunyai berbilang bangsa dan agama? Betol? Agama Islam agama rasmi negara kita dan sudah termaktub segala2nya dalam perlembagaan negara. Persoalan, salahkah untuk mereka yang bukan beragama islam membina  rumah ibadat mereka utk mereka bersembahyang? Dimana letaknya “kebebasan beragama” (ayat ini terkandung dalam undang2 di malaysia). Dan mungkin ada yang kata, mengapa perlu dibina sebesar itu!!! Dan tak lupa juga yang memaki hamun pemerintah kita. Oh...Sungguh! tiada penyelesaian. Kesimpulan aku, impak nya berbeza2 bagi setiap umat islam di Malaysia. Sebab apa aku timbulkan isu ini? Sebab aku baru lintas di sebelah tapak pembinaan gereja tersebut. Wow! Besar!

Nak cerita ttg pembangunan pesat yang dahsyat! dekat sekitar Makkah, tapi tak larat nak taip dah...tapi rasanya korang dah tau ttg projek Bertaraf Raksasa kat makkah sekarang kan?

Enough lar bercerita ttg dunia semasa...memang tak habis kalau asyik bercakap ttg dunia...Yang penting diri kita sendiri...Yes! your self! Doa..Usaha..& Tawakkal..Change for the better.

"Dalam perjalanan pulang melalui lorong hidup, pasti banyak cerita tersangkut di kaki limanya"

No comments:

Post a Comment