Sunday, September 18, 2011

Edisi Khas : Draf Laporan.

Assalamualaikum Everybadi......


- Jangan tanya kenapa makin hari makin aku serabut dengan Laporan Li ni.

- Kalau aku penat, Blog dan FB menjadi penawar kepenatan. Sbab tu aku tgah menaip blog. Gambar kat atas ni sama mcm keadaan aku dlm bilik skarang. Cume aku tak hisap rokok jenama tu.

- Member2 lain bile aku tanya ''kau dah buat bla bla bla?'' jawapan yang diterima pastinya mengecewakan.

- Annoying betul orang-orang macam ni. Bak kata isteri pertama Abang Kus dalam filem Seniman Bujang Lapok, "Memang sepatutnye kau ditembak dengan senapang gajah."

- Ok, buat ape nak ikut diorang, kau tu dah lar lembap, diorang tu laju buat keje...masing2 ok.

- Hampir sehari menaip, buatkan aku rasa macam Amir and the typewriter. OH! 

- Hampir dah nak ke END OF PRAKTIKEL, aku baru berjaya menghasilkan bab1,2,3 dan isi kandungan.

- Itu pon belobang2 jugak, perlu di make-up balek...Mmg sodeh.

- Nak kongsi ngn korang DRAF PENGHARGAAN diulangi DRAF PENGHARGAAN. Belum terpilih lagi.

- Draf ni baru disiapkan 2 mggu lepas, ade komen sila ajukan..idea menarik sgt dinanti.

- Bahasa Melayu SPM aku 3B, So, maaf kalau ayat lintang pOkang. Ekonomi Asas je yg A. Nak buat mcm mane. Rezeki masing2.

- Penghargaan jer, nak 3 jam aku fikirkan...Serius ni.

- Memang korang tak rase, sebab yang rase sakit memikirnye aku!

- Bak kata Abg  Roy dlm filem Maria-Mariana "Ringan sama dijinjing, tapi berat kau pikullah sorang-sorang."

- Jangan cakap banyak, jom bace...

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan berkat dan ketekunan, akhirnya saya dapat menyiapkan laporan Latihan Industri ini sebagai syarat memenuhi penganugerahan Diploma Kewangan Dan Perbankan Islam di Politeknik Malaysia. Setinggi penghargaan ditujukan khas kepada KWSP Jalan Raja Laut khususnya kepada Miss Choo Li Ching, Penolong Pengurus di Jabatan Pengurusan Sumber Manusia yang menerima permohonan saya untuk menjalankan Latihan Industri di syarikat ini.

Setinggi penghargaan juga buat seluruh kakitangan pekerja di Jabatan Kewangan,   khususnya
di bahagian Seksyen Bajet & Operasi Sokongan, yang merupakan tempat penulis menjalani proses latihan industri. Khusus juga buat Ketua Jabatan, Encik Sazaliza Zainudin yang memantau kerja-kerja di jabatan. Juga kepada Timbalan Pengurus Seksyen Bajet & Operasi Sokongan, Puan S.Thilagavathy dan juga Penolong Pengurus nya, Puan Halimaton Saadiah yang menjadi penyelia penulis sepanjang tempoh menjalani proses latihan industri.

Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah, yang sentiasa memberi bimbingan nasihat dan tunjuk ajar dalam penghasilan buku laporan ini. Jasamu amat dihargai.

Buat rakan-rakan seperjuangan, semangat dan tunjuk ajar daripada kalian menjadi hadiah yang sangat berharga. Terima Kasih di atas nilai persahabatan dan kemesraan yang dipamerkan. Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila.

Akhir sekali moga-moga khidmat ilmu dan curahan bakti yang diberikan kepada penulis sepanjang proses latihan industri dapat membantu penulis dalam meneruskan pengajian khusunya bagi memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik Malaysia. Segala pengalaman yang ditimba sepanjang proses latihan industri ini merupakan sebuah pengalaman yang tidak ternilai bagi penulis.

Hanya Allah jualah yang dipinta pertolongan. Dialah sebaik-baik pembantu dan penolong, semoga Allah meredhai usaha kita, amin.


Muhammad Amir ' Izzat Rosli
Kuala Lumpur 2011.


P/s :  74 Hari Lagi.
Bersambung....Nantikan
Edisi Khas : Draf Laporan volume II

No comments:

Post a Comment