Sunday, September 18, 2011

Debu Perjalanan...

Assalamualaikum......



Mata semakin mengecil....semakin merah....menyuruh tuan empunya diri untuk tidur, rehatkan aku, kasiahanilah aku...Tapi tuan empunya mata masih degil, masih memaksa si mata untuk terus menghadap komputernya. Jam dinding terus menerus berjalan tanpa henti, dan kini jarum panjang dan jarum pendek kelihatan bergabung menjadi 1 jarum, yakni mereka berdua berada di no '2'....Awan diluar sana kelihatan tenang berehat, selepas penat mencurahkan tangisan air hujan di waktu petang...bulan dan bintang berseri2 meraikan bulan shawal yang penuh keberkatan,

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Hari demi hari...Perjalanan demi perjalanan....Onak dan duri ditepis satu per satu....Manakan datang kebahagiaan dan kesenangan hidup jika kita tidak berusaha,jika kita tidak menempuh dugaan2 hidup. Pengalaman itu mematangkan kita. Adakalanya kesusahan datang tanpa diundang sehingga membuatkan aku terjatuh, sehingga rebah ke tanah, kadang2 kegembiraan menyusul seketika, senyuman terukir,disusuli hilai ketawa, tatkala terlupa mengucapkan kesyukuran kepada Allah. Begitulah zalimnya diri ini dengan penciptanya. Menangis mengenangkan dosa. Menggigil ketakutan. Begitulah kehidupan aku hari demi hari. Kadang2 lelah juga, tapi perjuangan hidup mesti diteruskan...

Sahabat,

Adakalanya kita bersama, adakalanya kita jauh mengejar cita2....Sahabatlah yang menceriakan hari2 ku sepanjang kehidupan, selain Keluarga, Sahabatlah insan yang sentiasa aku harapkan ada di belakang aku, tatkala aku memerlukan...bahkan sepanjang hayat kita bersama. Tak dinafikan bersabarlah diri ini menghadapi sahabat yang pelbagai. Pelbagai dari segi apa? Sikap nya, pemikirannya, percakapannya, dan macam2 lagi....Manusia mana yang tidak pernah berbuat salah...bahkan diri ini sentiasa menzalimi diri sendiri di hadapan sahabat2.

Tatkala baru2 ini seorang sahabat membuatkan air mataku tertumpah gara2 menahan sabar dengan sikapnya, Sujud memohon kekuatan kepada Allah....Alhamdulillah,dari situ, aku mula belajar untuk menerima walaupun hakikatnya hati ini telah terguris dek perangainya yang tidak mahu berubah, perlahan2 'ubat' disapu, menghilangkan luka...hari demi hari...aku cuba untuk menerima...Biasalah, asam garam dalam persahabatan...tak kan tak biasa lagi.


Itulah yang dikatakan sahabat.....Pelbagai, Ceria! Penuh Kejutan! Sekepala! Senasib! Spoting! Kaki Jalan! Si Penasihat! Teman tapi Mesra! Soleh! Solehah! Reformis! Orang Politik! Kebudak2an! Alim Ulam'! Sosial! Kaki LIKE! Pendiam! Peramah! Sejati! Buat Sakit Hati! Semua ada lah.......Senang cerite, mereka ini lah insan yang mewarnai hidup aku hari demi hari...

Keluarga tersayang,

Abah, Ibu dan semua Adik beradikku...mereka lah tunjang dalam hidup ini. Ragam mereka menceriakan kehidupan dirumah. Tanpa mereka siapalah aku. Namun tidak sentiasa langit itu cerah, kadang2 lidah put tergigit juge? Faham2 lah........Perasaan anak muda ini sentiasa membuak2 inginkan kebebasan dalam hidup yang sentiasa mencari cari arah tuju dan perjalanan hidup. Kadang2 kita punya pendapat sendiri, Apakan daya, Orang tua lebih dulu makan garam daripada kita. Jauh sekali ingin menderhaka, aku turuti kehendak mereka. Bahkan tanpa mereka, tiadalah aku di duna ini. Kaji semula dimana asal usul kita..Sedar diri! itu penting. Mohon pada Allah hidayahNya, mudah2an Kita sekeluarga diberkati. Itu belum di selitkan ragam kakak2 dan adik2 ku yang begitu mencabar hati. Lupakan saje, tak perlu dicerita.

19 Hari Telah Berlalu.

Selamat kembali kepada empunya diri dan selamat membaca pada anda yang sedang meneroka hati dan saluran saraf otak kiri dan kanan aku, yang sentiasa berdiskusi tanpa mengenal erti berhenti....Selagi hidup, selagi itu, kita punya cerita yang ingin dikongsi. YE!! 19 Hari Blog berkapet Colelat ini ditinggalkan begitu sahaja, dibiarkan seolah2 kematian tuan. "Kelip2 disangka api? Kalau api mana putungnya? Hilang Ghaib disangka mati! Kalau mati! Mana kuburnya?" MasyaAllah! Aku masih hidup, masih bernafas wahai kawan2...
Maaf yang tersangat sekiranya ada keluhan yang tidak senang dengan ketiadaan cerita baru di blog ini. tidak usahlah mengharap dengan POST baru dari aku setiap minggu, kini jadual tidak seperti dulu.....Abang penganggur kini sudah bekeja....menjadi 'sukarelawan tanpa gaji' di KWSP...Jarang sekali idea timbul untuk menaip 'cerita' dek kerana tekanan yang luar biasa di pejabat, kepenatan yang dibuat2 atau lebih jelas dan jujur, rasa Malas yang membakar diri...



Begitulah Hidup....

Aku belajar bahawa aku tidak tahu apa yang terbaik untuk diri aku. Rakan2 dan ahli keluarga juga belum tentu tahu apa yang terbaik untuk aku. Oleh itu aku harus berdoa kepadaNya menganugerahkan apa yang terbaik untuk aku kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hmabaNya.

Mata semakin menjerit.....Posisi kedudukan semakin kelam kabut....Bacaan Al-Quran tidak kedengaran dek habisnya bacaan....Bateri tidak menunjukkan apa2 respon kerana telah dicabut badannya, bergantung hanya kepada aliran letrik. Diruang tamu 'mereka' tidur dengan nyenyak sekali.....mimpi yang indah barang kali...sekali sekala selimut di tarik menutup separuh badan yang kesejukan....Aku masih disini...bersendiri tanpa ditemani..Kini jam bergabung pula menjadi seolah-olah 1 jarum berkedudukan di tangga ke 3. Aduh! Hebat sungguh aku ni malam ni ye!!

Akhir kata, teruskan belajar mengenal erti hidup.....Kekuatan sebenar kita terletak pada hati. InshaAllah kita jumpa Lagi...Salamun'alaikum....

'Aku belajar bahawa setiap apa yang aku lalui ini adalah suatu pembelajaran, biarpun sebesar mana dugaan yang melanda, kesabaran adalah kunci yang perlu aku miliki untuk keluar daripadanya'




Amir ' Izzat
Kuala Lumpur, 18September 2011
3.37Pagi.


No comments:

Post a Comment