Friday, August 26, 2011

Yang Pergi Tak Kembali...



سْــــــــــــــــــــمِ اﷲِارَّحْمَنِ ارَّحِي


KOTA BHARU- Seorang pelajar tingkatan empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Amat Maher, di sini, maut apabila motosikal yang ditunggangnya dari arah Kota Bharu ke Cherang hilang kawalan dan digilis oleh kereta, petang semalam.
Ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, motosikal mangsa Zulfadli Md Nor, 16, dipercayai dirempuh sebuah kenderaan lain sebelum mangsa terjatuh dan digilis oleh sebuah lagi kenderaan pacuan empat roda.
Saksi kejadian, Zainol Aman Mohamad, 34, berkata ketika kejadian dia sedang melayan pelanggan di kedai tayar yang hanya terletak 50 meter dari kawasan kejadian.
“Saya melihat sebuah kereta Proton Waja melanggar mangsa yang kemudiannya menyebabkan dia hilang kawalan dan terjatuh di atas jalan raya.
“Lebih menyayat hati apabila pelajar terbabit dilanggar oleh sebuah lagi kenderaan setelah kenderaan terbabit gagal mengelak mangsa yang terbaring di atas jalan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, menurut bapa mangsa, Md Nor Suradi, 49, dia hanya menerima panggilan mengatakan anak sulung dari tiga beradik itu, terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 2.45 petang.
“Ketika kejadian, saya berada di tempat kerja di Telipot dan setelah menerima panggilan dari isteri saya, Fazillah Md Nor, 48, saya terus bergegas ke tempat kejadian.
“Saya amat terkejut melihat mayat anak saya berlumuran darah di atas jalan raya, namun saya kuatkan semangat demi isteri dan anak-anak saya yang lain,” katanya.
Katanya, mangsa tidak menunjukkan sebarang perangai pelik dan sempat bersalam dengannya sebelum ke sekolah.
“Pagi tadi dia sempat bersahur tetapi tidak menjamah makanan hanya minum air sahaja.
“Jarak dari tempat kejadian ke rumah hanya kira-kira 500 meter, namun dia tidak sempat pulang dan dia telah pergi buat selama-lamanya meninggalkan keluarga,” katanya sebak.
Sementara Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi berkata, pelajar terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terjatuh dari motosikal dan masuk ke laluan bertentangan.
“Sebuah kenderaan jenis Honda CRV dikatakan gagal mengelak apabila pelajar terbabit jatuh ke laluan terbabit.
“Kenderaan itu melanggar mangsa dan menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.


Keratan Akhbar 24/8/2011


Tiada lagi kenangan kita dipagi raya utk pergi ke pusara atok bersama2 macam dulu...
tahun ni, lepas ziarah kubur atok, kami sekeluarga melawat ke pusara awok pulak...
keluarga sentiasa mendoakan awok disana Ali...  

 

Air mata aku tak henti-henti mengalir terlalu sedih dengan berita kematian Allahyarham...Tersangat rasa sedih dan berslah tak dapat melihat jenazah untuk kali yang terakhir...Hanya Allah yang tahu perasaan ini. Doa dan air mata tidak putus2 dipanjatkan kepada arwah mudah2an tenang dan dicucuri rahmat disana. Allah lebih menyayangi Ali....kita tak dapat beraya bersama tahun ni...dan yang sangat menghibakan ayat terakhir di facebook ni, benar2 menyentoh perasaan.....Semoga Allah kuatkan hati dan perasaan sanak saudara kami dalam menerima dugaan ini...


Ayat arwah yg terakhir pada aku sebelum meninggal...."Selamat Pulang''......

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Semoga Roh nya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...

Ya Allah, ampunilah dosanya, limpahilah rahmat kepadanya, selamatkanlah dia dan maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedudukannya, luaskanlah tempat tinggalnya mandikanlah dia dengan air salji dan air sejuk. Dan bersihkanlah dari segala kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan ahli keluarga yang lebih baik serta pasangan yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur serta ujiannya. Dan jauhilah dia dari azab neraka.


Kenangan terakhir Hari Raya 2010 Ali dan adik2 nya..

Allahyarham Zulfadli Md Nor (20 JUN 1995 - 24 OGOS 2011)

AL-FATIHAH..





No comments:

Post a Comment