Thursday, August 18, 2011

Rezeki Allah Melimpah Ruah...

Assalamualaikum, jumpe lagi....Bulan Ramadhan yang ke 17? Sekejap jer mase berlalu...Alhamdulillah, nikmat dan rezeki yang tidak putus-putus dari Allah kepada kita semua. Pada hari ini, merupakan sambutan Nuzul Al-Quran bagi seluruh umat islam di dunia yakni mengenang kembali sejarah mahupun peristiwa tatkala Penurunan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w lalu menjadi panduan hidup kepada kita semua sebagai bekalan di akhirat.

Harini jemputan berbuka puasa di rumah Ayah Long, ade sedikit jamuan makan berbuka puasa katanya, semperna meraikan cucu nya yang entah keberape puluh, aku pun tak pasti. Rasa malas yang teramat time dengar bahawa kita sekeluarga akan berbuka di sana, Namun kesabaran dan hati yang berat, ajakan si ayah aku turuti demi menjaga hati orang tua tu. Balik kerja, siap2 dan terus pergi. (Mata macam ade gam uhu) Tapi yang bengang sikit bila ibu ngan kakak2 aku tak ikut pon, masing2 dengan alasan tersendiri. 


Alhamdulillah, juadah berbuka puasa kat rumah Ayah Long tadi begitu mantop! Muka yang masam cuka asalnya berubah menjadi senyum kambing bila tengok kambing biri2 sedang digolek di atas bara api yang begitu hangat menusuk hidung di luar rumah. Wah....sedap ni!!! Belom lagi menjenguk juadah di "dalam" rumah!! Masya-Allah, Syukur dengan nikmat hari ini. Rezeki jangan ditolak :)


Namun menjadi adat orang kita, apabila berbuka puasa, penoh padat lagi padu makanan di atas meja ber++ dengan pelbagai jenis kuih muih, kurma yg pelbagai jenama, air yang pelbagai warna dan sama waktu dengannya. Turut serta aku sendiri yang begitu nafsu melihat keMEWAHan juadah...semuanya aku sapu.
Tapi pandangan aku lah, sedikit sedih dan macam termenung tengok juadah2 tu terbiar dan terlebih yang amat banyak sekali apabila kesemua perut sudah padat dan penoh dengan makanan. Kemana lagi kalau bukan 2/5 daripadanya dicampakkan ke tong samapah :( Itu jer yang aku dapat gambarkan. Mudah2an tidak berlaku pembaziran dalam majlis tadi..Sedikit bersyukur apabila tuan rumah membungkuskan juadah2 lebihan tadi dan diberikan kepada tetamu yang melangkah pulang. Syukur, sekurang2nya tak lah dibuang begitu saje.
(Yang penting kambing biri2 2ekor licin disapu..haha)


Ingat2 lah kita pada yang tidak berkemampuan, bahkan kebuluran, kering kontang dan berebut2 untuk mendapatkan sesuap nasi....Mudah2an kita yang mewah dengan limpahan rezeki ini, tidak lupa untuk menderma ++ menghulurkan bantuan pada mereka yang tidak berkemampuan ditambah lagi janji Allah pada kita yang akan melipatgandakan rezeki kita di bulan Ramadhan yang mulia ni hanya dengan 1 amalan mudah, yakni menghulurkan bantuan pada mereka yang kurang bernasib baik. :)) 
RM1 diberi ganjaran akan datang ialah RM5!! Allah maha pemurah...
Sampai disini saje coretan utk malam 18Ramadhan ni, aku doakan umur yang panjang dan rezeki yang berterusan dari Allah untuk kita semua, mudah2an diberkati dan diredhai sepanjang hayat.


Salam Ramadhan,
Amir 'Izzat 


 

No comments:

Post a Comment