Monday, August 1, 2011

Kenikmatan di Hari Pertama, 15 minit sebelum berbuka :)

Alhamdulillah....laungan azan di telivisyen disusuli azan di surau Nurul- Hidayah menandakan waktu berbuka puasa di seluruh wilayah perseketuan. Hanya Allah sahaja yang tahu hati hambanya ini yang amat bersyukur dengan kenikmatan puasa di hari pertama tambahan pula juadah berbuka yang "MashaAllah" tersangat lazat dan istimewa, hasil tangan ibunda tercinta. Syukur pada Mu ya Allah...Tak dapat diluahkan dengan kata2 melainkan kesyukuran yang tiada penghujung.


Namun disaat 15minit menanti waktunya bebuka...aku terbayang zaman-zaman lepas yang aku lalui dimana pengalaman berpuasa jauh dengan keluarga tersayang, malah serba kekurangan dalam juadah bebuka...ala kadar sahaja, tidak semewah hari ini...berebut2 untuk membeli juadah berbuka, bahkan lambat sikit! licin semua makanan dan lauk pauk. nak tak nak saki baki pun dirembat jugak. Itulah pengalaman zaman berpuasa di kampus bersama kawan2. kadang2 berbuka pun sorang2 jer....

Lain pula cerita ramadhan di tahun 2009? Berpuasa di KEM PLKN BUMIMAS, Sarawak...Nikmatnyer berbuka dengan kawan2...suka duka di perantauan, Bazar Ramadhan dan juadah yang pastinya berbeza dengan keadaan dan hidangan di semenanjung...kalau tak silap pukul 5.30 dah pun berbuka puasa..itulah yang menariknya di sabah dan sarawak..Namun semuanya telah berlalu...tinggal kenangan...



Dan kini Alhamdulillah Ramadhan datang lagi dengan penuh kenikmatan rezeki, tubuh badan yang sihat, daya ingatan yang masih kuat untuk mengimbau masa silam yang penuh dengan pengalaman pahit dan manis, yang menyusuri kematangan diri dan yang penting! tahun ini berpuasa dalam situasi seorang pekerja finance...! :) Mudah2an Ramadhan yang mulia ini memberi seribu makna bagi diriku, keluaraga, sahabat dan seluruh umat Islam di seluruh dunia...Demi sesungguhnya “sebesar-besar karamah adalah memegang istiqamah.” Ramadhan Kariim dan selamat beribadah dengan penuh keikhlasan aku ucapkan buat semua tetamu ziarah yang budiman sekalian!

P/S : Masih adakah hari-hari esok untuk kita bersama lagi dengan Ramadhan? Tak seletih mane berpuasa hari ni, tiba2 dah berbuka :) 

No comments:

Post a Comment