Sunday, June 19, 2011

"Rumah saya bersebelahan dengan Osama"

Assalamualaikum....Salam Ahad buat sahabat dan bloger2 kat luar sana....Alhamdulillah ade cerita menarik lagi yang ingin dikongsi....Harini rakyat Malaysia menyambut Hari Bapa, bagi aku tiap2 hari pun hari bapa, tidaklah begitu perlu mengatakan yang harini hari bapa dengan penuh bangga, Bagi aku, cukup sekadar mengenang jasa mereka dan membalas budi mereka dan apa yang penting doa dari anak2 itu yang sangat penting...


Bukan Hari Bapa yang nak diceritakan sebenarnyer ni...tapi sebuah pendapat dan olahan dari aku, cerita dari abah dan olahan akal yang masih waras dan bernafsu untuk mencari kebenaran....ianya berkaitan seorang Manusia bernama Osama Bin Laden.


Mungkin ada yang mengatakan aku bercakap kosong berkaitan sebuah sejarah yang telah berbulan berlalu, dan siapalah aku seorang anak muda kerdil nak bercakap berkaitan isu global seperti itu...Pernah berselisih faham dengan seorang kawan berkaitan kehidupan dan siapa sebenarnya Osama ni...Wujud Pro dan Kontra...Tapi aku berbalah, tak perlulah isu ini didebatkan sehingga begitu sekali. Bagi aku, Semua orang punya pendapat masing-masing, kita semua boleh bertukar pendapat tetapi tidak mungkin kita akan punyai pendapat yang sama...


Abah memulakan cerita dengan suara yang agak tinggi......aku yang tengah bace surat khabar agak terkejut tgok semangat abah bercerita....Ok, aku pon layan walaupun seperti dipaksa....Cerita bermula...


Abah ke Maju Junction petang tadi...
Berjumpa seorang sahabat warga Pakistan disebuah restoran...
dipendekkan cerita....Antara soalan yang abah tanyakan kepada orang pakistan tu...


"Betol ke Osama dah mati hah?.." Lelaki Pakistan tu memulakan cerita...


"JANGAN percaya...itu semua pembohongan dari Amerika Syarikat utk menunjukkan dia hebat...Osama Laden sudah lama meninggal dunia akibat sakit buah pinggang 4tahun yang lepas...Osama adalah orang kuat CIA (Central Intelligence Agency us) Semua tahu tentang tu, tapi osama keluar daripada CIA kerana beranggapan CIA adalah salah. Sebenarnya, kemuncak karier Osama sebagai agen CIA adalah sewaktu penampilan ‘tiba-tiba’ Osama yang menyatakan kesedihan beliau dengan serangan WTC pada 11 September. Penampilan itu mengejutkan kerana seperti dirancang tambah lagi selepas osama keluar dari CIA, Osama muncul dan memberi komen bagi pihak orang Islam. Manakala, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, George W. Bush terus menuduh tanpa memberi sebarang bukti kukuh bahawa Osama bin Laden adalah dalang di sebalik serangan nekad ke atas bangunan WTC di New York. Walhal, Osama sebenarnya tidak menyatakan beliau bertanggungjawab atas serangan itu. Inilah kemusykilan yang menyelingkari keperibadian lelaki misteri bernama Osama bin Laden dan hubungannya dengan CIA serta Amerika Syarikat. Hakikatnya osama tidak bersalah. Dan apa salah dia sehingga dituduh sebigini rupa? 


Panjang cerita Abah...aku tenganga sekejap sama ada nak percaya atau tak ni? Wallahu'Alam bah...
Aku tiada dalam situasi Dialog antara orang pakistan tu dengan Abah aku, so aku tidak rasa "filling penceritaan dari orang pakistan tu"...


Apa yang aku kaji dan baca artikel2 di internet...lihat pada situasi kali ini adalah Barack Obama mahu kejayaan pembunuhan Osama ini untuk meningkatkan sokongan rakyat kepadanya yang mana pada masa ini beliau diserang habis-habisan oleh Donald Trump. Donald Trump yang juga merupakan taikun hartanah telah menyelar kesahihan dokumen kelahiran Barack Obama yang mana didakwanya bukan seorang warga Amerika Syarikat yang tulen. Donald Trump turut menuduh Barack Obama merupakan pelajar paling lemah dan sangsi dengan dokumen kelulusan universiti milik Obama.


Kepada pakar konspirasi Islam, tujuan watak Osama diada-adakan adalah satu iaitu meningkatkan semangat Islamifobia dan anti-Islam di seluruh dunia. Secara keseluruhannya, kejayaan watak Osama sebagai ketua teroris menyebabkan umat Islam di seluruh dunia menderita dengan sentimen negatif oleh masyarakat dunia terhadap umat Islam. Pemimpin Islam di seluruh dunia dan juga dunia Islam yang kabur mengenai siapakah Osama telah mengangkat beliau sebagai hero, sedangkan perkara yang sebenar-benarnya adalah Osama adalah agen CIA paling hebat pernah dilahirkan Amerika Syarikat!.


Abah ada mengatakan bahawa di dalam Al-Quran ada ayat mengatakan dimana hanya orang di Pakistan atau Afghanistan yang dapat mengalahkan musuh islam...Disini aku angkat tangan kerana tak pasti kebenaran nya..Abah sendiri tak mengeluarkan dalil dan nas.. Aku hanya terdiam. Mungkin korang pernah dengar?


Mesti korang yang tengah bace tertanya-tanya siapa ORANG PAKISTAN yang bercakap dengan Abah kau tu??? 


Dia cakap "Rumah saya bersebelahan dengan rumah Osama" di pakistan...osama sudah lama meninggal dunia, 4tahun lepas disebabkan sakit buah pinggang...


Abah sambung cerita....


Abah suruh aku imbau balik siaran National Geografi berkaitan siasatan dan flash back detik2 pembunuhan osama...yer, memang ia banyak keraguan...


Dan aku sambong balik untuk baca surat khabar menandkan aku semakin boring dan sangsi....
Abah mula faham dan lama kelamaan ia berlalu....Cerita terhenti dengan aku terus mencapai laptop untuk berkongsi pula dengan korang di blog.... 


Hakikatnya,manusia adalah sama namun yang membezakan adalah niat.. Apabila niat berbeza..maka berbezalah sifat manusia itu.. Rasulullah saw pernah bersabda yang membawa maksud; "Segala sesuatu amalan bermula dengan niat" Maka niat aku menulis di sini tidak lebih hanya untuk berkongsi ilmu..dan cerita..sejauh mana kebenaran yang disampaikan oleh lelaki pakistan tu kepada abah, dan sejauh mana kebenaran abah bercerita kepada aku, Allah lebih mengetahui segala2nya. 


Apa signifikan nya Osama dikebumikan di lautan?

P/S : Fikirkan secara halus....Mesti pandangan kita berbeza...Apalah yang dilebar-lebarkan lagi mer...Yang Berlalu Biarlah Berlalu...Hidup ini mesti diteruskan...Biarlah benda ni tersimpan sebagai sebuah LAGENDA,MITOS mahupun SEJARAH ISLAM..Hari dah larut malam..jom kite tido..
Assalamualaikum..

1 comment:

  1. emmm confius la..tak tau yg mn benar dan salah sekarang nie...huk3

    ReplyDelete