Wednesday, June 22, 2011

LEFTHANDED & Aku..

Assalamualaikum...Sebelum mata terlelap ni..nak kongsi cerita menarik tentang "KIDAL". ataupon LEFTHANDED? Sikit jer..tak banyak..Fakta rojak kedai kopi....


Ni ape plak ni...Tak payah carik yang mana satu muke aku lar, 
Sebab rambot aku pon tak pernah tumboh sebegitu rupa...so Abaikan..

Aku salah seorang dari 10% manusia kidal di dunia ni...So, kelemahan aku dalam beberapa aspek kehidupan mesti tak lari...Tak dinafikan aku cenderung 90% menggunakan tangan kiri dalam aktiviti harian...Antara yang aku boleh share dekat korang selain segala2nya aku buat gune tangan kiri ialah..erm...
- Tak reti gune gunting sangat...kene yang sangat2 tajam baru lut dgn tgn kiri ni.

- Jangan rase lain macam bila aku makan ayam kfc atau Mcdonald atau ape saje gune tgan kiri. 

- Potong sesuatu bahan2 masakan menggunakan tangan kiri sangat menjengkelkan dan orang tgok pelik jer
.
- Kiri..kiri..dan kiri...Pendekkan cerita...sume nyer tangan kiri lebih functionnya bagi aku lar...
Korang boleh ker? Nak tanyer ni, tapi jgn pulak korang try aplikasikan depan blog ni pulak?..."Korang korek hidung gune tangan mane?" Haha...Gurau jer..


Ok la sini aku nak kongsikan beberapa fakta yang aku rasa best tentang kidal ni...Sikit jer..tak mo banyak2..Fakta ni perkongsian dari Encik Google.
1. Hanya 10 peratus dari populasi manusia adalah kidal.

2. Menurut Chris Mc Manus dalam buku Right Hand, Left Hand. Orang kidal sebenarnya tidak memiliki satu gen iaitu Gen D. Aku pun tak tau apa fungsi Gen D sebenarnya.

3. Sebenarnya ada hari kidal sedunia yang disambut setiap 13 Ogos. Ia bertujuan untuk menyebar dan memberi kesedaran tentang permasalahan dan diskriminasi yang dihadapi oleh golongan kidal. Rasanya sekarang ni takde isu apa-apa pun.

4. Banyak orang kidal mempunyai kelebihan menjadi seorang ambidexterous berbanding orang normal iaitu kebolehan menggunakan kedua-dua belah tangan. Contohnya boleh menulis sama ada menggunakan tangan kiri atau kanan atau kedua-duanya pada masa yang sama. Teori aku sebab banyak barang-barang kegunaan sebenarnya sesuai untuk orang normal.

5. Orang kidal lelaki lebih banyak dari perempuan. (Dr Geswein menerangkan bagaimana seseorang itu menjadi kidal dalam Teory Testerone - iaitu janin yang yang mempunyai kadar testerone yang tinggi menjadikan bayi itu kidal).

6. Walaupun hanya 10%. Golongan kidal banyak yang berjaya dan nama-nama mereka tercatat dalam sejarah tamadun manusia. Sebab banyak sangat, jadi aku share yang famous sekarang ni dah ler...
(rasa bangga dan sedikit terharu). Ok! Kita tengok bermula dar A,B,C,D,E,F,G,H,samapi lah i.... :

a. Barrack Obama.


b. Eminem


c. Angelina Jolie


d. Oprah Winfrey


e. Rafael Nadal


f. Jenson Button


g. Bill Gates


h. Matt Groening 

Dan yang paling tak senonoh......

i. Aku lar tu...Makan tangan taik dah kebiasaan..Alahai muke tak besalah...

P/S : Dengar cerita : Kalau pegi kelas gitar...orang tu akan kate "maaf, orang kidal saya tak pandai nak ajar..." 

P/S : Dan aku jugak paling tak suke duduk dekat kerusi kuliah? yang meja dia bukak tutup tu..tau x sebab ape? sebab kerusi tu just selesa utk orang2 normal tangan kanan..tapi bagi aku...menyusahkan larrrr.....tunggang tebalik dibuatnya.

P/S : Masa kecik2 Abah selalu marah bile aku makan ngan tulis guna tangan kiri...Dah tu nak wat cam mane? Teselioh tangan bile tulis gune tangan kanan...NGILU.. 

P/S : Jangan ditanya mengenai kreativiti dan cara pemikiran orang yang bertangan kidal...Bagi aku, masing2 ada kelebihan masing2..Kan bersyukur itu lebih baik? Cuma kadang2 tak dinafikan, yang bertangan kidal ini lebih sedikit special ilmu nya...Ok, kita rumuskan dalam gambar kat bawah ni....Mudah2an ada manfaat bersama. Selamat Malam! Assalamualaikum...


No comments:

Post a Comment