Sunday, June 26, 2011

ANEKDOT DARI MAHKAMAH...

Assalamualaikum? Bagitahu aku Peguambela yang korang rase hebat sangat kat Malaysia ni? Karpal Singh? Sankara Nair? Amir 'Izzat? Othman & Co? Pakcik Aku pon kene gak... Pernah dengar Lawyers Talk? Sumber Entry ni bukan dari situ, tapi dari Utusan Malaysia..Kreadit kepada Utusan..Walaupon berita dari Utusan semua x leh percaya dan 24Jam mengutuk Parti Pembangkang...Ni jelah kot yang terbaik bagi aku dalam Utusan harini, So, Mohon ditaip semula utk manfaat bersama...
Apepon Enjoi dengan ANEKDOT DARI MAHKAMAH :)
  Baca dan fahmi situasi betol2 sbb ade yang sukar difahami.


BEZA PEGUAM YANG "BAGUS" DAN YANG "TERBAIK"


Apa perbezaan antara peguam yang bagus dan terbaik? Peguam yang bagus mengetahui peruntukan undang-undang, peguam yang terbaik "mengenali" Hakim.


HUTANG RM 500, MINTA RM 1000


Seorang lelaki pergi menemui peguamnya dan memberitahu bahawa jirannya berhutang sebanyak RM500 dan enggan membayarnyer.


PEGUAM : Awak ade bukti dia berhutang?
LELAKI : Tak der lar pulak?
PEGUAM : Kalau macam itu, awak tulis surat kepadanya dan minta dia bayar kepada awak sebanyak RM1000.
LELAKI : Eh! Tapi dia hanya berhutang RM500!
PEGUAM : Betul, apabila dia memberikan jawapan sebegitu, kita sudah ada bukti yang diperlukan.


KENALI PEGUAM ANDA


Anda tahu anda mempunyai seorang peguam yang teruk apabila :
1-Peguam anda memberitahu dia tidak pernah berbohong
2-Rambot anda sedang dicukur oleh pengawal penjara
3-Terdapat satu papan tanda besar di pejabatnya dan tertulis "Jangan Tanya Aku!"


PENIPU DAN PEMBOHONG 


Satu hari di mahkamah : 
PEGUAM A : Awak Penipu!
PEGUAM B : Awak Pembohong!
HAKIM : Bagus! Kedua-dua peguam telah memperkenalkan diri masing-masing, jadi boleh kita teruskan dengan kes.


JENIS SPERMA YANG DIKETAHUI :


PEGUAM : Sperma yang ditemui adalah sperma lelaki.
SAKSI : Itu saje jenis yang saya tahu.
PEGUAM : @#$%&(**&^


UNDANG-UNDANG PELIK DI DUNIA :


1- Di Hong Kong isteri berhak membunuh suami yang curang dengan tangannya sahaja, namun dia dibenarkan membunuh perempuan yang bersama suaminya itu dengan apa cara sekalipun.


2- Setiap kanak-kanak yang lahir di bandar Llanfairpwllgwyngwllgogerychwyrndrobwllllantysiliogogogoch di Wales, diwajibkan tahu mengeja nama bandar itu selepas umor mereka mencapai 6tahun dan wajib mengetahui cara menyebutnya pada umor 34Tahun.


BINGUNG MENCARI JAWAPAN TEKA-TEKI :


Dalam satu penerbangan dari Loas Angeles ke Malaysia, seorang gadis cantik duduk di sebelah seorang peguam yang bijak. Sebagai usaha menarik perhatian gadis yang ternyata kepenatan dan tidak berminat untuk berkenalan, Peguam tersebut mengajak gadis itu untuk mencuba teka-teki.


PEGUAM : Kita bertukar teka-teki, kalau awak tidak boleh jawab soalan saya, awak kena bayar RM5, kalau saya tidak dapat menjawab soalan awak, saya bayar awak RM500.
Gadis tersebut menerima cabaran itu.


PEGUAM : Berapa jarak di antara bulan dan bumi?
Gadis tersebut dengan selamba membuka dompetnya dan menyerahkan RM5 sebagai tanda kalah.


PEGUAM : Giliran Awak.


GADIS : Haiwan apakah yang naik bukit dengan tiga kaki dan turun bukit dengan empat kaki?
Terkrjot dengan soalan tersebut, peguam itu terus mengeluarkan komputer ribanya dan cuba mencari jawapan di internet, tetapi gagal. Peguam muda itu turut menghantar e-mail kepada rakan-rakannya yang bekerja sebagai doktor, peguam, saintis dan ramai lagi tetapi tiada siapa yang mengetahui jawapannya. Peguam itu akhirnya mengalah, lalu mengejutkan gadis yang telah tidur dan menyerahkan RM500 sambil bertanya "Apakah jawapan bagi teka-teki tersebut?" 
Gadis itu sambil tersenyum, menyerahkan RM5 kepada peguam itu sambil menyatakan "Tak tahu!" 


P/S : PLACE OF JUSTICE!!! Assalamualaikum....

No comments:

Post a Comment