Sunday, June 12, 2011

Alhamdulillah, tiada lagi AF..

Assalamualaikum.....Malam ni sgt bersyukur...Tatkal ribuan masyarakat islam membanjiri putrajaya, lebih daripada ribuan orang islam diluar sane meraikan kesyukuran diatas penghapusan Rancangan Realiti paling buang masa dan semakin melampau tajaan Astro. Ianya dah pon sampai ke penghujung dan tak ade dah rancangan terkutuk sebegini di Malaysia ni... Aku sebagai anak remaja tak menafikan yang hiburan itu sangat perlu...menipulah kalau aku cakap aku tak berhibur, tak menyanyi... tapi bile jiwa remaja aku melihat dan menonton rancangan2 Astro khususnya yang bersifat realiti TV, dan sama waktu dengan nya...kadang2 aku termenung dan geleng kepala...Apekan daya adik beradik aku turut terhibur sgt dengan rancangan macam tu...

Kita orang Islam. Kita dapat rasa mana yang baik, mana yang tidak.Sesungguhnya Islam mengharuskan hiburan...kerana apa? kerana hiburan adalah fitrah bagi manusia tapi haruslah secara sederhana dan sekadar merehatkan fikiran...ini tidak terkinja2..dan padat dengan "yang entah ape2"...malu jer..



Wujudnya page ANTI AF di FB membuatkan aku sangat menyokong pg tersebut. Mudah2an korang yang sedang membaca dapat sedikit manfaat dari pg itu, dan sama2 kita renungkan matlamat penubuhan dengan harapan rakyat melayu tidak terkiblat dengan hiburan tidak bermanfaat sebegini hina.....

Founded
14 Mac 2010
About
"KAMI MINTA AKADEMI FANTASIA & RANCANGAN YG SEWAKTU DGNNYA DIBERHENTIKAN"

http://www.thepetitionsite.com/1/kami-minta-program-akademi-fantasia-dan-rancangan-yang-sewaktu-dengannya-diberhentikan/

*SETUJU AF DIBUBARKAN? KLIK LINK DI ATAS & SIGN! tq..
Company Overview
non profit
Mission
MPHAF merupakan "suara" rakyat Malaysia yang menolak program realiti TV Akademi Fantasia dan sewaktunya dengannya.
Asas "page" ini dicipta adalah untuk:

1)Menyedarkan masyarakat bahawa rancangan sebegini tidak memberi manfaat kepada generasi muda. Rancangan sebegini menggalakkan
generasi muda mengejar populariti singkat tanpa memikirkan masa depan mereka sendiri. Rancangan ini juga akan memberikan persepsi
kepada golongan muda bahawa "untuk berjaya tidak perlu bersusah payah". Persepsi inilah perlu dikikis.

2)Mengajak MPHAFians untuk bertukar-tukar pandangan mengenai keburukan rancangan ini. Sekiranya MPHAFians merasakan ada "kebaikan"
di dalam rancangan ini, anda DIGALAKKAN menyuarakan pendapat anda di page ini. Namun begitu, kami pasti bahawa rancangan ini lebih membawa
keburukan daripada kebaikan.

3)Memberi kesedaran kepada golongan belia yang berniat menyertai ujibakat AF pada musim akan datang agar berfikir dua tiga kali sebelum menyertainya.
Mereka ini perlu diberi kesedaran bahawa banyak lagi jalan untuk berjaya selain daripada dalam bidang nyanyian. Umum mengetahui bahawa kebanyakan golongan
belia yang menyertai ujibakat-ujibakat AF ini adalah daripada golongan selepas SPM. Mereka perlu diberi digalakkan untuk menyambung pelajaran mereka dan
bukannya mengejar populariti yang singkat!

4)Menghapuskan pandangan stereotaip bangsa bukan bumiputra terhadap bangsa bumiputra. Bangsa Bumiputra terutamanya Melayu kerap dikaitkan sebagai bangsa
yang taksub kepada hiburan secara melampau,bangsa yang hanya tahu "menyanyi tapi tidak tahu berniaga" dan bangsa yang sukakan populariti. Kita (bangsa bumiputra)
tidak perlu menyalahkan mereka (bangsa bukan bumiputra) kerana mempunyai pandangan sebegitu. Ini semuanya salah segelintir masyarakat kita yang
mewujudkan stereotaip sebegitu. Page ini diharap menafikan pandangan mereka itu bahawa kita juga menolak perkara-perkara negatif ini.

5) Menyedarkan orang ramai agar tidak membazirkan wang masing-masing dengan memberi AFUNDI kepada pelajar-pelajar AF kerana perbuatan tersebut adalah
perkara yang sia-sia. Sepatutnya mereka menggunakan wang ke jalan kebaikan seperti menderma kepada orang yang memerlukan.

6)Membuka mata pihak ASTRO agar mempertimbangkan permintaan kami agar menghentikan Akademi Fantasia. Alasan permintaan kami adalah berbagai-bagai.
Ada yang berpendapat AF melahirkan artis yang tidak berkualiti,AF mengalakkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, AF melemahkan perkembangan
minda masyarakat, AF melanggar hukum syarak dan sebagainya. Walau apa pun alasan kami berikan, page ini memberi isyarat yang jelas. KAMI MAHU AKADEMI FANTASIA
DIBUBARKAN!

7)Ada pihak-pihak tertentu seperti ahli politik tidak kira dipihak kerajaan mahupun pembangkang,badan-badan bukan kerajaan dan para-para alim ulama' sependapat dengan kita yang
mahu rancangan Akademi Fantasia (dan juga rancangan realiti TV yang lain) dibubarkan ataupun dikurangkan. Page ini diharap dapat digunakan oleh mereka sebagai
sokongan perjuangan mereka membanteras program-program sebegini.

8) Ramai orang bertanya,mengapa perlu sasarkan terhadap Akademi Fantasia sahaja? Mengapa tidak Malaysian Idol? OIAM? MENTOR?. Alasannya mudah, kerana Akademi Fantasia
merupakan rancangan no.1 dalam "kelasnya". Kami berpendapat, sekiranya no.1 akan gugur, no.2,no.3 dan no.4 akan teragak-agak meneruskan rancangan mereka. Justeru,
ia akan "melembabkan" rancangan sebegini daripada terus berleluasa!

9)Majoriti MPHAFIANs ingin mahukan PERUBAHAN. Kami tidak mahu disogokkan dengan rancangan berbentuk hiburan nyanyian,berunsurkan hendonisme,mengejar populariti dan
sebagainya. Kami mahu rancangan yang bercorakkan keagamaan,yang lebih intelektual,yang mampu meluaskan pengetahuan masyarakat dan sebagainya. Contohnya, Akademi Quran,
Imam Muda, Who wants to be a Millionaire dan sebagainya.


Sama saje dengan rancangan lain termasuklah raja lawak, mari menari dan sewaktu dengannye. Aset astro ria kalau kita lihat secara mendalam ianya banyak mengumpan isi rumah dan masyarakat agar melabor ke dalam kemaksiatan mereka. Yang untung siapa? yang rugi siapa? dan yang lalai siapa?. Pengacara nya lagilah keterlaluan, menjerit2..Apa yang dimerepekkan kat atas pentas, dan ape yang dia carut aku pon tak faham...

P/S : Mahasiswa Tolak Rancangan realiti Tv khususnya Akademi Fantasia dan sama waktu dengannya.
HUMAN RIGHT MONITOR : KEEP CLEAN MALAYSIA & ISLAM

Tukar lar chanel lain wahai adik2 aku... (-_-!)
50 minutes ago · Privacy: ·  · 

1 comment:

  1. baguslah af dah takde..tp nnti muncul benda lain plak

    JOM join Dear Haffiz Lucky draw sini :D

    ReplyDelete