Saturday, June 18, 2011

30 Minit sebelum tidur...(Jiwa kosong)

Assalamualaikum...Harini penat sikit lar...tak der mood aku nak menaip...tapi ambil masa 30minit untuk berehat depan laptop, Mengadap Blog kejap...termenung...ni lah antara tempat untuk aku meluahkan perasaan....Tensyen...balik dari berniage..comferm aku tensyen...Malas aku nak bercerite....yang berlalu biarlah berlalu...



Perasaan aku becambor adok...sesak dibuatnyer...Aku suke berdiam diri dari bercakap...Tadi sebelum balik berniage Abah sempat singgah kat Masjid Negara, so, kami sempat solat isyak berjema'ah....Alhamdulillah...ketenangan seketika...Bagi aku yang lemah ni...Kadang kadang aku terfikir...Baru usia setahun jagung..ade saje rungutan....Rezeki lebih dari mencukupi, Alhamdulillah, mungkin berkat dari doa kawan2...Tapi kalau aku sendiri tak pandai nak bersyukur, tak der gune....Keredhaan Allah itu yg penting... 

Ayah aku seorang yang sangat tegas...anak mana yang tahan dengan perangai si ayah yang sentiasa "condemn" anak sendiri? ade saje tak kene, kadang2 cakap tak serupa bikin...seolah2 tak percaya dengan kemampuan anak sendiri...suara aku tak penah ade kemenangan...Lame2 aku bosan...So, keputusan terakhir...Berdiam itu lebih baik, aku cube bersabar dengan perkara macam ni, bagi aku itu semua lumrah, dia ingin mendidik anaknyer, agar tak menyesal kemudian hari...Ape pun dialah yang memberi kesenangan kepada aku selama ni...Aku tak nak menderhaka...Ape masalah sekalipun...InshaAllah aku hadapi dengan tabah...doa dan terus berdoa...

Aku tertarik dengan status dan komen dari petikan FB ni, mohon share utk dimuatkan kat blog yer Hujjatul Razif...Mudah2an, ada manfaat kepada semua pembaca : 


manusia tidak boleh lari daripada masalah. sekiranya manusia itu tidak mempunyai masalah.. ianya bukan dinamakan manusia. kerana manusia telah diiktiraf sbg hamba ALLAH utk mentaati dan menjadi Khalifah dimuka bumi ini. Selagi mampu hidup, berkobar2lah kita utk mencari ilmu pengetahuan, Mampu berdikari diatas kaki sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Itu dinamakan kematangan akhlak.
7 hours ago ·  · 

    • Dza Koleksi
       memang masalah bermula dari kelahiran kita, tak cukup bulan,songsang dan sebagainya sehingga kita dewasa dan tua masalah tetap ada...ada orng cuba lari dari masalah,ada org suka membuat masalah dan ada org mals nak fikir tentang masalah..apa cara pun masalah kena selesaikan lambat atau cepat.....lari dari masalah bukan jawapan ...tetapi berfikir untuk mangatasinya .....mengharapkan orang lain bukan bererti kita membawa masalah tapi kadanglkala kita tidak mampu bersendirian dalam menanganninya..kerana itulah pentingnya kuarga,teman atau sesiapa yang sudi mendengar dan menanganinya bersama.....tanyalah siapa dalam dunia ini yang suka masalah.....tapi masalah akan datang pada sesiapa saja....

      5 hours ago ·  ·  3 people like this


30 Minit sebelum tidor, ambil masa utk rehat..minum air secukupnya...jaoh kan fikiran dari perkara2 yang dah berlaku sepanjang harini (aku tau kau tengah tertekan mer..)...jaohkan dari telifon...Jom kite bace La-Tahzan!! hehehe...Ok! Assalamualaikum...Selamat Malam... 


يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ
"Wahai Allah Yang Hidup (Sentiasa Kekal), Wahai Allah Yang Bangun ( Mentadbir urusan hambaNya) Aku mohon dariMu bantuan"...

No comments:

Post a Comment