Tuesday, May 10, 2011

Sudut pandang saya menjelang 16 Mei

Assalamualaikum...Pada tanggal 18 April hingga 28 April 2011 yang lepas...selesai sudah perjuangan untuk habiskan pengajian di semester 3 kat PSIS..ape yang diharapkan agar 5 Paper utama yang menjadi taruhan budak2 DIB3 akan sama2 dinantikan keputusannyer 16MEI ini dengan penuh doa dan tawakal agar semuanya gumbira mengikut perancangan masing2...
kalau ditanyer aku bagaimana dengan target? ini jawapan dia :


Paper yang pertama haritu 18 April : MATHEMATIC MANAGMENT...disebabkan kemahiran mengira aku sangat lemah, namun usaha yang 60 : 40...ditambah dengan soalan killer tapi boleh tahan...sekurang2 nyer memberi aku keyakinan bahawa B- perlu dicapai.


20 April : ECONOMIC FROM AN ISLAMIC PERSPECTIVE...Paper ni bagi aku senang..semua soalan aku bantai bejeler2 macam ceramah ugama dibuatnyer...tapi ade jugak yang aku tergelincir...Harapan agar paper skor ni aku boleh dapat A Lar yer :)


21 April : FINANCIAL ACCOUNTING FOR ISLAMIC FINANCIAL INSTITUTION...oH paper ni sangat killer dan aku banyak terkantoi dalam 4 4 soalan tu...kebodohan aku tetibe terserlah part kire "mudharabah" tu....balik terus kecewa habes, nak nangis kot...sampai rase macam akan ulang balik paper ni? Huh...seram btol lah situasi mcm ni...kecewa sgt...hm...C+ pon x perlar..janji x gagal kan.. 


22 April : ISLAMIC BANKING AND FINANCIAL SYSTEM...Hm....paper ni paper fav aku...tapi disebabkan belajar main2...study last minit...tambah pulak soalan dia agak susah..so A- boleh kot?


28 April : ISLAMIC BANKING OPERATION...Paper ni lagilah susah? woo..gile kentang soalan die... ngeri beb...awal2 target nak A lar kan...lepas kuar dari dewan...harapan A bekecai...B jelah...


Hm..tulah dia kelima5 paper yang dipertarohkan..apepon yang menjadi persoalan ialah detik 12Tengah Malam 15 Mei ni.....


Persoalan dia ialah "Isu Perkhidmatan Bas di PSIS"....


Kalau hanyer membebel sorang2 berhujah mengeluarkan pendapat kat Fb, Wall JPP, BLOG, Penasihat Akademik,Kawan2...Tapi x der tindakan susulan buat apa? sama lah perbuatan aku ni macam melepaskan batok di tangge.. pekerjaan dan perbuatan yang sia2...


TETAPI, walaupun suara kecil ni tak begitu bergelombang...aku tetap mencari keadilan dan biarlah ianya berkesudahan dengan hati yang benar2 puas bukan saje utk diri sendiri tetapi semua Mahasiswa PSIS yang rasa dirinya ditindas oleh pihak atasan...Tahniah kepada mereka yang menyokong pihak atasan...
Anggaplah sebuah Sistem Demokrasi...


Kenapa aku begitu emosi? Persoalan yang menjadi ketidakpuashatian Segelintir pelajar PSIS ialah apabila pihak HEP dan JPP memperkenalkan sistem perkhidmatan bas sekitar PSIS dan bandar Sg.besar dan Sabak Bernam pada pertengahan Februari jika x silap. Hal ini bagi menghapuskan prebet sapu tak berlesen dan sedikit sebanyak mencegah kes2 sosial..ITS NICE...


Namun isu berbangkit ialah yuran yang dikenakan ialah RM10 utk satu bulan. Ia kelihatan jumlah yang kecil dan mungkin remeh bagi pelajar status kaya. Bukan aku ni miskin sangat x mampu nk bayar ...tapi apakah pelajar yang langsung tidak menggunakan perkhidmtan bas trsebut juga perlu membayarnyer???? sedangkan mereka punyai kenderaan sendiri malah membeli stiker kenderaan dgn harga RM 5-10.... Tahap kritikal dan aku mula bengang apabila HEP mula main kasar...


Notis ditampal sekitar kampus (seolah ugutan) "Keputusan Final akan ditahan sekiranya pelajar tidak membayar habes duit bas (RM30 Jumlah keseluruhan sebelum cuti sem)" ....Lihat kekejaman ini?? maka pelajar seolah2 lembu dicucuk hidung..berator panjang melangsaikan hutang di HEP..


Pelbagai tomahan dan kritikan membina dapat dilihat di wall jpp FB (sila klik)...dan admin Pg tersebut yang juga sahabat seperjuangan aku, hanya mampu membalas komen dan kadangkale kami  
"lumpuh Ditengah jalan"...
Seolah2 syok sendiri, suara pelajar langsong tak didengari,malah ditepis mentah2 oleh HEP...kecewa, Dan aku tertanye2 ape fungsi aku di JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR? 


Aku antara individu yang tidak membayar utk perkhidmatan tersebut...Adekah aku berseorangan yg degil mcm ni?? ....kerisauan kadangkale bersarang dalam hati aku bila tarikh keputusan menjelang tiba. Bayangkan jika disekat? pelbagai masalah pasti akan timbul. Ape pon tahniah pada member2 yang turut serta enggan membayar...pendirian kami adalah tetap..!!!


Namun apekan daya sekiranya disekat juga? terpakselah kami membayar, walaupun ianya penindasan yang terang dan tidak adil!!....ingat Halal Haram pengaliran tunai itu terletak pada tuan empunye tunai..Tidak usah berdalih dengan ape2 dalih yang aku rasekan seolah2 ingin memujuk..."Pada yg tak naik anggap lah ianya DERMA?SUMBANGAN?BANDINGKAN DENGAN UNIVERSITI?KEPERLUAN?TIMBANG RASA?


Oh tidak diterima semua dalih sebegitu...(-_-")


Aku tak kate perkhdmatan bas yg dperkenalkan tu salah!!! "its to nice and make more benefit For student PSIS, but? Please better nice if u do that in WIN-WIN SITUATION between ADMIN and STUDENT..."


Harapan agar ianya dibincang semula...penelitian secara mendalam selaras dengan taraf ISO yang digunapakai PSIS, Suara pelajar adalah keutamaan...Majoriti Suara perlu bagi menghasilkan sebuah keputusan...Masalah akan selesai apabila keadilan itu dicapai..Situasi menang-menang perlu dicari agar semua pihak berpuas hati...


Sangat Berterima Kasih kepada yang memahami..Abg Wafi, kawan2 seperjuangan dan Penasihat Akademik, Cik Latifah.. Semoga ugutan itu hanya satu gertakan HEP, doa kami agar 12tgh mlm 15Mei nanti berjalan lancar dengan keputusan yang menggembirakan. InshaAllah :)


P/S : Amat berharap agar seluruh Mahasiswa PSIS dapat bersama2 mengeluarkan suara & berjuang dalam menuntut hak kita bagi menegakkan keadilan sehingga tercapailah sebuah kemenangan untuk kedua2 belah pihak dalam masalah ini. InshaAllah..


P/S : Bukan isu bas sahaja yang perlu dihightlite..belom sentoh isu pentadbiran kamsis,dan kafe lagi.. :)




Assalamualaikum_Amir 'Izzat / 10 Mei 2011

No comments:

Post a Comment